Rabu, 9 September 2009

REMOVE, DELETE, ADD

Aku remove entry mencapub itu. Rasa tak sesuai lak.

Btw, makin ditengok cerita wadi unung tu, aku lak makin rasa geli geleman. Terus tak kuasa nak nengok. Kecuali, tang mak si Azrin tu bercakap. Best betul mendengarnya.

Rasa nak menulis berkenaan sesuatu yang mengganggu fikiran. Tapi, macam biasa la. Aku sangat tak pandai nak meluah apa yang aku rasa dalam bentuk penulisan. Erm, biar la. Malas nk memikir.

Dapat task bentang hukum non-muslim masuk masjid masa usrah akan datang. Ha, amacam? Boleh ke idok? Kalau boleh apa hujahnya, kalau tak boleh pulak, apa hujahnya.

Aku mempelajari sesuatu. Untuk beramal dengan ISLAM, bukan hanya ikutan semata-mata. Cari dan kaji datangnya ayat yang memberi hukum. Cuma, suatu musykilnya aku. Dengan mengkaji dengan kitab-kitab sahaja adakah cukup? Bagaimana pula berguru?

Dah umur 22 tahun, makin banyak perkara yang aku tak tahu. Semakin banyak ilmu yang harus digali.

Impian aku.
- Belajo sampai oversea (belum@tak tercapai?)

- Grad sarjana muda tanpa extend-tercapai

- Sejak dari tahun 1, aku berangan nak buat master.(sekurang-kurangnya sebelum umur 30). Tapi, sekarang aku set nak buat sampai PHD (ni optional).

- Kerjaya impian: Pensyarah (berangan sejak sekolah rendah)-ada banyak sebab kenapa ini pilihan aku. Ini impian terbesar. Dan dengan ini fulfill beberapa impian yang lain-impian sulit.

- Tanggungjawab sosial? (aku kena capai impian kerjaya aku dulu).

- Melancong luar negara 2 tahun sekali (setelah kerjaya stabil)

- Kalau ditakdir andartu sampai ke tua, aku nak buka kedai fotostat. Dah pencen sok, best la jugak. tapi, kenapa fotostat ha? Nak buat mcm kedai POLO kat seksyen 17 tu. (aku terfikir hal ni masa final sem aku, bile pergi kedai fotostat hbs dakwat.hehe)

-kalau tak, hidup mcm biasa la. Mcm mak aku, dah pencen nanti dok rumah je.=D.

p/s: Sudah bertapak selangkah lagi untuk mencapai impian. Doakan aku.

Tiada ulasan: