Khamis, 9 Ogos 2012

Rupanya cikgu dia lelaki.

Argh,

Saya sungguh seronok hari ini dengan menjahit poket atas baju lelaki di sebelah kanan. Oke, KANAN. Lepas tu, harus la satu kelas gelakkan I sambil ajarkan belah mana kiri dan kanan. Actually, kena boh kat kiri kengkawan.

Amatlah gigih dan tabah saya membuka jahitan dan menjahit semula. Kain satin beb, mau tak sengsara. I just thinking of switching my weeding attire from satin to cotton, perhaps? Hakhakhak.

Huh, siapa cakap belajar menjahit tu mudah? No lah. Tak macam memasak, main campak, terus jadi. Too many adab-adab dan teori yang kena faham. But, somehow, its fun!

I'm looking forward to attach some pictures from the courses, in case some of you might have interest to join in. Tengok la macam mana. Saya ni makhluk fokus. Lupa je nak ambil gambar.

Wassalam.

Saya budak giat

Alhamdulillah,

Saya rasa terisi hari sejak akhir-akhir ini. Bermula 7.15 pagi sudah meninggalkan bilik yang suhu suam-suam kuku, untuk ke kelas jahitan Giatmara. Ya, berjaya juga melangkah bertindak. Maka, secara tak langsung hangpa boleh panggil cheq budak pelatih GIAT.

Walaupun lambat sebulan dari pelatih lain, Alhamdulillah, dapat kejar mereka dengan jayanya dan skill menjahit membaik dari hari ke hari. Bergaul dengan pelbagai peringkat usia dan latar belakang akademik, menjadikan saya bersyukur dan lebih rasa hidup ini bukan ada aku sorang.

Macam mana tah nak cerita ye, selama ini cuma bergelumang dengan hal-hal master, makin hari makin bosan dan tertekan,menjadikan perasaan meluat tu bertimbun-timbun.

Alhamdulillah, Allah beri ilham untuk cari perkara sampingan, iaitu belajar menjahit. Pak cik tunang pun, asalnya geleng kepala, kot mana la ilham nak belajar ni timbul.

Walaupun, lokasi dia jauh dr USM (40 minit naik motor, approx 15km), suasana dia kondusif la. Makcik-makcik yang ada kat sini pun, baik-baik belaka. Cakap anak mami manjang la kan. I have great fun here. Kalau kelas habis awal, saya boleh bersenang-senang buat revision. Alhamdulillah, study lebih pick-up!

Rakan semakmal, tak ada siapa pun yang tahu, ke mana menghilangnya cik Al ni. Dia muncul seminggu sekali je. Bior la. Agak malas nak mengkhabarkan.

Ada lagi 5months to go. Moga habis kursus ni, saya dapat habiskan semua silibus dan master progress pun memberangsangkan.

Sebelum ni, anda selalu berpersepsi, hat yang belajar Giat ni bebudak SPM tak lepas. Tak da curlass la kan. Heh, tak okeh. Asalkan kau sanggup buang ego mu ke laut. Tak ada bezanya kita. Sijil-sijil tu ko letak dekat rak kasut sebelum masuk kelas...

I sew baju raihan! Baru sambung-sambung bahagian asas. Hopefully dapat jahit dengan baik supaya boleh la pakcik tunang pakai. Haha! Pengalaman pertama jahit garment.

Chop! Pasal temuduga kerja. Entah kenapa masuk 2 minggu masih senyap je lagi. Entah dapat ke idok la. Saya pun ngape la tak kuasa nak follow up. Rasa dah seronok jadi budak giat kot.

Serius cakap, ini adalah wish-list saya yang dah lama saya idam. Selalu keluar dari mulut ni..."Kenapa la engko amek bio susah-susah mengaji ni?". Benornya ada je kelebihan hidup di kampus. Banyak pengalaman. No regret pun. It is just, I really want to do something for myself. And I dedicated all my academic achievement to my parents...

Ramadhan kali ini yang bermakna!