Assalamualaikum,
Selamat hari Jumaat. Meskipun bekerja di negeri Kedah, saya masih perlu berada di pejabat hari ini, kerana hari bekerja saya adalah Isnin-Jumaat.
Adakah saya masih ingin bercerita akan hal-hal mengajar? Ok2. Saya nak cerita sikit. Sebenarnya memang cita-cita saya adalah ingin menjadi pensyarah. Dan lebih tepat lagi ajar budak pre-U. Hanya setakat itu lah. Sebab saya belum berkeinginan nak mengajar budak degree. Sebabnya, saya rasa tak cukup ilmu nak conduct final year project, dan macam-macam lagi.
Jadi, tidak disangka-sangka akhirnya saya berjaya juga mencapai impian saya yang kecil dan simple ini. Bukan mudah juga sebenarnya nak mengajar ini. Kena selalu kekalkan mood. Jangan moody. Sebab mood cikgu yang menentukan hala tuju dan kejayaan sesebuah kelas.
Sebagai contoh, hari ini saya ada kelas tutorial dengan 2 jam setiap satunya. Penat ok. Jadi, pada awalnya saya mengjangkakan saya akan penat untuk kelas keduanya. Namun, salah ye kawan-kawan. Sebab apa? White board marker yang telah saya isi semalam tak mengeluarkan dakwatnya. Hal ini betul-betul mengganggu mood saya dan point-point serta cerita-cerita yang saya nak beritahu masa kelas tergendala dan tak keluar di kepala.
Sehingga lah saya curi keluar ke koperasi, lepas bagi essay task, saya beli marker baru. Dan kelas seterusnya buat saya lebih bertenaga,ceria hanya kerana sebatang marker pen.
Justeru, carilah punca kenapa kita moody semacam dan selesaikannya, walaupun kadang-kadang puncanya adalah sangat kecil dan remeh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan