Update belog tanpa ada feel adalah lambang penat dan tak ada masa.
Walaupun ada banyak idea, penat weh, penat.
Mula dengan hari Rabu, sibuk sedia tempat bengkel. Angkat barang segala.
Khamis pula, bangun awal gila tanda kena pergi seminar jam 7.30. Gedik melayan chat ngan member sampai 2 pagi.
Jumaat pula, seminar lagi. Bergegas naik bus pula ke KL. Tayar pancit pula tengah jalan. Sampai KL jam 3 pagi.
Sabtu, kenduri si mek ni. Penat okeh. Niat memang nak jumpa semua orang. 1 full round. Aku jejak kaki jam 1, dan beransur jam 4.30. Fuh, dah macam tuan rumah la pulak.
Sempat la jumpa semua orang yang patut. Dari, staff OCRCC, kawan seBioinfo, kawan sematrik, kawan sekolej, lecturer, kawan sesekolah. Memang walla..
Walau banyak dugaan, memang aku teguh dengan keputusan pulang KL minggu ini. Ye, memang berbaloi.
Sampai Seremban, jam 7. Kemudian ke KLIA pula, untuk jemput orang yang patut di KLIA. Program menjemput selesai jam 3pagi. [tanda tidur jam 3]
Hari ini Ahad. Perjalanan yang panjang ke KLIA, dengan niat nak jumpa pasangan pengantin baru, sekaligus menghantar depa balik Yaman. Namun, malang si isteri sebagai watak utama tak ketemu. Sempat jumpa si suami je. Aku nak highlight sini, KECEWA okeh.
Ok lah. Aku penat gile nih. Nak menggosok baju pula. EL la esok. Serius tak larat nak balik Penang malam ni. Walau pasti akan kena bambu, aku tak kira. Tak larat jugak.
Wassalam.
p/s: Gambar? kemudian2 lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan