Selasa, 28 Disember 2010

Apa lagi menda yang aku tak suka?

OK, minggu ni aku agak negatif sikit.

Jadi, aku nak tulis satu lagi post pasal apa yang aku tak suka.

Pasal Fesbuk.

Secara kasarnya, aku tak suka 2 kategori manusia dalam fesbuk ni:



1. Stail tak suka letak nama sendiri.
Bukan aku shot semua. Maksud aku, dalam profile dia, tak ada langsung pengenalan diri si pemilik page. Mau gak la aku hangin dibuatnya. Dengan nama tak dapat nak bayang siapa. Jadi, apa la faedah lah dia tu buat muka buku ni. Setengah tu, nama macam sikoh la kan. Konon tak mau perkenalkan diri.

Contoh: Mujahadah solehah dan yang sewaktu dengannya.

Set ni, walaupun junior sekolah aku, aku memang rejek lah. [cet, bajet hang tu hot]




2. Stail nak reveal semua perkara.
Mende ni, kebanyakannya terjadi kepada yang baru kahwin. Aku bukannya cemburu pasal aku tak kahwin lagi, tapi, agak tak sopan lah, lebih-lebih lagi kalau yang buat tu ada latar belakang agama.[aku yang bujang ni agak blushing bila baca, okeh]


Ada lagi tu, stail taip balik dekat wall apa dia mesej apa depa laki bini dok SMS. Lepas tu, pakat komen laki bini. Ok, set ni memang mintak lempang ngan aku. Dan, aku dah remove makhluk-makhluk ni dari list fren.

Ok, aku kasi contoh;
"Abang mesej, 'Sayang, hujan ni. Pakai payung, nanti basah' ".

Lebih kurang gitu la. Aku pun dah lupa ayat dia sebijik-sebijik. Tapi, kalau stail berterima kasih tu, aku kira stended lagi. Sekali sekala menyatakan cinta, ye dak? Cuma, aku memang tak faham motif dia taip balik SMS depa laki bini macam contoh di atas. Dah la tu kerap okeh, kerap!

Contoh post wall yang buat aku amat annoy adalah pasal mengandung. Kenkadang tu kurang 1 bulan kot, nak umum pada semua kawan. Sabaq-sabaq sat. Mak aku pesan, baru mengandung kurang sebulan ni, jangan umum satu alam dulu.





3. Perkataan pelik.
Memang la tak de kaitan sangat dengan tajuk, tapi agak annoy la jugak.
Contoh: Bowink, owang, aqu

apa lagi eh...jap, nak fikir. Selalu set-set budak tak cukup umur la buat hal gini. Kalau tak cukup umur, memang boleh diterima la kan. Tapi, kalau dah terlebih umur tu, agak-agak la.Muntah kot nak baca.

ha, ada lagi contoh;

windu

ah, aku dah tak tau dah contoh lain, tapi pattern-pattern gitu la.

........

............

Ni je la perkara yang buat aku annoy dalam fesbuk. Korang macam mana?

.......

He3. Komen perilaku orang, macam hang tu bagus sangat lah, Adliah!

Heppy tak de air.

Sekian.


...........

p/s: Owh, seluruh pulau tak ada air untuk tempoh 24 jam. Sekadar makluman. Ngee..

Isnin, 27 Disember 2010

Kenapa aku tak suka sinetron Korea?

Kenapa aku tak suka cerita Korea?

1. Pasal rambut okeh.
Ya ALLAH, rimasnya aku tengok, Tuhan je yang tahu.
Ada jugak aku rasa macam nak kasi pinjam je sikat buruk aku ni.
Contohnya, macam bawah ni,

..

Yang ni lagi la...
Haram aku tatau apa nama depa. Sekadar contoh.tp, plis la..tak boleh ke sikat rambut elok-elok?

Kasi la rupa lelaki yang macho sikit. Jelas dan nyata kelakiannya.

Kasi kemas, macam bawah ni, tak boleh ke?
Wentworth Miller


2. Bajet comel.
Watak antagonis pun ada sifat yang demikian.
Aku tak tahan part kalau heroin tu pendam perasaan suka kat hero tu, tenung hero tu, sambil menggertap bibir, bajet comel.
Serius beb, aku memang tak tahan melihat keplastikan begitu.

3. Kekeliruan jantina.
Aku memang aneh la macam mana depa tak boleh nak beza, hok jate ko tino ni?
Banyak kot cerita Korea yang tak dapat beza jantina ni.
TV8 sekarang ni pun tengah tayang cerita macam tu kan? Tengok 1 episod pun dah boleh agak jalan cerita.

4. Kebetulan yang melampau.
Banyak kan part hero dan heroin dah lama terpisah atas sebab halangan tertentu, setelah 2-3 tahun hampir nak bertemu, tapi, tak jumpa jugak pasal kebetulan hero kat sebelah kanan jalan, heroin sebelah kiri jalan, pandang ke arah lain. Ah, tipikal, okeh, tipikal!

5. Episod yang panjang.
Nak bagi habis 16 episod tu, ntah berapa kali gaduh, berbaik semula. Penat lah. Last2 aku tengok jam pertama episod 1 dan jam terakhir episod 16.

Eh, cukup lah 5 point je tu. Kang ada yang marah lak.

p/s: Sebenarnya entri ini ditulis sebaik sahaja aku tgk cerita korea kat tv8 semalam. Bapak ah, rasa meloya tgk babak yang ak namakan bajet comel itu. Lantas terbitlah idea nak mengutuk barang sedas dua di sini. Sekadar hiburan di malam hari saat menanti encik mesin basuh menjalankan pekerjaannya.

Muntah tengok perkataan

Aku dalam state nak muntah study pasal sistem beta secretase/memapsin 2 segala ni.

Ni nanti ada satu lagi acetylcholinesterase nak kena hadap.

ok..sampai mencangkung atas kerusi.


Sarah, sorry ye. Post pasal searching and scoring kena tangguh jap.
Penjanaan idea kena berada dalam keadaan hepi.

Aku rasa macam nak pergi shooping la. Tapi khabarnya, prof nak datang lab kejap lagi.

Maka, hipokrit kejap.

Sekian.

Terima kasih.

Jumaat, 24 Disember 2010

Sohabat, ni lagu untuk junior engko

Pagi tadi kan, aku dihujani soalan-soalan berkenaan perempuan oleh sohabat aku ni.

Katanya, tak ada idea nak motivasikan junior dia.

Tapi kan, aku syak dia tanya untuk diri sendiri.

Keh3x..

Apa pun..Layan~~



Lagu ni, aku tujukan kepada "so-called" junior dia ah..

Hahaha..

Chill!

Khamis, 23 Disember 2010

Tayang meja semak.

Kepala semak.


Meja pun semak.


Biasanya kalau kepala semak, sindrom melupa ni menjadi-jadi.

Jadi, untuk hari ni, apa pula yang lupa?

Mari kita senaraikan.

1. Beli ubat nyamuk, tapi tinggal di makmal.

2. Tertinggal kunci motor di makmal.

3. Lupa ambil imunisasi menigitis

4. Oh, dah la tu. Lupa sikit-sikit je. Orait la kan, minor lupa.

Sekian.

Moral hari ini: makan kismis selalu.

Wassalam.

p/s: kenapa ada PC tu? yang tu untuk Linux OS. Guna bile malas nak bawa laptop.


Sabtu, 18 Disember 2010

Mee Goreng Basah

Ni nama dia Mee Goreng Basah di Sungai Ara.. Rasa marvellous.

Makan kat luar, serupa tak boleh nak masak sendiri. Haih, budak pemalas!

Khamis, 16 Disember 2010

Keje bebel je dia ni

Ok la..Nak stori..

Ok..bebel..Akhir-akhir ni aku memang nak ngomel je keje...

Aku tension ni. Rasanya aku dah tak sentuh hal berkenaan master dekat 2 bulan. Huh, sedih tak terkira. Dan juga, aku sedang berperang perasaan. Geram dengan hal server. Oh, tak payah la nak detailkan masalah server di sini. Bukan ada yang nk paham sangat pun.

Aku cuba pujuk hati. Sekurang-kurangnya, aku dah makin tahu banyak perkara berkenaan server. Mysql server connection dan segala bagai yang berkaitan. Walaupun merangkak, tapi, ada la juga bergerak.

Terima kasih pada bos cik Sarah, dan Awanis, pasal dah jadi mentor tak bergaji aku..Haha...hari-hari belajar pasal database... Dah mula mengorak langkah menggodek stored procedure and Triggers itu. Tapi, tetap tak boleh nak lawan korang. Benornya, dulu sebelum resign di kompeni tu, dah belajar sikit, tp, lama tinggal, LUPA.

Tapi, jangan suruh aku buat website. Huduh piang la design aku. Malas okeh, nak godek mende alah CSS itu.

Apa lagi ye? Ermm..tak ada dah..

Aku harap sengsara ini akan berakhir minggu ni...

p/s: punya banyak kerja sampai tak sempat pun nak buat medical check up untuk daftar master..Amacam? blagak kalah PM x?



Rabu, 15 Disember 2010

Walau aku tengah serabut dengan macam-macam dugaan datang menimpa, aku nak tulis gak...


Obsesi terbaru...


Teringin kot...


Mempersembahkan...


Mac Book Air....




Ianya nipis...



Versetile, gitu...

Dapatkan dipasaran sekarang...

Owh, jangan cakap kuat-kuat. Kecik hati pule cik Lenovo ni....

p/s: nak down tu, biar la sehari je. Kalau nak nangis, puas-puas. Hidup kena terus.

Selasa, 14 Disember 2010

Tension-tension, pergi tengok laut lah, boleh?

Aku tak boleh nak buat kerja nih.

Jadi, sudi lah membaca satu lagi post untuk hari ini..

Aku fikir-fikir balik..

Banyak sungguh dugaan sepanjang aku dok pulau ni.

Adventure kata orang puteh.

Masa di KL dulu, harung banyak peristiwa pelik-pelik juga. Tapi, tak perlu kekentalan mental seperti sekarang ni.

Apa yang boleh aku katakan. Bila berdepan dengan dunia realiti secara sendiri, iman sangatlah teruji. Terutama nak hadapi situasi menekan on da spot. Nak melatah, atau nak tengok keadaan dulu.

Hati kena keras. Aku kira, masa di kompeni lama, aku dah rasa macam tekanan yang maha dahsat. Suasana kerja yang menekan. Bos yang sangat sosial. Bau asap rokok merata-rata dalam pejabat.

Tapi, di sini. Aku diuji lebih teruk dari itu. I guess so..Mungkin aku rasa semua ini berat bila mengenangkan hasrat utama berhijrah ke sini hanya untuk menuntut ilmu. Apa perasaan bila, kamu kena buat kerja selain master, lebih kepada kerja teknikal yang memakan masa untuk mempelajari, sedangkan pelajar lain, juga mendapat elaun yang sama, hanya kalut fikirkan hal-hal akademik masing-masing?

Apa korang rasa bila diminta progress report, pelajar lain dah siap 40-50 muka, ko selai pun tak siap lagi. Serabut selesaikan masalah yang tak pernah nak habis?

Itu satu bab.

Bab sosial. Ok, seperti yang nyatakan dalam entri sebelum ni lah. Aku tak nak komen lagi. Itu satu, belum lagi dengan perlu sangat berhati-hati. Hati-hati untuk tidak masuk ke mulut naga@buaya darat... Tambah bila tak ada kawan rapat yang sentiasa nasihatkan diri.

Sorry la kengkawan di KL. Selalu ganggu korang.

Itu lah kan...

Paling kuat kita adalah bila yakin Allah ada di sisi. Oh, bukan di sisi. Lebih rapat dari sisi. Dalam diri. Apa yek ayat yang sebut betapa rapatnya Allah dengan hambaNya tu? Aku dah lupa.

Namun, hidup perlu kawan, teman. Jadi, hargailah sabahat di depan mata. Betapa besar impaknya mereka dalam hidup kita ini.

Nama pun berhijrah pasal nak menuntut ilmu. Ni pun ilmu. Ilmu hidup. Tapi, mahal sungguh ilmu ni. Ermm...

Sekian sahaja. Lab ni dah penuh. Depa dah balik dr berehat nampaknya...Aku nak p tgk laut jap la...

Badan marah sampai gigil-gigil

Aku ingin menulis tentang sesuatu peristiwa yang menjengkelkan, berlaku sebentar tadi. Yang buatkan aku rasa penuh dengan marah.

Sungguh-sungguh marah.

Sampai tak bersuara.

Tangan menggigil.

Sejuk.

Longgar lutut.

Aku rasa nak nyatakan di sini. Aku fikir juga. Aib kah?

Erm..Cume aku tak tahu apa yang patut dibuat. Dan juga tindakan aku semasa kejadian itu, wajarkah?

Dalam usrah, dan juga ceramah. Kita selalu dinasihatkan dan dibacakan ayat ini,

"Amar Makruf, Nahi Mungkar"

Dan dalam beramal, kita juga diajar untuk berhikmah.

Apa korang akan buat,

Kalau...



........



Kalau....






Kalau.....




........

Korang kantoikan housemate korang bawa lelaki masuk rumah, dalam keadaan yang sangat mencurigakan?

........

Korang nak tinggikan suara atau, tunggu dah reda, baru bertanya balik?


Nak berlagak cool pn tak boleh gak, pasal ko berhadapan mende maksiat terangan..


Dan, wajarkah tindakan aku kalau, lelaki itu selamba jalan depan ko, dan ko cume tanya,

"Encik ni siapa?"

Aku tak tau patut slow talk, atau warning keras teman aku itu.

Aku menggeletar tak habis lagi nih..

Wassalam.

Khamis, 9 Disember 2010

Lagu pilihan hari ini

Pagi-pagi lagi Cik Sarah suruh dengarkan lagu ni. Katanya, dengar lagu ni baik-baik. Dengan serius..

Ok la. Pagi-pagi, baru sampai lab. Enak juga kan melayan barang sebuah dua lagu. Booster, orang panggil.

Meh la. Aku rajin sikit letak lirik dia.




Aku semangat mendengar dengan serius lagu ni..

Tapi, cube korang dengar betul-betul lagu ni. Baca sekali lirik dia.

Nape ada perkataan tuna?? TUNA CINTA? Kenapa tak sardin?? Xpe. sok aku tanya bapak-bapak dalam makmal..

Terus tak jadi nak serius, Sarah. Sorry la yek. Den gelak gile dengar.

Abaikan perkataan tuna tu, memang buat den dengar lagu ni je sepanjang hari.

Sekian.

Rabu, 8 Disember 2010

Pencuri masuk rumah.

Alkisahnya, aku hampir tak nak hadirkan diri ke kenduri Basyirah..Kenapa?

Erm..ok.. ada pencuri masuk rumah di Seremban. Kerugian? Jangan tanya. Tapi, bilik aku paling kurang kena geledah. Alhamdulillah. Mungkin pasal ada banyak buku dalam tu, jadi, dia pun malas nak berusaha sangat. [Padahal dah puas geledah master room].

Gambar master room xle nak letak dalam belog..

kekdahnya, tak payah tunggu pencuri, memang da sedia semak.

Ini sahaja yang dia semakkan. Aku pun konfius. Ni kesan dia atau, mak aku yang kalut2 tak sempat nak kemas kan bilik aku sblm bercuti..
[Makluman: Ni bilik no 2 mak aku. Aku sendiri pun tatau mak aku buat apa dalam bilik ni]

Aku cube sangka mamat baju kuning tu tak pegi semayang Jumaat pasal musafir.
Oh ye, gambar ini diambil masa break Jumaat sempena seminar yang lepas..Ambik angin sat.


Ni part yang paling aku suka pasal Penang

Haha. Ni bukan kat Penang. Tapi Parkson Seremban. Tak de pekdah aku amek gambar ni sambil tunggu member Ahad lepas.

Pusing2 pak cik! kire sampai 8.

Ahad, 5 Disember 2010

EL esoj. tak kira

Update belog tanpa ada feel adalah lambang penat dan tak ada masa.

Walaupun ada banyak idea, penat weh, penat.

Mula dengan hari Rabu, sibuk sedia tempat bengkel. Angkat barang segala.

Khamis pula, bangun awal gila tanda kena pergi seminar jam 7.30. Gedik melayan chat ngan member sampai 2 pagi.

Jumaat pula, seminar lagi. Bergegas naik bus pula ke KL. Tayar pancit pula tengah jalan. Sampai KL jam 3 pagi.

Sabtu, kenduri si mek ni. Penat okeh. Niat memang nak jumpa semua orang. 1 full round. Aku jejak kaki jam 1, dan beransur jam 4.30. Fuh, dah macam tuan rumah la pulak.
Sempat la jumpa semua orang yang patut. Dari, staff OCRCC, kawan seBioinfo, kawan sematrik, kawan sekolej, lecturer, kawan sesekolah. Memang walla..

Walau banyak dugaan, memang aku teguh dengan keputusan pulang KL minggu ini. Ye, memang berbaloi.

Sampai Seremban, jam 7. Kemudian ke KLIA pula, untuk jemput orang yang patut di KLIA. Program menjemput selesai jam 3pagi. [tanda tidur jam 3]

Hari ini Ahad. Perjalanan yang panjang ke KLIA, dengan niat nak jumpa pasangan pengantin baru, sekaligus menghantar depa balik Yaman. Namun, malang si isteri sebagai watak utama tak ketemu. Sempat jumpa si suami je. Aku nak highlight sini, KECEWA okeh.

Ok lah. Aku penat gile nih. Nak menggosok baju pula. EL la esok. Serius tak larat nak balik Penang malam ni. Walau pasti akan kena bambu, aku tak kira. Tak larat jugak.

Wassalam.

p/s: Gambar? kemudian2 lah.

Khamis, 2 Disember 2010

many thanks


I want to say thanks to the committee for spelling my name correctly.