Sabtu, 31 Disember 2011

Rupanya ada benda..

Minggu-minggu terakhir 2011 diakhiri dengan keserabutan dalam diri sendiri ditambah dengan kesihatan yang tak menentu akhir-akhir ini.

2minggu lepas, sakit kepala yang berlarutan, kejang leher, tak boleh gerak walau seinci memang menduga.

Rupanya ada 'benda' yang memberatkan kesihatan kebelakangan ini. Walau kesihatan agak membaik sekarang, sebenarnya belum ada kekuatan nak balik Penang dan teruskan hidup dalam bilik sorang diri. Baki cuti 2 hari ini, moga-moga Allah memberi kekuatan hendaknya untuk memulakan tahun baru dengan lebih bertenaga.

Mohon doa rakan-rakan semoga saya boleh pulang ke Penang segera dan meneruskan apa yang tak siap dalam kesihatan yang memuaskan.

Rabu, 21 Disember 2011

Hari-hari bosan juga makan sorang-sorang ni

Sehari dua ni badan saya rasa tak selesa betul. Siap sakit leher stail tak boleh nak pusing kiri kanan, angguk atas bawah rasa nak menyeringai la kan...

Lantas pergi lah minta bantuan kepada Mak cik bekam. Melayang la RM engkau ye..

Bak kata mak cik tu, badan kamu ni banyak angin...

Saya pun mengia kan je la kata mak cik tu sebab leher rasa keras semacam tanda angin berkumpul. Sambil itu menahan badan dari mengeluarkan angin sebab mak cik tu mengurut. Cover ayu la kan.

Balik tu, saya tetap rasa badan seperti ada yang tak kena. Ermmm, perut lapar agaknya. Mungkin dia bosan masakan sendiri. Mari lah kita melahap burger barang sebiji.

Burp.... Sendawa yang berulang kali ini hanya boleh dilaksanakan di bilik asrama.

Nak lagi kaw lagi, nah ini!

tujuangin.jpg

Wah, badan terasa lebih bermanfaat. Dan jangan lupa nak makan baca bismillah.

Sekian. Dah boleh tidur.

Motif? Memang tak ada pun. Sengaja berceloteh.

Peace!

Wassalam. Selamat malam.

Rabu, 14 Disember 2011

Jangan...

Saya fikir saya nak berhenti la belajar ni. Hari-hari terlintas di fikiran. Apa lah aku dok buat ni? Rasa membuang masa sungguh.

Ya Allah, kuatkan lah iman ku

Selasa, 13 Disember 2011

Saya harap kakak saya baca post ini...

Al-kisahnya, bilik saya dah ada peti ais! Wah, terima kasih buat my beloved Along for this...


Ya, peti ais mini! Meski 2nd hand, tapi siapa nak kasi kau free kan?

Masak lah kawan-kawan...Meski masakan anda tidak sedap.. 

Cabaran memasak di asrama memang penat. Perlu mujahadah yang tinggi melawan hawa nafsu yang dahsyat. Mana taknya, bilik kecil kan. [sememangnya tak dibina untuk student memasak].

Kalau baru balik dari makmal, sanggup minum susu segelas tahan lapar pulun nak masak jugak. [saya ada gastrik sekarang, perlu sesuatu beralkali isi perut].

Doa la semangat ni istiqamah..

Nak masak tumis-tumis, kena tutup kipas dulu, bimbang minyak terpercik seluruh lantai bilik, alamatnya mengemop la awak ye...

Walaupun orang kedah kata kerja renyah, tapi, sekurang-kurangnya memasak dan mengemas bilik boleh menyibukkan diri dari memikirkan kesedihan hati dan sebagainya..

Dan juga, ternyata dengan adanya peti ais free ini, perbelanjaan bulanan anda sangat terasa kurangnya. 

Dulu masa tak ada peti ais, susah sungguh. Tak jimat langsung bila memasak sebab setiap kali beli benda basah kena habiskan terus...

Ok lah, panjang pulak bebel nya...

Ni mee sanggul, bukan kue tiaw...rupa tak ada, tapi rasa ada macam mak buat! [konon].

Mee sanggul = RM 3.20 ( boleh masak 4 kali lagi)
Fish ball = RM 1.50 ( boleh guna 2 kali lagi)
Minyak, bawang separuh biji, kuchai 2 batang (batang ke?), kicap, sos mak buat
Lebih kurang RM2 la ye semuanya untuk kali ini..

Kalau pergi kedai makan, char kue tiaw biasa yang sejemput dah RM3.50 itu, anda tidak mampu mengurut-urut perut dengan lagak kekenyangan setelah menikmatinya. Tu belum campur anda tengok orang meja sebelah menikmati air bandung yang menarik rupanya..

Cuma, masak sendiri, belum tentu sedap macam kedai la kan..Hehe..

Saya tergolong spesis tak pandai masak, harap maklum. =) Jadi, sebagai warga asrama yang ingkar dengan arahan tak boleh bawa peralatan elektrik, keperluan asas dapur bujangan anda harus ada:
-ikan masin
-ikan bilis
-cencaluk/budu (bergantung anda asal mana)
-carrot (sebab tahan lama)
-cili boh
-kicap
-telur
-mee kering/bihun (bergantung)

**Eh, makin banyak pulak senarai aku nak menambah ni...

Sekian, terima kasih..

Yang melaporkan,
Aliah. 

Rabu, 7 Disember 2011

Bertenaga. Rajin

Penat. Sampai malas nak ambil tahu hal orang lain. Dalam kata lain, malas nak bergosip.

Kawan-kawan sibuk susun tarikh kenduri. Aku sampai termangu-mangu dah kawen tah si fulan  ni. Dah tak ambil port dah. Kadang tu ada niat nak pergi walimah, sekali semak jemputan, tarikh dah lepas.

Orang dalam makmal sibuk conference. Gosip kerenah student oversea. Huh, jangan tanya aku. Aku tak tahu cerita. Kalau tahu pun, aku anggap tu lawak jenaka je.. Bukan aku yang kena kan. Jadi, buat apa nak sakit hati lebih-lebih.

Kawan-kawan sibuk bercinta. Aku pun dah tak tahu apa perkembangan. Nanti kalau dah nak panggil kenduri, kabo je la...

Ada kawan rapat yang selalu berhubung. Tapi dah lama tak bersembang. Ah, lantak lah. Nanti dah senang, aku cari ko balik tanya update.

Ah, jangan tanya aku bab master. Malas nak jawab.

Tapi, walau apa pun. Mencari bahagia dalam derita. Mencari syukur dalam setiap ketidaksempurnaan.

Sekian.

Wassalamu.

** Saje letak tajuk perkataan positif.