Salam.
Hari ni aku nak menulis panjang-panjang.
Dah 2 hari. 2 hari, ok. Hanguih. Aku kena buat keje orang lain. Sakit hati tuhan je tahu. Kembang kempis hidung dibuatnya.
Alkisahnya. Supervisor aku ni digunakan nama oleh salah seorang staff akademik di sini untuk apply geran penyelidikan. Staff ni pensyarah, tapi, tak ada phD. Aku pun tak faham macam mana dia boleh jadi pensyarah kat sini. Geran penyelidikan tu, untuk tempoh 3 tahun. Dan sebahagian daripada disertasi phd beliau.
Alih-alih, supervisor aku dapat dapat surat gagal kajian daripada penaja geran. Dek kerana staff tadi, langsung tak buat kerja. Demi menjaga nama baik supervisor kami, seluruh warga makmal dikerah buat kerja 3 tahun punya usaha. By the end of the day, staff itu akan claim kerja kami ni sebagai result phd beliau. Ok, sakit hati di situ. Dan beliau akan naik pangkat. Plus, dapat title Dr. Arghh... Aku tak tahu macam mana dia boleh pakai title tu atas keringat orang lain.
Mujur, aku tak jadi mangsa terburuk kena kerah. Kesian si Teha.Kami dah tension-tension stay back di makmal sampai siap buat tutorial tarian Nobody (wondergirl). Aku tengok staff akademik tu rasa nak gigit je telinga dia. Mujur le, dia tu lagi tua dari supervisor aku. Kena la tunjuk suspek sikit.
Kawan-kawan, kalau ada niat nak sambung belajar tu, baik jangan tangguh kalau tak darurat. Ni kes, student lebih tua dari tok guru, tok guru makan hati ooo....Kalau anak murid lagi muda, tak pe. Kena cekik tu, stended la. Hehe.
Kerja tak siap lagi ni sebenarnya. Tak kira. Aku nak berfoya-foya sok. Nak pergi Kulim. Makan durian. Kampung Ami. Haha. Kalau ada rezeki lebih, boleh mandi sungai. Wakakaka... NIkmat..nikmat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan