Isnin, 24 Oktober 2011

Isu semasa

Saya suka buka facebook. Bukan setakat bertujuan untuk mengetahui perkembangan semasa para sahabat, tapi juga untuk mengetahui berita terkini, walaupun saya bukan tergolong dalam kelompok suka 'share'. 

Kebiasaannya saya hanya meneliti berita-berita yang terpapar di bahagian notification sahaja. Nak belek satu-satu memang tak kuasa la kan...

Jadi, sekarang ni banyak la gambar-gambar terpapar berkenaan konvo. Ok, tahniah pada siapa yang konvo tersebut. Tak lupa pada mereka yang telah selamat bergelar ibu. Tahniah juga.

Tapi bukan itu yang saya nak bebel untuk entri ini.Saya nak membebel berkenaan isu semasa. [Cewah]

Isu yang hangat:
1-Lecturer d UIA tu 
[serius saya tak baca apa statement dia yang sampai boleh kena gantung]- tak nak komen

2-Hudud- 
nampaknya isu ni makin sejuk..

3-Bob Lokman - 
Saya tak faham kenapa dia susah sangat nak apply untuk tauliah. Memang la JAIS tu melecehkan. Tapi, tindakan dia marah-marah dengan semangat jihad, bukan ke orang boleh nilai sesuatu di situ? Lagipun, pegawai yang nak tahan dia tu sesama Islam gak. Kadang saya fikir ada bagusnya JAIS buat sistem ni, sebab ada orang cakap berdasarkan semangat, kadang-kadang sampai tahap label orang lain itu dan ini.

4- HIMPUN- 
Ha, isu ni... KOntroversi jugak ni. Ada yang claim kenapa BERSIH pergi, HIMPUN kurang semangat? Banyak komen dalam facebook yang kata himpunan itu banyak diisi dengan ucapan-ucapan salahkan orang sana sini. Saya tak pergi, jadi tak boleh komen. Dalam hal murtad dan Islam sebagai agama persekutuan, saya tak faham apa fungsi diraja/macam mana dorang buat kerja dalam pertahankan hak orang Melayu dan Islam. Yang pasti, pihak istana ni tak boleh nak kena tegur atau dipersoalkan, siap la nanti ada tindakan. [Err..agak-agak tulis macam ni kena tahan tak?]

Di Brunei kita boleh lihat Sultan beri titah dalam perlaksanaan hudud. Tapi, di Malaysia, kenapa senyap je? Ataupun saya ketinggalan apa-apa pernyataan dari istana berkenaan respon isu ini. Tak kisah la sokong atau tidak, bukan ke isu ini harus menjadi sensitiviti diraja ke? Please do enlighten me...

5- Pilihanraya Tunisia - 
Ha pilih la elok-elok

6- Ghadafi - 
Ada orang mendoakan kesejahteraan, ada yang kata padan muka kena bunuh. Tapi, saya fikir, bukan ke baik dibicara ke? Biar dia merana teruk sikit.. Wakakaka..

7-Dan terbaru semalam..6 gol
[saya tak pasti kenapa 6 gol tu menjadi isu sangat. apa yang lawan apa pun tak tahu]--ha, ni biaq p kat hampa. 



3 ulasan:

Basyirah Abd Rahman berkata...

alia.. isu ghadafi ni, azfar dpt email, mengenai pemerintahan dia, walaupun dia digambarkan diktator oleh US, but the facts are, dia memberikan byk kemudahan pada rakyat dia.
Like, no electricity fee dekat Libya, harga petrol 0.14 (i'm not sure their currency), pastu kalau kau baru kawen dapat duit kerajaan dorg bagi (RM200 000), subsidi beli kete 50%, hospitality dan education free, xde interest bila pnjam loan.
Byk lagi kot.
Cuma kita tak tahu..
but kat malaysia adalah sebaliknya..
Dahla ambik duit rakyat, bukan ambik, curik duit rakyat, pastu bebankan lagi dengan banyak yg kena bayar..
huhu..

alia berkata...

ok...kalau mcm tu...kalau dia baik sangat kenapa rakyat dia gaduh sangat nak dia turun? apa dia dh buat...

*serius org tak tau apa yang dia dah buat...better selidik balik.

... berkata...

nasihat saya. jangan mudah sangat percaya dan terpengaruh dengan email berantai ni, sehinggalah dipastikan kesahihannya..