Khamis, 28 Oktober 2010

Malam yang biasa-biasa : Edisi broadband

Servis mana pun kalau bab notis bayar bil memang laju...

Cis betul, mengenangkan aku nak broadband je. Terpaksa memilih Celcom.

Dulu aku ngeng, depa kata pakai la berapa banyak pun, tak kena charge. Cis, semua itu dusta semata okeh. Limit aku adalah 5GB ya. Kalau lebih, akan keluar notis dan aku kena re-connect.
Jadi disebabkan notisnya begitu on-time, aku memang nak habiskan baki 5GB tu..grrrr...

OK, jom kita review 3 kompeni utama telekomunikasi kat Meleysia ni.

Ini adalah pakej terbaru

1. Celcom

2. Maxis


3. Digi


Apa yang aku cuba nyatakan kan di sini, adalah perkhidmatan jalur lebar sekarang ni adalah semakin mahal. Aku rasa macam ni adalah sebab perbandingan pakej setahun lalu.

Jangan pandang dengan harga termurah. Kalau harga RM48, dapat 1GB je, apa guna? Tak dapat la nak follow drama series kan?kan?

Macam mana aku nak explain isu kat sini eh?

Ermmm..baca kat sini..

Usaha untuk memperbaiki servis internet kat Malaysia ni, sama gak la pentingnya dengan perbaiki sistem pengangkutan awam. Penting untuk ekonomi.

Aku nak terang lebih-lebih pun aku tak reti, tapi masa belajar dulu ada satu subjek ni. Memang ada explain kaitan internet bandwith dengan ekonomi negara.


Ok, Japan was leading.

Tapi, kalau nak komen servis sapa laju, sapa yang kiok..Cuba dulu la. Tak tentu gak. Ikut lokasi.

Tu je la. Sekadar berkongsi apa yang aku fikir-fikirkan sambil tunggu loading file transfer ni. Hinsh..Sabor je la...


Esok jom la puasa.

Sekian.

Wassalam.

Rabu, 13 Oktober 2010

Tukar tajuk

Ok. Aku nak buat post ke -2 hari ni.

Nak update pasal master aku..

Aku sembang-sembang dengan supervisor aku. Dia nasihatkan aku tukar tajuk, kembali pada yang lama. Pasal Alzheimer. Leganya, aku dah baca sikit pasal mende ni dulu. Tapi, tak habis la.

Kawan-kawan, itu lah namanya penyelia. Tempat kita berbincang. Bukan ikut arahan dia. Itu yang aku pelajari di sini.

Dah aku ambil option penyelidikan untuk master ni, jadi, tempoh nak habis tu sangat lah unpredictable. Big bos aku tu memang tak nak simpan aku lama-lama dalam lab dia. Kalau boleh nak cepat-cepat campak aku keluar sambung bagi dapat habis level lain lg.

Yeah, move on! Hoyeah!

Ok2. Fokus. By end of this week I'll come out with the decision. Ok. Kali ni tak boleh nak main-main dah. Keluar keputusan mesti siap dengan master plan, siap dengan drug target dan bajet nak guna untuk buat eksperimen nanti.

Ok. Itu sahaja...

Doakan aku cepat-cepat habis.

Dan juga, istiqamah..

Ok...itu post ke-2 hari ni. Suka-suka je kan?

Hehe.

Wassalam.

Hari ni, kat bawah rumah ada pasar malam. Sekian.

Kawan-kawan,

akhir-akhir ni, selalulah kan korang dengar akan rungutan, rengekan aku yang bosan hidup membujang..[sapa2 yang rajin chat la]

Sini, aku nak habaq, aku bukan tak dak housemate..ada la...tapi sorang je.

Kami ni tak gaduh langsung...

Bak kata orang dulu-dulu, hidup rukun damai....

Tengok sink penuh, cuci kan..

Agak-agak dinding bilik air ada daki-daki tu, agak-agak dah lama tak buat tu, rajin-rajin la cuci,

Tapi, nak buat macam mana. Walaupun masing-masing buat master sepenuh masa, kami masing-masing bekerja jugak untuk menampung kehidupan sehari-hari.

Aku jadi pembantu penyelidik, yang keluar rumah jam 7.30 (Tipu! itu kalau terlebih rajin). Dia pulak, shift jaga kedai jam 4 ptg sampai 11 malam. Jadi, dia balik kerja, aku dah tidur, aku pergi kerja dia masih tidur..

Namun, hari tu, kami terserempak dalam rumah, dan terjadilah perbualan ini,

"Aliah, jom kita buat operasi rumah Sabtu ni, habuk banyak la,"

"Eh, akak free eh? Jom-jom. Lagipun minggu depan kawan saya ada nak datang,"

"Aliah boring tak? Nak akak letak TV kat ruang tamu? Tapi TV akak dapat TV3 je,"

Ok, aku hampir-hampir nak melompat waktu itu.

"Nak!Nak! Jom kita pasang Astro sekali! Kita amek pakej paling basic. Amacam?

"Set!"


p/s: agak-agak korang apa yang aku cuba nyatakan di sini?

Hehe.

Isnin, 11 Oktober 2010

Mode: Monday blues

Boleh ke tulis,

Marah,

Sakit hati,

Kecewa,

Susah hati,

Berdebar,

Dalam blog ni.

Hrmm...

Mode: Monday blues

Ahad, 10 Oktober 2010

Semangat pergi kenduri

Aku memang suka balik kali ni. Kenduri merata-rata...

Balik kampung je, aku memang pilih tarikh yang ada kenduri sedara-sedara ni.

Aku bukan kesah kenduri kawen ke apa.

Kalau kenduri kawen, aku memang tak amek pusing depa punya pengantin pun

Depa nak pakai baju apa, pelamin warna apa

Aku cuma kesah kalau air dia kaler biru ke, langsir khemah kaler apa je

Tak jumpa pengantin pun tak kesah

Dapat salam ngan tuan rumah pun orait

Aku pun ada sepupu yang suka gak g makan kenduri ni

Kalau balik kampung pun tanya,

"Mak, mana kenduri yang ada?"

Sketsa kat rumah hari ni,

"Aliah, kenapa ko suka sangat makan kenduri?"

"Pertama: Makan free dan sedap,"

"Kedua: lepas makan tak gaduh basuh pinggan,"

Sekian, terima kasih.

Hehe

Sabtu, 9 Oktober 2010

Sinar kebahagiaan

Alhamdulillah.

Ketemu cahaya kebahagiaan. Setelah melalui minggu-minggu yang terpinga-pinga, penuh rasa bersalah, penuh keletihan jiwa.

Fokus kembali pada yang sepatutnya.

I have the faith.

I have that strength.

Oh, entry ini hanya insan-insan tertentu sahaja maklum maknanya.

Sekian.

Rabu, 6 Oktober 2010

Perkembangan mereka

Seronok la akhir-akhir ni.

Bebudak bioinfo rajin lak update belog memasing.

Tak de la aku bosan tengok tak de sapa update.

Aku ngan coursemate sendiri adalah tidak rapat. Nape ye, mungkin pasal selalu aktiviti depa, aku jarang nak ikut serta. Bukan jarang, rasanya tak pernah kot.

Bila waktu-waktu rehat, take 5, baca perkembangan masing-masing..

Erm...

Angguk-angguk sambil senyum sendiri..

ps: hey, hal server dah banyak setel. nak study install Amber untuk student buat molecular dynamic pule. Pada siapa yang boleh bertanya ye?

Sabtu, 2 Oktober 2010

Takut nak melepak

Aku rasa.

Bosan.

Ada banyak kerja.

Aku tahu kerja banyak.

Aku tak ada semangat ni.

Terasa nak melepak kat Queensbay la pulak malam-malam ni.

Tapi....

Tak berani.....

Kat KL dulu, kalau ada perasaan nak melepak ni, ada je yang boleh teman,

Hurm,

Kat sini, nak ajak junior, depa exam lak

Berangan pun jadi lah.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Fasal apa kali ni?

Semalam.

Lepas waktu kerja, lepak-lepak Tesco Sg 2. Pekena waffle Peanut butter...



Balik rumah.

.

Baca buku

ngeng.

.

..

...

10 minit

..

....


30 minit


Erm, tak boleh jadi.

Bentang tilam.

ZZZZZZ

......


.......


"Alia...alia,"

Aiseh, housemate lupa bawa kunci.

Owh, jam dah 11.30 malam

.....

Tergaru-garu

..........



Online pun macam best jugak.

Buzz..buzz



Oh, minah ni...Layan~

Sambil gosip-gosip

....

Makan apollo

Nyum-nyum



Sambil layan You tube...


Jumpa mende video ni


Eh, dah pukul 1.30 pagi la

Jom tidur


Sekian.

Jangan jadi macam saya.

Manfaatkan usia dengan lebih manfaat.

Wallahua'lam..