Selasa, 21 September 2010

Puasa bukan Ramadhan ni banyak dugaannya...

Puasa bulan Syawal ni penuh dugaan. Orang makan bahulu pun aku boleh terliur.

Balik rumah tengah hari. Siap boleh buka peti ais. Menggenggam erat buah mempelam depan rumah Seremban.

Arghh..

.................................

Sikit lagi..

........................


Ku cuba abaikan.

Ternyata, buka puasa bertemankan bunyi kipas angin, ayam HPA bersalut tepung ala KFC, cicahan pelam garam belacan memang indah...

Hampa mai mana?

Pelik pun ada. Pesal dalam traffic source aku selalu dapat visitor dari Indonesia ha? Cam pelik. Apa yang orang Indon ni baca kat belog aku ni. Kerap pulak tu. Aku taip entri apa sampai search result depa melilau ke belog aku? Aku tak tulis apa-apa isu diplomatik ha...Ke, aku yang silap faham macam mana traffic tu organize?

Isnin, 20 September 2010

Kembali bekerja

Apa perasaan kembali bekerja setelah lama bercuti?

Resah, gelisah teringat rumah, teringat kerja melambak nak disiapkan.

Sekian, terima kasih.