Selasa, 25 September 2012

Darah manis

Apa itu darah manis?

Bila sembang dengan orang-orang tua, mereka kata berhati-hati sikit, awak tu darah manis.

Minggu lepas bibir aku pecah (terbelah dalam 1 cm akibat terkena spring besi, besi tebal ye kawan-kawan)

2



Ha, terkena pedal yang ada button merah itu ye, disebabkan dia ada spring, dan tangan ku tak gagah nak tolak kuat-kuat ke hadapan, dan terlepas pedal tersebut, melantun ke arah yang bertentangan. Dan nasib tak menyebelahi ku bila muka memang sua elok2 je dekat pedal kan. Nice..nice! Maka, bayangkanlah sahaja kerosakan bibir yang boleh diakibatkan oleh pedal tersebut. Walaubagaimana pun, luka dah sembuh dalam 3 hari je, mungkin kelebihan air liur. Eh, tak. Luka ni Allah juga yang menyembuhkan.

Selanjutnya pula, eksiden jatuh terbabas nasib baik kepala tak terhantuk mangkuk tandas. Keluar bilik air penuh bergaya tanpa kecederaan fizikal. Alih-alih sedap-sedap tengok cerita Conan, rasa pedih je kat jari kaki. Ok, Tepi kuku kaki yang berdarah. Nice, sekali lagi!

Ini ke yang dikatakan darah manis? Ini ke?

Tak peduli la manis ke masam, pokoknya, sakit itu penghapus dosa-dosa kecil kita.

Oh, lagi 5 bulan..oh..oh, tidak...

2 ulasan:

Basyirah Abd Rahman berkata...

tsk tsk.. sungguh ngeri ku rase.. darah manis tu maknanya hang tu la ni org nampak manis ja.. nampak beseri, cantik jelita, comel segala. Maybe sbb tu org kata darah manis. Jd kena la jaga diri tu bebaik. Jaga diri, jaga kesihatan, jaga mata, jaga hati segala.. keh3.

... berkata...

Jaga mata dan hati la yang paling penting kan...