Kenapa aku tak suka cerita Korea?
1. Pasal rambut okeh.
Ya ALLAH, rimasnya aku tengok, Tuhan je yang tahu.
Ada jugak aku rasa macam nak kasi pinjam je sikat buruk aku ni.
Contohnya, macam bawah ni,
..
Yang ni lagi la...
Haram aku tatau apa nama depa. Sekadar contoh.tp, plis la..tak boleh ke sikat rambut elok-elok?
Kasi la rupa lelaki yang macho sikit. Jelas dan nyata kelakiannya.
Kasi kemas, macam bawah ni, tak boleh ke?
2. Bajet comel.
Watak antagonis pun ada sifat yang demikian.
Aku tak tahan part kalau heroin tu pendam perasaan suka kat hero tu, tenung hero tu, sambil menggertap bibir, bajet comel.
Serius beb, aku memang tak tahan melihat keplastikan begitu.
3. Kekeliruan jantina.
Aku memang aneh la macam mana depa tak boleh nak beza, hok jate ko tino ni?
Banyak kot cerita Korea yang tak dapat beza jantina ni.
TV8 sekarang ni pun tengah tayang cerita macam tu kan? Tengok 1 episod pun dah boleh agak jalan cerita.
4. Kebetulan yang melampau.
Banyak kan part hero dan heroin dah lama terpisah atas sebab halangan tertentu, setelah 2-3 tahun hampir nak bertemu, tapi, tak jumpa jugak pasal kebetulan hero kat sebelah kanan jalan, heroin sebelah kiri jalan, pandang ke arah lain. Ah, tipikal, okeh, tipikal!
5. Episod yang panjang.
Nak bagi habis 16 episod tu, ntah berapa kali gaduh, berbaik semula. Penat lah. Last2 aku tengok jam pertama episod 1 dan jam terakhir episod 16.
Eh, cukup lah 5 point je tu. Kang ada yang marah lak.
p/s: Sebenarnya entri ini ditulis sebaik sahaja aku tgk cerita korea kat tv8 semalam. Bapak ah, rasa meloya tgk babak yang ak namakan bajet comel itu. Lantas terbitlah idea nak mengutuk barang sedas dua di sini. Sekadar hiburan di malam hari saat menanti encik mesin basuh menjalankan pekerjaannya.
7 ulasan:
kahkah.. emosi giler artikel anda ni. ni apehal? ada org provok sal korea ke?
tak de la..semalam tertengok cerita korea kat TV8. serius nyampah, terus tukar channel.
haha.. alia. [sambil geleng2 kepala].. hang nih.. mcm tak tau modal cerita ni. hat tu jelah dia nak laku kan movie dia pun. walaupun ku bersetuju dengan statement hang, tp ku tetap nak tengok jugak. lagu dia best kot. pastu cm feeling gaklah! =p
tak de, ku sebenaqnya nak habaq suka kat hero prison break tu je..sekian.
ngee~ terbahak2 ak gelak bace entry hg.. ulasan yg menarik.. ak sokong la jgk point2 tuh..
tp cik linda sure marah daaa... :D
sy x minat hero2 korea nih.. cukup la hero kat rumah tu sorang.. ngeh3...
cik adliah, saya sgt teruja utk membaca entry anda ini setelah mendengar tajuknya yg 'diumumkan' oleh miha...huhu
yang pertama, ak sokong points hang tu kecuali yg nombor 1...hero nombor 2 dlm entry hg tu is one of my favourite... nama dia kim jae joong... yg nombor 1 tu pelakon drama my girl...nama dia lak lee jun ki... apalak depa x sikat rambut...siap sembur lg tau...ni depa guna shampoo rejoice...guna jari pun boleh...hihihi...tu nama stail maa...hahaha...tp de gak lak artists yg ak tgk mmg cm rupa x sikat rambut langsung lak...hg, ni bg salah contoh la...kui3
Sori la Linda, pattern rambut silang-silang, sampai tutup mata bagai, memang not-my-taste. dgn erti kata lain, den kasi nama stail rambut tak sikat.keh3. jangan marah ha..den tak kenal pn pelakon dlm cth tu..
Catat Ulasan