Rabu, 30 Jun 2010

Berangan

Aku sembang-sembang dengan orang makmal. Geng makan, Teha. (geng anak dara single tak de rejeki nak kawen lagi. hehe)

Sambil buka laman web ni. Klik.

Lepas selesai master ni, akan fikir-fikirkan semula untuk jadi sukarelawan tu. Level master ni, impian ni.... Sebelah kaki dah melangkah, akan tetap terus melangkah.

I keep wonder where I am after 2 years time. Still in Malaysia, working or, pursuing studies? Or perhaps, join the voluntary programme. But, I need to finish this degree first!

Its true, being adult, we face more responsible, responsible on ourselves, as it comes first. Because to be responsible to ourselves, we, then receive more, more and loads of responsible a.k.a WORK! Thats what we call as life.

What really do you want from life? More you give, more you get. Its the principle in life, I guess. I know, I'm not so-called ladies who can stay at home doing house cores. Its obviously, I can only stand max, 1 month staying home doing some women-work(house-wife thingy). Then, I will start to jalan-jalan here and there and start mumbling if I'm not permitted to. But in this hectic life now, tiring me! Suck my energy a lot.

p/s: really need somebody to share with.It is hard to write on.ermm....=(

pps: kes kena speaking smoking dengan student attachment dr US, Thai, Jepun sepanjang hari la ni Agak hancur BI aku. Layankan sahaja.

Aku memang jahat. Tak dinafikan..

Salam.

Aku ni memang jahat, kan? Memang tak dapat dinafikan. Kekadang keluar perangai jahat, kadang-kadang nakal. Haih..

Jahat tu, bila aku memberi ayat sinis pada consultant untuk sistem makmal, bila aku (as customer) yang ajar dia macam mana nak buat sistem. Ye, aku mengaku. Aku jahat di situ. Tak mampu kawal marah bila kerja orang aku kena belek.

Nakal tu pulak... Ha, ni la yang masalahnya.... Buku feveret aku tu....aku ada mention dalam entri sebelum-sebelum ni. Mesti lah, siri Lasykar Pelangi. Dijadikan cerita aku nak copy installer Accelerys Discovery Studio (budak belajar molecular modelling, tak tau natang ni, memang nak kena) dari seorang calon Phd dari seberang (Indon la).

Macam biasa la, aku ni, buka hard disk orang, bukan reti jaga mata. Mesti nak explore. Saat mata aku tertumpu pada satu folder, SANG PEMIMPI. Wah, ini sudah baik. Apa lagi, dengan tak fikir isu-isu copy-right, aku buat aktiviti right-click-send to-Document!..

Dok syok menikmati lagu-lagu dalam folder tu, lagu dia siap ada lirik watak Nurmala Zakiah (watak dalam novel), kening dah naik. Aku nak tanya si student itu, dia ada ke cerita sambungan Lasykar Pelangi tu in movie. Mana la tau ada kat Indon, tak release kat Malaysia lagi. Tapi, macam mana nak tanya ha? Nanti dia mesti pelik, macam mana aku tau dia layan Lasykar Pelangi. Macam-mana untuk berpura-pura? Tiba-tiba mati akal... Tajuk-tajuk lagu dia siap tulis OST tuww.... Mesti ada movie. Arghhh.....

Ye, aku tertekan.. Dah la kerja sekolah melambak... Masalah ni lagi...


Layankan sahaja lagu aneh ini..hehe..

Ahad, 27 Jun 2010

Nak masak tapi malas

Masak. Malas. Masak. Malas.

Aku ingat nak masak ketam masak lemak. Bubuh nanas tu. Teringat je, boleh bikin kecur. Tapi nya, nak pergi pasar depan rumah tu pun malas.

Maka, aku google2 gambar masakan itu....


Ok..ok..saya rajinkan diri mencari ketam. Tak leh tahan gini. Aiseh, kena mandi dulu. Babai...

Wassalam..
-----------------------------

setelah jam 11, ketam tiada ketemu. hancur harapanku...esok ada lagi pasar. cuba lagi.sekian

Sabtu, 26 Jun 2010

Kenapa

Akhir-akhir ni menyampah tengok belog sendiri.

Haih..tak tau le mengapa...

Ahad, 20 Jun 2010

petua tak lupa

Semalam aku sembang-sembang ngan tok Ami.

Tua dah. 87 tahun umur dia. Cendoi macam Ami gak. Haha. Larat lagi buat macam-macam. Cuma tak larat nak puasa je. Solat masih cukup. Memang kagum..

Bertanya-tanya juga apa petua.

layan lagu

Found new addiction..

Kesan daripada dok dengar siaran radio yang tangkap lentok ni.. Haih~ Memula tak endah, lelama dok selalu dengar terasa nak tau lak lirik dia... Suara perempuan tu memang sedap di telinga ku.

Layan je la ye~..



Jumaat, 18 Jun 2010

cerita ciritu

Salam.

Hari ni aku nak menulis panjang-panjang.

Dah 2 hari. 2 hari, ok. Hanguih. Aku kena buat keje orang lain. Sakit hati tuhan je tahu. Kembang kempis hidung dibuatnya.

Alkisahnya. Supervisor aku ni digunakan nama oleh salah seorang staff akademik di sini untuk apply geran penyelidikan. Staff ni pensyarah, tapi, tak ada phD. Aku pun tak faham macam mana dia boleh jadi pensyarah kat sini. Geran penyelidikan tu, untuk tempoh 3 tahun. Dan sebahagian daripada disertasi phd beliau.

Alih-alih, supervisor aku dapat dapat surat gagal kajian daripada penaja geran. Dek kerana staff tadi, langsung tak buat kerja. Demi menjaga nama baik supervisor kami, seluruh warga makmal dikerah buat kerja 3 tahun punya usaha. By the end of the day, staff itu akan claim kerja kami ni sebagai result phd beliau. Ok, sakit hati di situ. Dan beliau akan naik pangkat. Plus, dapat title Dr. Arghh... Aku tak tahu macam mana dia boleh pakai title tu atas keringat orang lain.

Mujur, aku tak jadi mangsa terburuk kena kerah. Kesian si Teha.Kami dah tension-tension stay back di makmal sampai siap buat tutorial tarian Nobody (wondergirl). Aku tengok staff akademik tu rasa nak gigit je telinga dia. Mujur le, dia tu lagi tua dari supervisor aku. Kena la tunjuk suspek sikit.

Kawan-kawan, kalau ada niat nak sambung belajar tu, baik jangan tangguh kalau tak darurat. Ni kes, student lebih tua dari tok guru, tok guru makan hati ooo....Kalau anak murid lagi muda, tak pe. Kena cekik tu, stended la. Hehe.

Kerja tak siap lagi ni sebenarnya. Tak kira. Aku nak berfoya-foya sok. Nak pergi Kulim. Makan durian. Kampung Ami. Haha. Kalau ada rezeki lebih, boleh mandi sungai. Wakakaka... NIkmat..nikmat...

Pagi nan syahdu

Semalam aku p tengok proposal defend presentation.

[Ish..aku nak tulis pasal apa sebenarnya ni?]

Ha..sempena pagi nan syahdu ni... Siri menulis impian

--Selesai master umur 25 tahun.

--Mula phd umur 26-27..( target UTM/Jepun). Andainya tak jadi, kerja kat Penang je kot.

--Bekerja maksimum umur 50.

--Kalau kahwin, hanimun di Scotland. (nk gak tuleh psal kawen tu)

--Beli rumah ada bilik bacaan lengkap library mini.

--Menetap di N9.. Hehe.. Ni macam agak mustahil. (KL n Selangor still acceptable)

Aku tak ada impian lagi dah kot. Bersyukur je apa yang ada. Nak kata berpuas hati apa yang ada tak juga. Mungkin pasal, otak aku penuh dengan strategi macam mana nak hadapi hidup yang penuh dugaan dalam setahun setengah ni.

Ahad, 13 Jun 2010

Perfect weekend!

Salam..

Mari meng'update' sementara tunggu transaction cimbclicks selesai.. hehe..

Hujung minggu yang agak bahagia. Sebagai reward atas kesusahan sepanjang minggu lalu.

Sabtu: Makan steamboat di Seoul Garden (betul tah nama restoran ni) -Makan semahunya ..... + duduk sebelah 3 jejaka kacak[student medic Ireland]~gagaga..siap tau nama bagai...

Ahad: Makan ketam masak cili. Bantai ngan Teha 3 ekor sekali sampai kakak cashier tegur lama gila kami makan.

Sekian..

Oppss...lupa nak perkenalkan. Teha itu adalah senior saya dalam lab. Saya tumpang bilik beliau 2 bulan pertama di Penang. Bakal habis master hujung tahun ni dan akan berangkat ke France untuk phd beliau. Geng makan yang kacip..Hehe.. Tua 2 tahun, tapi, I tak suka panggil dia kakak...

p/s: benornya nak highlight aktiviti Sabtu tu...gagaga~[gatai]..boleh?

++Aik, mode lalai nampak??++

Antara aku dan susu...


Aku tak mengerti,

Aku dan susu tak pernah serasi

Orang kata, tak ada chemistry,

Puas ku cuba....

Tak pernah aku jatuh cinta...

Aku tak nak pilih yang kiri...

Khamis, 10 Jun 2010

Hidup penuh panca roba

Hidup aku dah jadi tunggang langgang...

Serabut-mabut. Ingat dulu keluar dari Nepeige (tempat kerja lama), aku dah boleh lari dari menatang coding-coding ni..

Tapi, silap....Haha.. Umpama keluar mulut buaya masuk mulut....errr.... Apa-apa je la..

Kalau dulu di Nepeige kena godek menda alah php, database, sekarang ni dah tak tau apa depa dah advance....

Kat sini, aku memang tak boleh lari gak dari database php ni. Plus tadi, study grid computing... Hari ni je dah dengar macam-macam perkara baru..Globus, GLite, weh, mende tu? user certificate.... Study server ni pun merangkak. Nak godek mende yang mimos pnya expert pulak...

Tu tak masuk lagi master yang terhegeh-hegeh nak proceed. Kena baca bab antibacteria pulak...

Plus, kena belajar cara entertain orang-orang besar, bila big bos tak de...Kena belajar buang perangai budak-budak, kena yakin.

Kerja sambil belajar ni, agak suffer la... Tambah kalau stail tak reti nak tolak permintaan orang.... Huhuhu..Ini la nasib...

Jadi dewasa ni bukan mudah... Penuh panca roba......

Nak luah perasaan pun tak sempat

Assalamualaikum,

Sibuk sungguh sekarang ni...

Nak meluah perasaan dalam blog pun sampai tak sempat...

Kejap lagi kena melayan part teknikal grid computing untuk RA-RA dari UTP n UIA... Alahai...dah la semua lelaki. Kenapa mesti aku?. Dah la tak reti apa..

Aku dalam state tengah tahan sabar dengan sorang mamat Arab yang lain...

Ya Allah, kurniakanlah kesabaran dan ketabahan buat hamba Mu ini.....

Ahad, 6 Jun 2010

Kenduri-kendara

Entri khas untuk kakak saya..

Hari ini beliau selamat bertunang...

Kali pertama saya jumpa bakal abang ipar saya..

Mak abah saya suka, kakak saya suka, sedara mara saya pun suka..

Lagi 2 minggu, abang sepupu saya lak nak bertunang,

Saya pun turut suka lah. Pasal semua sekali.

Bertambah-tambah ahli keluarga saya lepas ni..

Tapi, saya tak boleh letak gambar kakak saya dalam entri ni..

saya sibuk..

Tak ambil gambar langsung. Rasa nya, Pak Cu saya ada la kot ambil gambar saya stail ammah tadi..hehe...

Pertama kali saya buat hantaran.. Hakhak...

Macam biasa la kan..Dapat soalan tipikal,

"Ko bila lagi?"

"Tunggu pakwe dari Bosnia," Hehehe....

Pendek kata, hari ni kami sekeluarga kena sujud syukur la... Buat ibadat...Jamu orang makan...

Apapun, Selamat Bertunang la, Along...

Tak dapek la den nak ucap moga kawen cepat..Pasal kot mana pun hang kawen tahun depan gak....gagagagaga~

Sekian.

Wassalam...

p/s: qunut nazilah wei....


Jumaat, 4 Jun 2010

Allah sebaik perancang

Salam

Hari ni dah Jumaat. Sekejap je, dah masuk bulan 6. Pertengahan 2010. Rasa macam baru je sambut Januari 2010. Sedar-sedar dah masuk pertengahan tahun.

Diimbas kembali, banyak juga la perubahan dalam diri. Secara fizikal. Tak pernah terfikir untuk hijrah ke Penang. But, I did it!

Sesungguhnya, Allah adalah sebaik perancangan. I still remember last time I dream to do pharmacy for my degree. But, eventually now, I did my master under school of pharmacy. Although, I did not end up as a pharmacist.

Yang pasti, untuk masuk bidang akademik, memang dalam perancangan. Aku doakan, dan harapkan kawan-kawan juga doa untuk aku, yang aku takkan lupa niat sebenar aku masuk bidang ni, bila dah berjaya kelak. Aku sedikit sebanyak terkesan dan termotivasi, bila mana tengok apa yang supervisor aku boleh buat bantu ummat, ever since, she became SOMEONE.

Motivasi yang berguna selalu aku dapat. "Kita mesti sentiasa mahu jadi yang terbaik dalam bidang kita,"

Aku seronok dalam bidang ini. Kita boleh tengok, bezanya orang yang berilmu dan berharta, denga orang yang berharta tanpa ilmu.

Aku masih baru. Jauh lagi jalan harus ditempuh. Banyak lagi pahit yang belum terjumpa.

Dunia hanya sementara. Mohon ISTIQAMAH dari Ilahi.

Tukar tajuk balik..kepada receptor database...Reverse docking pula..alahai~

Wassalam