Salam.
Aku ni memang jahat, kan? Memang tak dapat dinafikan. Kekadang keluar perangai jahat, kadang-kadang nakal. Haih..
Jahat tu, bila aku memberi ayat sinis pada consultant untuk sistem makmal, bila aku (as customer) yang ajar dia macam mana nak buat sistem. Ye, aku mengaku. Aku jahat di situ. Tak mampu kawal marah bila kerja orang aku kena belek.
Nakal tu pulak... Ha, ni la yang masalahnya.... Buku feveret aku tu....aku ada mention dalam entri sebelum-sebelum ni. Mesti lah, siri Lasykar Pelangi. Dijadikan cerita aku nak copy installer Accelerys Discovery Studio (budak belajar molecular modelling, tak tau natang ni, memang nak kena) dari seorang calon Phd dari seberang (Indon la).
Macam biasa la, aku ni, buka hard disk orang, bukan reti jaga mata. Mesti nak explore. Saat mata aku tertumpu pada satu folder, SANG PEMIMPI. Wah, ini sudah baik. Apa lagi, dengan tak fikir isu-isu copy-right, aku buat aktiviti right-click-send to-Document!..
Dok syok menikmati lagu-lagu dalam folder tu, lagu dia siap ada lirik watak Nurmala Zakiah (watak dalam novel), kening dah naik. Aku nak tanya si student itu, dia ada ke cerita sambungan Lasykar Pelangi tu in movie. Mana la tau ada kat Indon, tak release kat Malaysia lagi. Tapi, macam mana nak tanya ha? Nanti dia mesti pelik, macam mana aku tau dia layan Lasykar Pelangi. Macam-mana untuk berpura-pura? Tiba-tiba mati akal... Tajuk-tajuk lagu dia siap tulis OST tuww.... Mesti ada movie. Arghhh.....
Ye, aku tertekan.. Dah la kerja sekolah melambak... Masalah ni lagi...
Layankan sahaja lagu aneh ini..hehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan