Selasa, 10 Januari 2012

Hidup jangan sentiasa mendongak langit


Kita sangka kita cukup bijak dalam bidang kita. Kita dah cukup explore dalam bidang (lebih spesiffik kerjaya la kan).

Jangan cepat dabik dada. Ada orang berganda pengetahuannya dari kau.

Ini yang aku pelajari di sini.

Mungkin kita fikir hujah kita lah yang paling bernas. Orang lain tak sehebat kita.

Perasaan dabik dada itu hanya menyebabkan kita lebih rasa seronok sendiri dan rakan-rakan sekeliling mula menjauh.

Mengapa?

Sebab tak semua perkara perlu dihujahkan. Adakalanya diam bukan petanda kalah.

Ada kalanya kita berasa mampu hidup sendiri. Pedulikan apa kata mereka semua. Jangan lupa, kita bukan hidup sendirian di dunia ini.

Dalam hidup, bukan sahaja hubungan dengan Allah kena jaga, hubungan sesama makhluk tak kurang pentingnya.

Jangan kita ingat dalam setiap perbualan, rakan sembang diam tanda mengiakan. Boleh jadi tanda, percakapan itu hanya penuh bangga diri, dan mereka hanya menanti saat2 kau tersungkur.

Hidup jangan sentiasa mendongak langit, ingat sama rumput di bumi.

Sesungguhnya kita sentiasa diuji. Dan tanpa kita sedar, kita diuji dengan kata-kata sendiri.

Bercakap banyak bukan hanya boleh menimbul hormat, tapi juga boleh menambah meluat.

Sekadar berkongsi.



Tiada ulasan: