Rabu, 23 September 2009

:2:

AMARAN: Ini entri carca merba. Juga, entri ini ditulis dalam keadaan serabut dengan hal donia.

Hari ni rajin nak menulis pasal RAYA 09 versi aku. Raya? Apa itu? Bagi aku, raya hanya lah setakat solat raya. Dengar khutbah. Ha, khutbah raya tahun ni pasal AMANAH. Aku solat di markas PAS Parit Nibong. Rumah tok sebelah je ngan markas. Jalan tak sampai 20 langkah. Kalau menjerit kat budak-budak dalam rumah, orang dalam markaz boleh dengar sebijik2.

In fact masa SPM dulu aku saja beli tiket malam raya balik ke Seremban dari Alor Star. Masa tu semua orang dalam rumah 2 tingkat tu dah balik sehari sebelum. Aku boleh duduk sorang2 dengar lagu raya tanpa ada perasaan. Saje. Gap paper jauh lagi. Serius tak teruja dengan raya. Mak Ngah yang jemput aku dari rumah sewa nak hantar ke Shahab Perdana sampai bebel2 dengan perangai aku yang pelik ini. Sampai rumah, malam raya tu, aku study lagi sorang2 kat rumah.

Mungkin aku ni ada sindrom anak no 2. Suka buat hal sendiri. Suka ikut kepala sendiri. Tapi, bukan semua anak no 2 ada sindrom ini ye.

Raya aku jarang nak ambil gambar beria sangat. Sekadar ambil buat kenangan. Aku tak upload dalam mana-mana komuniti sosial. Friendster, facebook, blog ini juga. Tiada. Aku tak suka share. Kerana waktu raya, aku suka perhati orang. Perhati gelagat saudara mara. Semua simpan dalam kepala.

Raya kali ini aku tak reply mana-mana sms ucapan raya. Forward apatah lagi. Kalau ada reply pun, dengan ucapan paling minima. Selamat Hari Raya semata.

Mungkin juga kerana raya aku tak pernah bahagia. Seingat aku sejak SPM. Sejak tu, berjangkit dengan tiap kali final sem 1 di U. Dan bila dah kerja ni pulak, aku susah hati dengan keputusan berhenti atau sambung belajar. Juga mengenangkan projek Sarawak tak siap2 lagi. Bagi aku, cuti raya adalah jalan keluar sementara daripada menghadapi masalah duniawi aku ni. Jadi, aku dah lupa macam mana keterujaan nak raya. Time semua orang di dapur, aku layan TV.-bertuah punya anak dara-. Time dah tak dek orang kat dapur, baru aku terkedek-kedek masuk dapur dan bersihkan peninggalan mereka. Sebab selalunya, di Parit Nibong depa suka supper, terutama yang anak bujang. Bukan tak nak bergaul, aku cuma serabut kepala mendengar cerita+masalah orang tua. Sebab selalu nya aku balik juga membawa masalah dalam kepala.

Erm..memang pun. Tu kot punca dia. Sbb tu aku jarang nak call rumah time aku serabut. Tapi, bila masa sangat aku tak serabut? Bila hidup mahu aman? Mati la kot. Tu pun kalau ada amalan bergunung nak bawa masuk kubur.

Pelik kan aku ni? Ha, korang masih nak baca tulisan yang seterusnya? Haha. Tak payah la. Korang pasti tak suka aku yang begini. Aku bukan budak baik. Peace, no war. Sekian.


p/s: teks kutbah di semua markas PAS sama je kan seluruh Malaysia?

Tiada ulasan: