Selamat hari raya, walaupun raya secara rasminya berakhir hari ini. Lepas Magrib dah tak boleh nak takbir dah.
Aku menaip entri ini di kala aku keseorangan di rumah lantaran hosmet yang lain masih sayang nak tinggalkan rumah masing-masing.
Yang pasti, sah la lepas makanan melambak2 dalam rumah. Masing-masing bawa daging. Ni ha, dah la kejap tadi jiran hantarkan daging. Peti ais dah la kecik. Adeh~
Aku teringat zaman dulu kala masa-masa sekolah dulu. Kalau raya haji ni aku tak balik Sarawak. Selalu aku raya dengan arwah tok Su(nenek) n wan Din (datuk) aku je. Dekat Parit Nibong. Syahdu la pulak bila teringat kat arwah.
Ada sekali tu raya dekat Hospital Alor Star, pasal wan Din baru lepas operate. Tapi, paling best raya masa form 5. Ye, itu adalah raya terakhir aku dengan tok Su.
Tahun tu belajar pasal pernafasan. Kena ambil paru-paru. Aku ingat lagi tok sibuk dapatkan untuk aku paru tu. Masih ingat lagi, masa dapat kat tangan aku, paru tu masih panas darah. Elok2 lepas sembelih je, dorang lapah, cari paru dulu pasal aku nak bawa dalam kelas Biologi. Cucu tok Su la katakan. Semua anak-anak tok masa tu tak balik, dan kami beraya bertiga je. Syahdu seh~
Aku rindu pada arwah. Kalau aku tak sekolah Maktab Mahmud dulu, tobat la aku nak rapat ngan tok. Banyak kenangan dengan arwah. Sampai sekarang setiap kali balik kampung, aku selalu rasa macam tok masih ada kat belakang rumah. Dan kami pun sibuk cari-cari mana la tok ni pasal nak salam dengan dia. Tapi, semua tu dah tak ada. Semua tu tinggal kenangan.
....
Aku ingat dulu, masa lepas test kereta, tok kata syok nanti boleh naik kereta cucu bawa.
Tapi, tak sempat....
Aku ingat dulu masa masuk matrik, tok kata nanti masuk universiti, tok nak hantar..
Tapi, tak sempat. Tok pergi dulu....
....
....
Aku rindu tok yang suka semai anak pokok belakang rumah. Aku paling suka pokok kenanga..
Aku rindu tok yang suka bawa aku p pasar malam naik bas kampung sama-sama..
Aku rindu tok yang suka bebel bila aku tak reti buat keje dapur..
Aku rindu tok yang selalu bekalkan kami ayam kampung..
Aku rindu tok yang selalu hulur sepuluh ringgit bila nak balik asrama...
Aku rindu tok yang suka makan coklat. Tapi dia hisap coklat je. Kacang2 selalu dia tinggalkan untuk cucu makan.
Aku rindu tok, bila aku nak balik asrama dia semangat jolok kelapa muda buat minum sama-sama.
Aku rindu tok yang selalu ajarkan aku anyam ketupat jawi yang sampai sekarang aku tak reti-reti.
Aku rindu tok, yang temankan aku pegi KL naik bas sampai lenguh-lenguh masa abah baru balik dari haji.
Aku rindu tok yang selalu tak bagi aku ikut die p bendang.
Aku rindu tok, yang selalu taruh nangka dalam peti ais.
Aku rindu tok, tengok muka dia gembira bila anak-cucu balik kampung.
...
...
...
Oh, aku sungguh rindu nih. Dah tak mampu nak taip dah.
AL-FATIHAH buat mu. Semoga tenang di sana.