Rabu, 28 April 2010

Ikhlas dan percaya. Ada kaitan ke?

Menulis. Menulis apa yang dirasa.

Ada manusia yang dilahirkan bijak. Ada yang tidak. Perlu lalui beberapa siri pengalaman, baru nak 'cerdik'.

Cerdik akan apa? Cerdik akan kehidupan.

Aku tergolong akan kategori ke-2 itu.

Sebelum menjadi cerdik itu, aku sempat diperbodohkan dulu la.

Ermm.. (sambil pejam mata, merasai kepahitan itu)

Apa pun, hari ini aku belajar satu perkara. IKHLAS. Perasaan itulah yang membuatkan aku tak menyesal akan kepercayaan yang ditaburkan. Tapi, untuk percaya 'orang' itu lagi, takkan sekali dah la.

Ikhlas itu perlu dilambak-lambakkan. Namun, kepercayaan perlu dibilang-bilangkan.

Apa yang aku tulis ni? Adoyai...

Sesi meluah rasa yang macam tak jadi je. Sekadar teringat kisah lama, bila terbaca tulisan seseorang.

Tak pe lah..

Sekian.

Wassalam.


Isnin, 26 April 2010

Nak senyum je sepanjang hari, boleh?

Seronot sungguh hari ni...

Semalam, mak cik dok sebelah dalam bas, tak caya umur aku dah 23..Hehe..Dia ingat muda lagi..

Hari ni, ustazah yang datang ajar anak supervisor aku ngaji dalam lab, tak caya aku keje sini. Ingatkan budak sekolah mana. Katanya,

"Eh, mudanya!"

Hehe..Tu yang terasa nak senyum-senyum sepanjang hari ni..

Senyum..senyum..Hehe..


Sekian..

Wassalam..

Berkawan kena ikhlas..

p/s: Nabilla dah nak sampai sini esok! Double seronok!


-------------------------------------------------------------------------------------------

Aku baca jurnal

Nampak tak nama yang aku highlight tu?

Fuh, tak kenal pun sapa orang tu.. tapi, tu nama melayu...(mode: fanatik melayu Islam)..Hehe..

Khamis, 22 April 2010

...





Faham tak perasaan aku sekarang ni..Kat belakang tu, ada 4 server kluster yang kena install.

Buat sorang-sorang pulak tu..

Kenapa pulak malas?

Bilik tu semak la, tak larat nak angkat semua CPU sorang-sorang.

Ada sapa-sapa nak tolong??

Berat jugak kerja-kerja dengan server ni. Kena banyak tenaga.

Esok datang lab tak boleh pakai baju kurung.

Aktiviti memanjat, pastikan wayar pada tempatnya, tercucuk elok, nampak buruk kalau buat pakai kain... Woh!..

Tadi, seketul server meletup...Keluar api merah! Wah, kalau dalam tangan aku, ada je eksidennya. Melemah motivasi betul..

Semalam, sepanjang hari master server hang. Kena restart.

Sabar..sabar..

Sabar dengan mesin..

Ketahuilah ini adalah entri meluahkan perasaan.

p/s: server baru berjaya detect+install 2 out of 17 slave node. itu pencapaian sepanjang hari ini. dah meletop, kena buat balik.. sedih gile...

Isnin, 19 April 2010

Maklumat di hujung jari

Ingat nak tulis esok je...

Tapi, gosip ni..

Nak bagitahu la kan..

Pssttt..kite sembang pelan-pelan je..Jangan kecoh-kecoh.[pandang kiri kanan dulu, baru taip]..

Ingat tak dalam entri lepas kite tulis pasal ostat pizik itu...

Perghh..kite dah ter'menjadi' stalker beliau pulak...

Tak pasal je budak tu jadi objek aku..

Secara tak sengaja...aku p sembang-sembang ngan set-set budak sikoh itu hari..terbuka la cerita, memang budak PMI sini suka la pakai baju-baju persatuan ni...Alah, bukan budak PMI je, semua-bebudak sini la, pendek kata..[eh, ni kira kutuk ke ni?].

Dipendekkan cerita aku dapat tahu la nama orang itu..Haha...pandai betul aku korek cerita tanpa pecahkan rahsia...Bangga sat.[hinsh, hinsh, kembang-kembang].

Dan secara kebetulan ada orang tag gambar kawan aku dalam fesbuk...Aku pun gatai p tengok..Dan,...Jeng..jeng..

Aku lepas tu boleh siap boleh tahu asal mana orang tu, umur berapa, fuh, lengkap punya biodata..Dalam kurang 10 minit je..

Nak kata, fesbuk, blog...semua maklumat di hujung jari...Bahaya beb...Tambah orang macam aku ni, bak kata omputeh, curiousity killed the cat (betul tah eja n phrase)

Terfikir untuk tukar URL belog ni, bahaya..bahaya...

Kalau dah tak leh nak akses blog tu, tanda dah tukar la tu...Malam ni nak istikharah nak taruk nama apa pulak..Hehe..

Nota: Bukan nak fokus pada si fizik itu di sini, cuma nak kata, nak jadi stalker yang berjaya, senang je sekarang ni. Cuba korang taip nama sendiri dalam google, berapa banyak hits yang naik? Ala-ala CIA la pulak. [cuba la cari database senang je macam ni, haih.ok, tak mau tulis pasal master di sini]..

Santai sahaja ye...Hehe [gelak lagi]

Wassalam...

p/s: sebenarnya kawan-kawan, i malu la orang buat link blog i ni...

Ahad, 18 April 2010

Update petang Ahad

Salam Ahad,

Perkara 1:

Aku ada rindu sikit dengan kawan-kawan area Lembah Klang. Walaupun, orang tu yang aku rajin gaduh dulu-dulu. Contoh: Adzwa, Basyirah, Liyana, Ami, warga 13-13, warga Rumah Zainab, adik beradik Lauz. Ramai...Hehe.. Mentioned siap! Macam-macam hal la. Salah aku, salah dia. Sedangkan lidah lagi kan tergigit. Inikan pula kawan baik.

Tambah lagi, bila budak tokei tudung tu nak kasi hadiah. Wah, Basyi...ku letak siap-siap janji hang dalam belog.. Takut hang tak jadi nak kasi..Hikhik..

Perkara 2:

Dah dapat rumah sewa..Bulan depan pindah. Flat je la tapi. Kira ada jugak la dalam Penang ni flat full-furnished RM350 sebulan. Hari tu dalam perjalanan ke Balik Pulau aku jumpa sawah. Serius, aku tak sangka ada bendang tengah pulau ni.. Jadi, jangkaan-jangkaan sebelum ni, meleset..Owh, tak payah tumpang bilik orang lagi. Syukur amat-amat..

Perkara 3:

Ada apa-apa perkara lagi perlu update? Owh, sekarang musim kengkawan aku kerjakan umrah. Lepas sorang-sorang maklumkan pada aku. Jeles ok! Sampai kalau boleh aku tak mau cakap dengan depa, jeles punya pasal. Hoho.. Tak pe-takpe..tahun depan ku mahu pergi jua...Kumpul duit dengan lebih giat lagi. Kalau ada subsidi PA&MA pun teruja siap. Ni tulis dalam belog, nak kasi Along baca. Hehe...

Itu je la. Update tak berapa normal sikit. Lapar...

Sekian, wassalam





Khamis, 15 April 2010

Macam mana ye...

Tak ada pengalaman ni.


Macam mana nak buat ye?


Puas dah tanya encik google...



Nak berlagak ambik gambar guna kamera laptop baru...hehe

Macam mana nak cuci akuarium ni?

Dalam makmal pun ada akuarium, sofa, microvawe....

Memang masyuk...

Lagi best, peraturan dia, orang lelaki boleh berada sampai 7pm je dalam ni, lepas tu dak perempuan boleh bermaharajalela dalam ni, buat rumah no 2. Gamak kata terlajak study dalam ni, takut dah nak balik, boleh tidur terus kat sofa empuk tu sampai esok sebelum orang datang...haha~

Macam mana nak cuci menalah akuarium gedabak ni...

Eh, ikan tak makan lagi... Buat baik ngan haiwan suruh mereka doakan kejayaan kite...Hehe..

Ok lah, sekian dulu..

Wassalam...

Isnin, 12 April 2010

Terbaru

Salam semua.

Entri kali ni nak bercerita berkenaan apa ya? Kalau ikutkan perjalanan harian, statik la. Pergi lab, makan, solat, basuh baju, balik rehat kejap, pergi lab balik. Cycle yang sama. Nampak macam bosan. Tapi, belajar banyak perkara yang baru. In the term of study, research, social living.

Hidup kena berhijrah. Bukan setakat mental, fizikal pun turut berubah. Walaupun aku tak fikir banyak nak ke Penang dulu, Alhamdulillah, Allah bantu memudahkan perjalanan di sini.

Dan buat aku lebih menghargai setiap apa yang berlaku. Dan banyak perkara sekeliling yang aku ambil iktibar, dan perbaiki diri. Kuncinya adalah IKHLAS. Ikhlas belajar, ikhlas berkawan, ikhlas menolong orang.

Namun, aku masih banyak kekurangan. Merangkak memperbaiki diri. Bukan menjadi yang sempurna. Cuma hanya untuk mencari redha. Oh, aku menaip ni sambil dengar lagu Saujana. Syahdu sikit.

Doakan aku ye, kawan-kawan. Doakan aku berjaya mencapai impian. Pesan supervisor aku, "Jangan takut untuk berangan-angan. Jangan takut untuk merancang untuk buat perubahan dalam hidup,"

Sekian dulu.

Wassalam.

Hehe, koleksi dah cukup..Yeye..


p/s: why recently, I keep thinking of settling down with somebody?

Jumaat, 9 April 2010

Baik-baik sahaja

Salam...

Aku sibuk sikit akhir-akhir ni. Biasalah kan, bila kita dah agak membiasakan diri dan beradaptasi di tempat baru, maka, tahu la sikit hujung pangkal nak buat apa. Jadi, banyak jugak kerja aku rupanya. Baru perasan.. Hehe..

Eh, aku tak ada idea nak update apa ni. Nak tulis pasal apa lagi ha? Update macam ni je, ok la kan. Lambang aku dalam kondisi baik, sihat dan makan cukup.

Oh, mengantuk pula. Padahal makan bihun sup je pun. Sekian sahaja.

Moga amal bertambah.

Wassalam.

Selasa, 6 April 2010

Lepak aje..

Selalu melepak dalam perpustakaan?

Selain baca buku, apa yang korang buat? Lebih-lebih lagi masa korang tengah blur dengan apa yang korang baca. Sah-sah la korang usha apa benda depan mata. Usha siling. Tapi, paling banyak usha orang la kan?

Dan, entri ni, aku nak kisahkan kisah aku kantoi usha orang.
Alkisahnya, dari minggu lepas lagi aku perasan ada satu ostat fizik ni, (aku namakan gitu pasal die pakai jaket GAMIS dan baca buku quantum dynamic, hebat betul aku meng'usha). Ni mesti beliau bertapa dalam library sempena final exam dah dekat (kata dalam hati aku mengumpat jahat). Aku paham sangat set-set ni. Walaupun, beliau tak berapa kacak, namun jaket itu menarik minat aku. Pasal kalau aku, malu gile ah nak pakai jaket persatuan bagai ni. Pakai bawa tido, tak pe.

Nak dijadikan cerita hari ni, aku study di tempat PC dan dalam masa yang sama, ostat fizik ni ada depan mata aku letak laptop beliau.Tak la depan betul-betul, belah kiri sikit (hoh, gila spesifik cerita dalam belog). Masa bila la dia sampai memang tak diperasani.

Setelah aku penat membaca artikel, mata pun perlu lah rehat, kan. Lalu, aku spontan memandang ke arah ostat tersebut. Eh, tak de?!

Aku kalih ke arah lebih kiri. Tak ada gak. Belakang sikit. Kot-kot dia dah kembali ke meja. Tak ada gak.

Kalih kanan. Gulp! Weh, dia ada kat sebelah ko, Alia. Siap kalih kat ko. Ding dong. Kantoi!!!

Arghh..bila masa pulak ko tukar posisi ni. Ok, aku malas nak sambung taip lagi. Tapi, korang yang baca ni, jangan lah berfikir yang bukan-bukan pula. Tak ada adegan bertegur sapa di sini.

Moral: Masa dalam perpustakaan, kalau mata penat, baik korang usha siling je bagus. Tak pun, main game dalam henpon. Paling bagus, zikir banyak-banyak sambil mata terpejam. Hoho.

Sekian. Bak kata tajuk entri, lepak santai sahaja. Wassalam.

p/s: perangai dalam perpustakaan tu, korang pun buat jugak kan?Haha...

Isnin, 5 April 2010

Update

Erti sabar..

Berhari-hari aku cuba melatih diri untuk kekal dalam fasa sabar. Terbayang macam teknologi intel yang boleh naik turun suhu air-con bila suhu persekitaran persekitaran berubah-ubah. Ok..aku suka berangan berikutan suka tengok iklan dalam TV.. Aku bayangkan aku tengah kawal marah macam teknologi intel kawal suhu tu..

Masa undergrad dulu, masa Dr Amir (lecturer paling susah nak kasi A) suruh baca jurnal (itulah pertama kali ku kenal jurnal tu apa), aku segera telefon Cikgu Akmal (cikgu Bio sekolah menengah dulu), untuk mengadu kepada beliau.

Sampai ke exam final subjek dr Amir tu, aku tak faham pun sangat jurnal tu. Kawan-kawan, ingat kan? Jurnal tu pasal Human Genome Project. Sampai ke masa periksa final pun, harapkan baca ringkasan je. Aku memang jahil masa tu. Tak dapat dinafikan.

Bila, sampai kat Penang ni, mau tak mau hang kena baca jurnal banyak-banyak la kan? (keluaq pulak loghat dia). Disebabkan masih kekalkan perangai undergard, aku pun mengalami tekanan tiada terperi. Perangai TAK SABAR.

Sampai la aku baca balik jurnal tu dalam keadaan tenang dan bersabar, buat kali ke-2, baru aku sedar bahawa kefahaman bacaan yang pertama sebelum ni, adalah salah. Aku dah salah faham teori. Patutla aku cari jurnal lain, lain maknanya.

Sekarang ni, baru aku faham macam mana Cikgu Akmal cerita macam mana dia siap boleh hafal isi setiap jurnal yang dia baca. Huh, baca jurnal pun ada seninya.


Tip-tip
1. Baca dalam keadaan tenang
2. Sabar
3. Baca 2-3 kali.

Sekian dulu. Wassalam.

Berilmu, Beramal (ambil sempena cogan kata sekolah rendah)

Ahad, 4 April 2010

Entri tunggang langgang

Seronok sikit malam ni. Dengan niat asal aku bertegur sapa dengan kawan-kawan yang dah lama tak 'keep in touch'. Dengan bos PERMANIS dulu, dan beberapa kawan matrik yang lain. Tapi, yang paling seronok dengan kawan lama masa sekolah rendah dulu.




Mula dengan sembang dalam Fb, berlarut sampai add dalam YM. Hehe. Maklum lah, kali terakhir jumpa pun,10 tahun lalu. Sekarang dia ada kat US, tahun akhir. Aku juga tumpang gembira dengan kejayaan beliau. Teringat dulu-dulu kami selalu gaduh-gaduh sampai kejar-mengejar dengan kayu hoki. Hehe..Amacam, macam ganas tak?




Satu perkara yang aku nak ceritakan di sini dalam perbualan aku dengan teman lama tu. Dia cerita banyak pasal hidup sebagai Muslim kat sana. Pasal tradisi ilmu Muslim kat sana yang tak paksa untuk menerima sesuatu hukum dengan satu hujah sahaja. Cth: bersalam lelaki perempuan, qunut dalam subuh, etc. Dan dia sentiasa melihat sesuatu apa pun dari aspek yang positif. Ah, aku selalu ketandusan kata untuk terjemah balik pengajaran dari sesuatu peristiwa.




Pertama kali, aku teringin nak pergi melawat US. Mula berangan macam Andrea Hirata nak pergi ke Paris. Owh... Hakikatnya, selama ni selalu aku fikir, malang la siapa yang dapat peluang belajar kat sana. Begitu kita terlalu banyak dimomokkan dengan tipu helah HollyWood.




Aku kembali menilai diri. Muhasabah. Menetapkan yang mana satu nilai destinasi dan perjalanan dalam diri. Nikmatnya hidup, bila kita meletakkan definisi hidup sebagai perjalanan. Perjalanan yang singkat. Aku mula nampak dan tersedar salah sendiri, akan punca aku agak tertekan akhir-akhir ni.




Selalu dengar ayat "pertolongan dari langit"? Hehe.. Tiru ayat Yana. Seluruh kehidupan ini penuh dengan hikmahnya. Dan, aku yakin. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup, yang saling berkaitan ni, tak lain dan tak bukan sebab Allah itu punya sifat Maha Penyayang. Mintalah kekuatan daripadaNya, pasti kita sentiasa dikurniakan.




p/s: Entri tunggang langgang. Maaf, aku memang selalu gagal menyatakan perasaan dalam bentuk penulisan.

Khamis, 1 April 2010

Tension? Apa barang....

Minggu ini berjalan dengan kurang baik. Aku cuba bertabah dengan sekuatnya. Supaya hati tahan lasak dengan kenyal. Apa boleh buat. Itulah kehidupan...

Kemuncak kesabaran aku bagi minggu ini, adalah esok.

Ya, esok. Jumaat. Esok kemungkinan kena pergi hantar borang ke Biotech Corp. Ulangan, hantar borang, ok. Kaitannya dengan aku? Kerana dalam makmal itu, hanya aku yang boleh diharap berkenaan jalan-jalan sekitar KL. Jadinya, di masa-masa akan datang aku adalah insan yang akan dicari untuk menjadi peneman Dr., atau mana-mana staff lain jika ada urusan ke KL.

Jadinya, kenapa hang tension semacam ni, Aliah? Aku tension pasal aku kalau boleh tak nak balik Seremban dalam keadaan kelam kabut, sekejap-sekejap syarat menyinggah rumah. Arghhh....

Itu tak termasuk hal-hal nama bakteria yang aku tak jumpa-jumpa nih. Menyorok kat mana tah. Haih~
*****

Sambung belajar ke peringkat satu lagi ni, bukan mudah rupanya. Tambah jika dalam fasa memerah otak dan fasa membaca 'general idea' berkenaan penyelidikan anda. Yearghh.. Bukan semudah dijangka, rupanya. Ditambah pula, aku ni bukan pelajar gemilang macam anda-anda semua. Bila tiba kesusahan ni, aku ter'rindu' akan seronoknya jadi pelajar sarjana muda. Macam-macam fantasi lain muncul. Seperti, kenapa tak kerja sahaja, dok rumah belajar menjahit pun tak pa. tunggu orang masuk meminang pn tak pa.

Tapi kan, bak kata Cikgu Bolhi. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Doakan aku supaya bertabah dan bulan 6 segera tiba.