Khamis, 29 Julai 2010

Istilah untuk hari ini

Salam

Bersiaran dari airport JB.

Sementara menunggu Cik Noni Hidayah menjemput.

Memang hari ini, bagaikan jatuh ditimpa tangga.

Penerbangan jam 2.35. Terhegeh-hegeh sampai depan kaunter check-in jam 2.10. Haha. Maka, keluarlah istilah "tiada maaf bagimu" pada hari ini.

Dengan itu, rabak lah beg duit dengan membayar wang penalti untuk dapat naik penerbangan jam 4.10 dah la gaji tak dapat 2 bulan. Namun, aku masih bertahan. Semalam masih sempat menjamu steamboat di Gurney. Dan tak semena-mena sewaktu transaksi tukar tiket, sistem tak berfungsi. Istilah ke-3. Peluang untuk ke JB sudah "bagai telur di hujung tanduk". Jam dah pukul 3.20. Setelah dipujuk-pujuk dan buat muka Saranghae, maka, kakak berbaju maternity di kaunter Airasia itu pun mengusahakan sesuatu untukku.

Punca kelambatan:

Terpaksa menyiapkan suatu modul php untuk muat naik data. Pekerjaan tertangguh selama seminggu nampaknya berjaya disiapkan dalam tempoh 2 jam setelah diberi tekanan dengan jayanya oleh cik Teha.

Kerja siap jam 1 tengah hari dan bertolak ke lapangan terbang sejurus selepas itu. Owh, Adliah. Sila lah serik akan perbuatan hari ini. Sekian, terima kasih..

Yang berbuat salah,
Adliah.

p/s: Esok ada presentation lagi. Malam ni, kena brainstorm sistem pulak. 3-4 hours sleep per day for 4 days in a line. I'm really exhausted.=( (what a stress week!)

p/s: Noni ni lambat lagi. Jom la baca jurnal. Chapter 1 dah nak kena hantar! Allah!

Ahad, 25 Julai 2010

Agak-agak kalau pergi, duit cukup tak?

Saya nak pergi umrah.

Gedik-gedik nak jugak.

Kejap tadi telefon abah. Macam ada ura-ura green light p sorang. Haha.. Asal pergi dengan Che Pah. Tapi, saya lagi suka pergi dengan abah saya. Kalau saya demam, saya ada abah saya. Hehe.

Tapi, company Che Pah offer umrah musim sejuk siap ziarah ke Cairo dan Alex. Harga RM6950. Tapi, beliau kata, kalau pergi ramai-ramai, boleh dapat murah.

Jap-jap. Jom cimbclicks sat. Usha-usha baki. Aiseh. Agak-agak balik Malaysia boleh muflis dak?



Erm, kalau tak p Meset tu, tak pe ke ha? Tapi, nak p musim sejuk. Macam semput je nak bayar yuran dia. Tak p mesit pun tak pe. Janji boleh p umrah.. Owh, doakan cita-cita kesampaian. Umrah tu termasuk target tahun 2010 tuh..


Sarah punya pasal

Ni semuo Sarah la punyo pasal.

Den dah tengok dah Imam mudo tu.

Siap admire-admire laie.

Den bukan boleh tgk orang cakap Noghori ni. Den berkonan boto.

Pasal eh, den tak pandai sangat cakap noghori ni. Abah ese kato bunyi lari.

Den raso cam noghori 9 punyo loghat paling best ah kek meleysia nih.

Tapi, sodeh raso hati. Imam mudo tu dah terkeluar lak aih. Tak dapek la nak usha dah. kehkeh.

Tak po lah. Yang terkeluar tu bukannyo kalah.

Tak po la. Nak tulih tu yo.. Babai..

Wassalam.