Assalamualaikum.
Sebelum itu, trip ke Langkawi hari minggu yang lalu, tak jadi, memandangkan mahu pergi dengan geng 13-13 April nanti.
OK, berbalik pada idea asal.
Sekadar nak kongsi ada dengar motivasi pagi tadi di MHI. Siapa tah yang kasi. Dr Muhana ke apa. Dia ni dr mata.
Katanya, untuk membentuk hati yang bahagia, selain jaga hubungan dengan Allah, juga perlu kuatkan emosi.
Cara-caranya adalah:
1. Berhenti salahkan diri.
2. Berhenti merungut.
3. Lihat dunia dengan cermin mata yang positif.
4. Syukur dengan sekecil-kecil nikmat.
5. Ikhlas dalam perbuatan.
6. Berhenti runsing perkara yang tak patut. Bersyukur dengan apa sahaja.
Boleh senaraikan sahaja lah ye. Tak pandai nak hurai panjang-panjang. Tapi, kata-kata dia tadi, memang menusuk jiwa. Point dia kasi tadi memang terkena batang hidung je la kan.
Pendapat Ak, kalau ada masa, baik juga kalau kita berjumpa pakar kaunseling. Kalau malas pun, boleh la luang masa depan tv pagi2. Ada je slot2 motivasi.
Owh, satu lagi. JANGAN BERTANGGUH. Ak ni, kalau perangai bertangguh ni diamal, nak buang susah bukan kepalang. Dan kalau ada niat nak buat baik, teruskan buat. Contoh, nak pergi forum ke apa. Kena cergas-cergas. Daripada terperuk dalam rumah kan, baiklah, tengok alam nan indah.
Ok lah. sekian sahaja.
Wassalam.
2 ulasan:
wah makcik tulis pasal motivasi skrg.
ana pon nak kongsi gaklah.
ana suka part segitiga yg dia cakap
ADA-BERI-DAPAT.
aPA YG ADA DLM DIRI KITA, KITA BG PADA ORG. NNT KITA AKAN DPT SEMULA APA YG KITA BG KA ORG TERSEBUT.
ps: Nama prof tu dr Muhaya lah. ikut suka hati anti ja nak bg nama muhana eh. repot badar stgi bru tau
ana ni jarang sikit nak layan rancangan motivasi ni. tp, dah pagi2 layan mhi. sedap dia punya cakap sampai lambat ana p keje..hehehe.
Catat Ulasan