Sabtu, 13 November 2010

Macam mana nak mula ye. Erm..kurang sebulan lagi. Kawan baik aku nak kahwin. Kawan paling akrab. Bayangkan, mula sekolah menengah, dalam kelas duduk sebelah menyebelah sampai 4 tahun. Satu asrama lagi. Masuk unibersiti, satu kursus pulak.

Pendek kata, masak sangat dengan dia ni. Dia pun masak sangat dengan perangai aku. Agak-agaknya, kalau aku jeling macam mana pun, dia dapat tau bezakan jenis-jenis jelingan aku kot. Hehe... Paling paham macam mana nak handle temper aku.

Kadang-kadang aku konfius gak dengan tahap kesabaran dia untuk survive dengan temper aku. Hehehe....

Kalau nak tulis kenangan sepanjang dengan dia ni. Tak mampu nak taip. Banyak sangat. Dengan cerita sama-sama melompat-lompat dalam konsert nasyid, perangai suka sorokkan kasut aku, suka angkat tangan time aku ngantuk dalam kelas, jalan-jalan Pekan Rabu sempena tension SPM, lap kelas Add Math sama-sama. Huh, macam-macam. Sekali-sekala, rewind semua kenangan, boleh senyum sorang-sorang. Macam-macam kenakalan remaja yang seronok dikongsi bersama.

Dalam banyak-banyak, rasanya, aku tak pernah study group dengan dia. But, she always be the best competitor dalam kelas. Aku memang tak tahan tengok dia study. Tambah lagi, bila dia rajin study dengan budak-budak pandai. Tapi, aku memang tak boleh study dengan dia. Dengan aku yang banyak mulut. Memang tak jadi kerja.

Dear Basyirah. Thanks for your presence during my ups n downs. You bring the beautiful colors in my teenage days. Banyak sangat suka duka. From tears to joy.

Hang dah nak tukar status. Ku sebenarnya tak terkata nak ucap apa sebenarnya ni. Ini bukan perasaan jeles ke apa. Tapi, hang je paham how speechless I am.

Sebenarnya , aku tulis panjang-panjang ni. Tujuannya nak tanya, nak hadiah apa untuk big day hang?

Nak bebel la sikit

Puasa fesbuk, YM dah dekat 3 minggu. Kerling-kerling la jugak sekali sekala. Moga istiqamah.

Hari semakin mencabar. Harus lebih berhati-hati. Ayat, tindakan. Perlu lebih banyak perhati dan teliti. Tutup mulut, tangan jalan. Banyak cakap, banyak salah nya.

Oh, sebenarnya, niat asal nak tulis sempena wed Basyirah. Tapi, mati kata-kata. Next entry la..
Lepas kena marah, dapat hadiah la pulak. Aduhai, mana nak dapat supervisor gini?

Selasa, 9 November 2010

Lama tak update

Berkurun jugak aku tak berbuat sesuatu akan belog ini. Lambang kesibukan. Peh!
Nak dijadikan cerita pelbagai cerita dan peristiwa berlaku dalam tempoh sebulan ni.

Aku buat salah kat orang, orang buat salah kat aku. Macam-macam hal. Menjadikan sebulan yang lalu, ditempuhi dengan penuh emosi tak bertepi.


Ok. tu je kali ni. Nak sambung kerja.

Wassalam.

Penuhi hari dengan zikir.

Sekian.