Sabtu, 5 Mac 2011

Kawan

Kawan.

Dalam dunia ini, kita akan bertemu pelbagai jenis kawan.

Dan, kunci utama dalam berkawan, bersahabat, berkenalan adalah KOMUNIKASI.
[Ok, sekarang ni aku dah terbayang ikatan-ikatan kimia, hydrogen bond, covalent bond dll]

Selain komunikasi, elemen lain, termasuklah, tolak ansur, lapang dada, dan IKHLAS.

Suatu perkara yang paling susah nak hadapi adalah komunikasi 3 atau lebih penjuru.
[Ok, sekarang terbayang bentuk segi3, nak kira degree la pulak]

Adalah susah nak hasilkan segi tiga sama, yang mana campur semua dapat 180. Perlu berhati-hati dalam melakar setiap bucu, supaya, semuanya, berkongsi darjah 60.

Jadi, sebagai individu, terserah kepada diri sendiri untuk masuk kategori penyampai, batu api, talam dua muka, tak pun pendamai.

Nak jadi yang jahat tu senang sangat, tapi, nak jadi pendamai tu, skil kena kena cara.

Bak kata bijak pandai, matlamat tak menghalalkan cara.

Meski kita berniat baik, tapi kerana cara yang salah, kemungkinan hasilnya takkan dapat seperti yang diinginkan.

Perlulan adil bukan sahaja pada pihak lain, juga terhadap diri sendiri.

Errr..ok...Berbelit dah ni. Sebenarnya, nak habaq kata, kepada sabahat ku itu, aku berharap kita dapat hidup dengan rukun damai macam dalam iklan-iklan 1Malaysia tu.

Aku menulis, sebab banyak dah pengalaman, aku bukanlah orang tengah yang baik. Mungkin, hanya pendengar yang baik. Oh, itu kadang-kadang.

Ok. Sekian.

Tiada ulasan: