Khamis, 2 September 2010

Buat sahabat aku, ini jawaban untuk soalan kamu.

It was a while since my last entry.

A treat with the 2 Slovanian guys for breaking fast, make me feel good. Looking forward to make a visit at Slovania in the future.

Ok...Lets speaks in Malay. Your English worst day by day, Adliah. Why ha?

Aku nak menulis satu entri sebagai jawaban kepada soalan seorang kawan aku, berkenaan keputusan dia nak buat master kat mana.

Sepanjang perjalanan pulang, atas Nabila, puas ku memikir apa jawapan. As you know friends, I am good at nagging people. Hehe..

Dan, kebetulannya aku terlibat dengan sesi leter-nasihat yang disampaikan oleh puan supervisor siang tadi, rasanya masih segar di ingatan, boleh lah untuk aku taip dan dikongsi buat tatapan sahabat itu.

Tapi, untuk menaip, might drag me few hours. Ok2...Lemme tarawih first.[Oh, makluman, aku terawih sensorang tetiap hari di Penang. Bagus juge, bila penat boleh berenti-berenti]
*************************

OK..terus kita kepada jawapannya..

1. Campak semua hal lain jauh-jauh. Bayangkan apa yang kamu mahu jadi dalam 5-10 tahun akan datang?

2. OK. Kau kata kau mahu buat master. Dan kau mahu berada di bidang akademik. Level mana kau mahu untuk karier kau? Sekadar pensyarah biasa atau saintis berjaya?

3. Kau nak buat coursework atau buat research? Oh, jangan lupa jawab dua soalan di atas dulu.

Fikir masak-masak. Bak kata puan supervisor aku, "Hang kalau tak nangis masa dok buat research (master), ada la yang tak kena tu," Tanda, nak buat master by research yang bagus bukan senang.

4. Niat. Kau kena sentiasa betulkan niat. Kau mahu gaji 5 angka? Aku terfikir akan analogi cinta. Jika kau cinta kan seseorang, kau tak akan pernah mahu menuntut apa-apa dari si dia. Baik perhatian atau balasan. Begitu juga dengan topik kita ini. Kenapa kau mahu pilih bidang ini? Kalau kau ada expectation, kau akan susah untuk rasa bahagia dan rasa sentiasa tidak cukup. Cukup lah untuk kau buat semua ini sebagai 'satisfaction'.

Ambil lah masa untuk fikirkan. Jangan kerana kau tengok orang lain buat, kau juga nak buat.

Jika kau rasa, aku nampak bahagia dan nampak macam 'I-know-what-I-want' dan 'I-really-meant-for-this' atau, nampak-macam-senang je, ketahuilah, semuanya tak pernah semudah yang disangka. Tangis di hati siapa tahu.

Sumber: [sini]

Aku bukan nak takutkan kau. Cuma, aku nak kau fikir masak-masak sebelum buat keputusan. Usia muda, kau jangan sia-sia kan. Jika kau pasti ini jalan yang kau mahu, silakan.

Oh, aku semangat nasihat kan kau ni, doakan aku istiqamah. Biasalah, iman ada naik turunnya.

Tiada ulasan: