Khamis, 23 September 2010

Indah di malam hari

Malam-malam gini, dengan kesejukan suam-suam begini, memang indah jika diserikan dengan cicahan mempelam bersama garam belacan. Memang berasap telinga!

Gambar di bawah diambil guna kamera laptop, lambang aku malas nak cari kamera. 3 biji dah cukup buat telinga berasap. Kecil-kecil cili padi!

Padahal dah plan nak siapkan database.Erk.....

Tetiba rasa kecur tengok mempelam dalam peti ais. Apa lagi....


Tumbuk cili padi (3 bijik)
bersama belacan (secubit, aku memang tak makan belacan sangat)
pindahkan hasil tumbukan ke dalam mangkuk
taburkan garam (2 cubit)
perahan limau (2 bijik)
gula (banyak-banyak)
dan diserikan lagi....
dengan kicap kipas manis cap kipas udang..

padahal, kuah rojak buah aku dah habis.kalau x, xde makna aku serajin ini..

kicap ini harganya RM3.80 ye. Boleh didapati di kedai Muthusamy. Kedai Melayu tak buka pula malam-malam begini...

Buat la secukup rasa, sambil membayangkan keenakkannya. Gua tengok dalam cerita Korea, depa kata, nak masak sedap, kena bayangkan kesedapan.

Teringat zaman tinggal kat asrama, pulun kena gigit kerengga untuk petik mempelam epal dekat dengan sistem kumbahan. Lepas sorang, sorang meneruskan perjuangan memetik pelam walau halangan datang menimpa. Sungguh kami bertakaful dan bertasamuh bab ini. Setelah itu pula, diteruskan dengan merayu-rayu pada warden untuk meminjam lesung...haha...


Memang kami berhati waja di kala itu, hanya untuk menikmati colek di petang hari..
..
Apa pun, dapat berita Miss J nak kahwen! Haha. Wa teruja lebih pulak.

Nampak gaya kena turun KL 2 kali la December nanti.
Rindu pulak zaman kerja di dentistry. Indah jugak la hidup.. Makluman: kawan aku tu pengikut Jew, bukan zionis..

Ok, sambung study!

2 ulasan:

Siti Nur Azlinda Suhada berkata...

adliah, guy tu ex-um kan?
pernah amik kelas p'bandingan agama dgn dia when in 2nd year... hihi

... berkata...

ha'ah..ex-UM...dia major biohealth kalau tak silap