MALAS
Sesungguhnya secara terus terang nya aku sudah malas dengan dikaitkan dengan perkara kemahasiswaan. Sungguh-sungguh.
Meskipun aku dalam perjalanan kembali bergelar pelajar.
Tapi, tolong lah. Tolong jangan bagi jawatan yang menarik ku kembali ke zaman lama. Fahami lah diriku yang telah melangkah ke alam yang baru. Menguruskan perkara yang hanya pada zaman itu sahaja aku sabar menghadapinya. Tekanan ini tidak mampu dilafazkan dengan kata-kata.
Owh, sungguh tertekan terhadap duedate itu. Arghh..Tolong lah. Jangan bagi aku jawatan lagi.
Mesej-mesej yang bertalu-talu itu benar-benar membuang semangat ku menikmati penggangguran selama 2 hari ini.
Masih berbaki 1 hari.
p/s: Tolonglah. Aku bukan mahu lari. Cuma, haruslah bersikap adil. Letakkan sesuatu pada tempatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan