Selasa, 28 Disember 2010

Apa lagi menda yang aku tak suka?

OK, minggu ni aku agak negatif sikit.

Jadi, aku nak tulis satu lagi post pasal apa yang aku tak suka.

Pasal Fesbuk.

Secara kasarnya, aku tak suka 2 kategori manusia dalam fesbuk ni:



1. Stail tak suka letak nama sendiri.
Bukan aku shot semua. Maksud aku, dalam profile dia, tak ada langsung pengenalan diri si pemilik page. Mau gak la aku hangin dibuatnya. Dengan nama tak dapat nak bayang siapa. Jadi, apa la faedah lah dia tu buat muka buku ni. Setengah tu, nama macam sikoh la kan. Konon tak mau perkenalkan diri.

Contoh: Mujahadah solehah dan yang sewaktu dengannya.

Set ni, walaupun junior sekolah aku, aku memang rejek lah. [cet, bajet hang tu hot]




2. Stail nak reveal semua perkara.
Mende ni, kebanyakannya terjadi kepada yang baru kahwin. Aku bukannya cemburu pasal aku tak kahwin lagi, tapi, agak tak sopan lah, lebih-lebih lagi kalau yang buat tu ada latar belakang agama.[aku yang bujang ni agak blushing bila baca, okeh]


Ada lagi tu, stail taip balik dekat wall apa dia mesej apa depa laki bini dok SMS. Lepas tu, pakat komen laki bini. Ok, set ni memang mintak lempang ngan aku. Dan, aku dah remove makhluk-makhluk ni dari list fren.

Ok, aku kasi contoh;
"Abang mesej, 'Sayang, hujan ni. Pakai payung, nanti basah' ".

Lebih kurang gitu la. Aku pun dah lupa ayat dia sebijik-sebijik. Tapi, kalau stail berterima kasih tu, aku kira stended lagi. Sekali sekala menyatakan cinta, ye dak? Cuma, aku memang tak faham motif dia taip balik SMS depa laki bini macam contoh di atas. Dah la tu kerap okeh, kerap!

Contoh post wall yang buat aku amat annoy adalah pasal mengandung. Kenkadang tu kurang 1 bulan kot, nak umum pada semua kawan. Sabaq-sabaq sat. Mak aku pesan, baru mengandung kurang sebulan ni, jangan umum satu alam dulu.





3. Perkataan pelik.
Memang la tak de kaitan sangat dengan tajuk, tapi agak annoy la jugak.
Contoh: Bowink, owang, aqu

apa lagi eh...jap, nak fikir. Selalu set-set budak tak cukup umur la buat hal gini. Kalau tak cukup umur, memang boleh diterima la kan. Tapi, kalau dah terlebih umur tu, agak-agak la.Muntah kot nak baca.

ha, ada lagi contoh;

windu

ah, aku dah tak tau dah contoh lain, tapi pattern-pattern gitu la.

........

............

Ni je la perkara yang buat aku annoy dalam fesbuk. Korang macam mana?

.......

He3. Komen perilaku orang, macam hang tu bagus sangat lah, Adliah!

Heppy tak de air.

Sekian.


...........

p/s: Owh, seluruh pulau tak ada air untuk tempoh 24 jam. Sekadar makluman. Ngee..

Isnin, 27 Disember 2010

Kenapa aku tak suka sinetron Korea?

Kenapa aku tak suka cerita Korea?

1. Pasal rambut okeh.
Ya ALLAH, rimasnya aku tengok, Tuhan je yang tahu.
Ada jugak aku rasa macam nak kasi pinjam je sikat buruk aku ni.
Contohnya, macam bawah ni,

..

Yang ni lagi la...
Haram aku tatau apa nama depa. Sekadar contoh.tp, plis la..tak boleh ke sikat rambut elok-elok?

Kasi la rupa lelaki yang macho sikit. Jelas dan nyata kelakiannya.

Kasi kemas, macam bawah ni, tak boleh ke?
Wentworth Miller


2. Bajet comel.
Watak antagonis pun ada sifat yang demikian.
Aku tak tahan part kalau heroin tu pendam perasaan suka kat hero tu, tenung hero tu, sambil menggertap bibir, bajet comel.
Serius beb, aku memang tak tahan melihat keplastikan begitu.

3. Kekeliruan jantina.
Aku memang aneh la macam mana depa tak boleh nak beza, hok jate ko tino ni?
Banyak kot cerita Korea yang tak dapat beza jantina ni.
TV8 sekarang ni pun tengah tayang cerita macam tu kan? Tengok 1 episod pun dah boleh agak jalan cerita.

4. Kebetulan yang melampau.
Banyak kan part hero dan heroin dah lama terpisah atas sebab halangan tertentu, setelah 2-3 tahun hampir nak bertemu, tapi, tak jumpa jugak pasal kebetulan hero kat sebelah kanan jalan, heroin sebelah kiri jalan, pandang ke arah lain. Ah, tipikal, okeh, tipikal!

5. Episod yang panjang.
Nak bagi habis 16 episod tu, ntah berapa kali gaduh, berbaik semula. Penat lah. Last2 aku tengok jam pertama episod 1 dan jam terakhir episod 16.

Eh, cukup lah 5 point je tu. Kang ada yang marah lak.

p/s: Sebenarnya entri ini ditulis sebaik sahaja aku tgk cerita korea kat tv8 semalam. Bapak ah, rasa meloya tgk babak yang ak namakan bajet comel itu. Lantas terbitlah idea nak mengutuk barang sedas dua di sini. Sekadar hiburan di malam hari saat menanti encik mesin basuh menjalankan pekerjaannya.

Muntah tengok perkataan

Aku dalam state nak muntah study pasal sistem beta secretase/memapsin 2 segala ni.

Ni nanti ada satu lagi acetylcholinesterase nak kena hadap.

ok..sampai mencangkung atas kerusi.


Sarah, sorry ye. Post pasal searching and scoring kena tangguh jap.
Penjanaan idea kena berada dalam keadaan hepi.

Aku rasa macam nak pergi shooping la. Tapi khabarnya, prof nak datang lab kejap lagi.

Maka, hipokrit kejap.

Sekian.

Terima kasih.