Selasa, 13 Disember 2011

Saya harap kakak saya baca post ini...

Al-kisahnya, bilik saya dah ada peti ais! Wah, terima kasih buat my beloved Along for this...


Ya, peti ais mini! Meski 2nd hand, tapi siapa nak kasi kau free kan?

Masak lah kawan-kawan...Meski masakan anda tidak sedap.. 

Cabaran memasak di asrama memang penat. Perlu mujahadah yang tinggi melawan hawa nafsu yang dahsyat. Mana taknya, bilik kecil kan. [sememangnya tak dibina untuk student memasak].

Kalau baru balik dari makmal, sanggup minum susu segelas tahan lapar pulun nak masak jugak. [saya ada gastrik sekarang, perlu sesuatu beralkali isi perut].

Doa la semangat ni istiqamah..

Nak masak tumis-tumis, kena tutup kipas dulu, bimbang minyak terpercik seluruh lantai bilik, alamatnya mengemop la awak ye...

Walaupun orang kedah kata kerja renyah, tapi, sekurang-kurangnya memasak dan mengemas bilik boleh menyibukkan diri dari memikirkan kesedihan hati dan sebagainya..

Dan juga, ternyata dengan adanya peti ais free ini, perbelanjaan bulanan anda sangat terasa kurangnya. 

Dulu masa tak ada peti ais, susah sungguh. Tak jimat langsung bila memasak sebab setiap kali beli benda basah kena habiskan terus...

Ok lah, panjang pulak bebel nya...

Ni mee sanggul, bukan kue tiaw...rupa tak ada, tapi rasa ada macam mak buat! [konon].

Mee sanggul = RM 3.20 ( boleh masak 4 kali lagi)
Fish ball = RM 1.50 ( boleh guna 2 kali lagi)
Minyak, bawang separuh biji, kuchai 2 batang (batang ke?), kicap, sos mak buat
Lebih kurang RM2 la ye semuanya untuk kali ini..

Kalau pergi kedai makan, char kue tiaw biasa yang sejemput dah RM3.50 itu, anda tidak mampu mengurut-urut perut dengan lagak kekenyangan setelah menikmatinya. Tu belum campur anda tengok orang meja sebelah menikmati air bandung yang menarik rupanya..

Cuma, masak sendiri, belum tentu sedap macam kedai la kan..Hehe..

Saya tergolong spesis tak pandai masak, harap maklum. =) Jadi, sebagai warga asrama yang ingkar dengan arahan tak boleh bawa peralatan elektrik, keperluan asas dapur bujangan anda harus ada:
-ikan masin
-ikan bilis
-cencaluk/budu (bergantung anda asal mana)
-carrot (sebab tahan lama)
-cili boh
-kicap
-telur
-mee kering/bihun (bergantung)

**Eh, makin banyak pulak senarai aku nak menambah ni...

Sekian, terima kasih..

Yang melaporkan,
Aliah. 

Tiada ulasan: