Khamis, 29 Julai 2010

Istilah untuk hari ini

Salam

Bersiaran dari airport JB.

Sementara menunggu Cik Noni Hidayah menjemput.

Memang hari ini, bagaikan jatuh ditimpa tangga.

Penerbangan jam 2.35. Terhegeh-hegeh sampai depan kaunter check-in jam 2.10. Haha. Maka, keluarlah istilah "tiada maaf bagimu" pada hari ini.

Dengan itu, rabak lah beg duit dengan membayar wang penalti untuk dapat naik penerbangan jam 4.10 dah la gaji tak dapat 2 bulan. Namun, aku masih bertahan. Semalam masih sempat menjamu steamboat di Gurney. Dan tak semena-mena sewaktu transaksi tukar tiket, sistem tak berfungsi. Istilah ke-3. Peluang untuk ke JB sudah "bagai telur di hujung tanduk". Jam dah pukul 3.20. Setelah dipujuk-pujuk dan buat muka Saranghae, maka, kakak berbaju maternity di kaunter Airasia itu pun mengusahakan sesuatu untukku.

Punca kelambatan:

Terpaksa menyiapkan suatu modul php untuk muat naik data. Pekerjaan tertangguh selama seminggu nampaknya berjaya disiapkan dalam tempoh 2 jam setelah diberi tekanan dengan jayanya oleh cik Teha.

Kerja siap jam 1 tengah hari dan bertolak ke lapangan terbang sejurus selepas itu. Owh, Adliah. Sila lah serik akan perbuatan hari ini. Sekian, terima kasih..

Yang berbuat salah,
Adliah.

p/s: Esok ada presentation lagi. Malam ni, kena brainstorm sistem pulak. 3-4 hours sleep per day for 4 days in a line. I'm really exhausted.=( (what a stress week!)

p/s: Noni ni lambat lagi. Jom la baca jurnal. Chapter 1 dah nak kena hantar! Allah!

Ahad, 25 Julai 2010

Agak-agak kalau pergi, duit cukup tak?

Saya nak pergi umrah.

Gedik-gedik nak jugak.

Kejap tadi telefon abah. Macam ada ura-ura green light p sorang. Haha.. Asal pergi dengan Che Pah. Tapi, saya lagi suka pergi dengan abah saya. Kalau saya demam, saya ada abah saya. Hehe.

Tapi, company Che Pah offer umrah musim sejuk siap ziarah ke Cairo dan Alex. Harga RM6950. Tapi, beliau kata, kalau pergi ramai-ramai, boleh dapat murah.

Jap-jap. Jom cimbclicks sat. Usha-usha baki. Aiseh. Agak-agak balik Malaysia boleh muflis dak?



Erm, kalau tak p Meset tu, tak pe ke ha? Tapi, nak p musim sejuk. Macam semput je nak bayar yuran dia. Tak p mesit pun tak pe. Janji boleh p umrah.. Owh, doakan cita-cita kesampaian. Umrah tu termasuk target tahun 2010 tuh..


Sarah punya pasal

Ni semuo Sarah la punyo pasal.

Den dah tengok dah Imam mudo tu.

Siap admire-admire laie.

Den bukan boleh tgk orang cakap Noghori ni. Den berkonan boto.

Pasal eh, den tak pandai sangat cakap noghori ni. Abah ese kato bunyi lari.

Den raso cam noghori 9 punyo loghat paling best ah kek meleysia nih.

Tapi, sodeh raso hati. Imam mudo tu dah terkeluar lak aih. Tak dapek la nak usha dah. kehkeh.

Tak po lah. Yang terkeluar tu bukannyo kalah.

Tak po la. Nak tulih tu yo.. Babai..

Wassalam.




Sabtu, 24 Julai 2010

Update karut je

Salam.

Aku nak jadikan belog ni reminder, instead henpon, stick note kat PC. ahaks. Kalau menyampah, layankan saje~

1. Progress presentation pospong ke Selasa depan.

2. Khamis, nak ke UTM lak. Nyampah untuk ke miting, tapi harus redha.

3. Dari UTM ke Seremban. Harap tak lupa bawa balik kalkulator balik Penang.

4. Yusuf kata dia cuma ada Lasykar Pelangi. Sang Pemimpi belum ada versi DVD. Kecewa.

5. Baru tahu senior yang aku admire masa 1st year dah kahwen..Macam mana boleh terlepas kisah hot ni? kehkehkeh..

6. Bro Zack (aku saja reka nama baru beliau) nak present untuk geran. Aku lak kena prepare mock presentation dia. Haiah. Ni la naseb. Bantu mana yang patut.

7. Bank-in duit ke Basyi. Harap tak asek pospon. Nape la suka bertangguh? Penang panas sangat la waktu tengah hari. Malas keluar. Bayar bil letrik pun last minit.

8. Badan dah panas-panas. Tekak dah perit. Tunggu apa lagi? Makan ubat.. Tidur..

Da....

Wassalam.

p/s: Dhuha tak pagi tadi?huhu....

Jumaat, 23 Julai 2010

Think the rationale

My supervisor said,

" The most horrible part in your life is during your Master and Phd degree. And, more horrible during Post Doctorate, they treat you like a slave," (dia gelak2 okeh)

Oh no!...It is hard. But have to agree with the truth...

She said again,

"Think always. Why did Jibril asked our Prophet to read for three times? Thats the rationale why I did asked you to read the journals three times each,"


Tiga kali ye, Dr? Adeh.....

p/s: There will be a Summer School of Computational Chemistry at Thai this October. And it is for free! Visit. Pity, my area is not at chemistry at all..Boleh ke ha?

Selasa, 20 Julai 2010

Tekanan--sedikit perkongsian

Apa tah jadi sekarang.

Aku lapar ni. Perut bunyi-bunyi dengan girangnya. Oh, please!

Tapi, asal hadap je makanan, hilang selera. Sindrom tensi ke?

Tekanan membuak-buak sungguh, kot. Ni la jadi, kalau aku ada masalah tapi, pendam-pendam dalam hati.

Rasa macam boleh tahan tekanan-tekanan ni, rupanya badan tak cukup kental.

I always amaze how our body give stress signal. Subhanallah.

Aku rasa ada macam-macam nak berkongsi di sini. About how suffer interesting the research field is. New things that I learnt everyday. The beauty of multidisciplinary knowledge. And the truth is research is the founder for every application.

People always get excited to get to know/to be friend/to have child/to have gf@bf study in medicine or pharmacy or even engineering (i gave examples of applied technology courses).

But, working as biologist, chemist, or physicist or any basic area will not amuse at all. So sad, when some people called it as "Subjek Lelong". Thats because of our mentality is trained to be a worker. It is not a fault to have specialist in those applied area, but, let us think how precious these basic area are.

OK..ok...Guna Melayu la... Malas nak bina ayat.

Lebih sedih lagi, bila ibu bapa akan tanya,

" Ko dah grad nanti, nak kerja apa?"

Tapi, lagi sedih bila yang belajar tunggang langgang dalam bidang Sains itu, akhirnya, jawatan PTD yang dikejarnya. Berapa banyak duit kerajaan yang habis untuk subsidi kursus-kursus Sains sebegini. Dalam isu ni, bukan salah pelajar. Polisi. It is a matter on how we teach student to appreciate knowledge.

Meh la, aku nak story perkongsian dengan Yusuf (student Indon) semalam sementara menunggu pesanan makanan tiba. Orang seberang ni, kuat semangat nasionalisnya.

Indonesia adalah negara peminjam Bank Dunia. Thanks God, Mahathir didn't took the same path. Ok, tahukah anda. Dalam peminjaman wang tersebut, disyaratkan agihan belanjawan adalah sangat sedikit untuk pendidikan. Dan, dari agihan yang sedikit itu, sejumlah besar adalah di bidang kejuruteraan. Nampak tak strategi di situ?

Supaya negara membangun ini kekal sebagai pekerja. Gunakan sahaja teknologi sedia ada. Dan setiap teknologi itu ada harganya. Maka, negara-negara ini akan terus berharap akan bantuan luar. Contoh termudah. Kajilah penerima anugerah Nobel. Apa sejarah pendidikan mereka?

Baru ni makmal aku terlibat dengan kajian berkenaan TB. Tahukah anda? How to cure this disease? Fuh. Setakat ini, ada 3 shield/benteng nak maintain patient dari mati (siot btl ayat aku). Shield pertama adalah kombinasi isoniazid, rifampicin dan satu lagi apa tah selama 6 bulan. Yang mana ubat-ubat ni kasi warna kencing merah. Kalau tak silap aku, rifampicin ni la kasi warna merah pasal level solubility dia kelas 4. Lebih kurang gitu la keyword untuk penyakit ni. Aku tak hafal prescription/detail dia sangat pasal tu bukan master aku.[Sigh!]

Kenapa sampai 3 stage shield? Hoho..korang jangan ingat manusia ni je yang pandai. Bakteria pun pandai. They keep on mutate. Keep on resist on drug. Hadoi. Sakit hati okeh, terhadap bakteria ini. Banyak pula akal dia. Jadi, sapa punya keje nak belek mende-mende ni? Haha. Itu lah cantiknya, gabungan ilmu-ilmu Fizik, Biologi dan Kimia. Ditambah lagi ramuan programming komputer membantu dalam simulasi. Memang enak.

Tu belum lagi cerita pasal peruntukan geran penyelidikan. Tak pe. Simpan cerita itu untuk akan datang.

Bukan aku nak kata bidang aku ni hebat mana. Tak kaya pun. Nak buat macam mana, kursus tak fames ni, kena lah develop rasa bangga sendiri. Tu belum pergi tengok bidang ekologi dan diversiti. Tu lagi la. Orang persoal kenapa la dok belek labah-labah. Kuncinya, manusia mudah terpesona dengan perkara yang hasil nampak depan mata.

Masakan tidak, manusia lebih terpesona dengan dunia berbanding akhirat. Kiranya, begitu lah perumpamaan yang diberi.

Akhir kata, berbangga lah menjadi pelajar Sains tulen. No matter where you are now. Tapi,muntah darah jugak la nak habiskan master ni weh.

Sekian, perkongsian malam ini. Harap bermanfaat. (asal nye nak meluah perasaan, sekali macam nak lecture la pulak)

Wassalam.

Mentaliti

Sedih..

Sedih melihat adik-adik yang melabel diri pendakwah, rosak mentalitinya...

Rosak akhlaknya,

Terabur tarbiyah nya,

Hilang puncanya,

Tenggelam matlamatnya,

Lupa sudah cita-citanya,

Tulikan harapan ibu bapa.

Sungguh, matlamat tak pernah menghalalkan cara.

p/s: aku hanya orang luar. Melihat, memerhati, akhirnya hanya mampu menggeleng kepala.

Isnin, 19 Julai 2010

Pagi Isnin

Salam.

Salam hari Isnin. Buat kawan-kawan yang di Nepiege. Yang juga di OCRCC. Tak lupa juga kawan-kawan yang berada di serata dunia.

Sibuk sungguh minggu ni. Mengenangkan progress presentation Jumaat ni. Menanti saat-saat kena bambu oleh supervisor. Jadi, mengenangkan hal itu, sentiasa tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Terbayang-bayang. Maka, moody tak kira masa. Hujung bulan nak kena pergi Johor pula. Ada meeting. Seksa..seksa.

Begitu banyak kemudahan yang berikan dalam hidupku
Begitu banyak nikmat yang kurasakan
Begitu banyak kasih sayang yang melimpah ruah
Begitu banyak yang kuterima dalam hidupku
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (ArRahman).

Basyi, hari ni I pakai tudung kaler pink!.

Countdown. Dah nak dekat dah! Tak sabar!

Wassalam.

Sabtu, 17 Julai 2010

Apa-apa aja?

Salam.

Sabtu.

Tak ada idea nak update.

Laksa Janggus Balik Pulau petang ini bersama pak-pak bujang dalam lab. Haha. [Depa suka ngaku bujang n available. Ceh]

Farewell Kak Yah. Pan Mutiara, Pulau Pinang.
Aku menggoreng time ni. Nape la semua kena bagi speech. Haih..
Orang yang diraikan.
Serius. Len kali jangan makan semeja ngan set-set XY ni. Depa makan tak hengat.
Tak berapa nak 'in-to' dengan kari sejak-sejak mai Penang ni. Depa yang lain kata sedap.
Ok. Makanan banyak. Pilihlah. Jangan rebut-rebut.
Sebelum balik, jom la bergambar barang sekeping dua.

Sekian.

p/s: Sedap betul lajak tidur di hari minggu.


Khamis, 15 Julai 2010

Tension ke ni?

Aku sedih..sampai tak boleh tidur...

Aku terngiang kata-kata En. Razip (senior lab) tadi.

"Awak takkan grad dalam tempoh yang cepat Aliah, percaya lah,"

Aku telan kata-kata itu. Aku tak salahkan dia.Dia cakap pun berdasarkan pengalaman. Sebab dia tengok beban tugas aku dan tengok aku pun blur nak handle dengan semua benda.

Kadang-kadang terlintas di fikiran. Kan senang je, kerja jual kerepek ke. Tak payah dok fikir apa itu Monte Carlo, Lennard Jones hypothesis, macam mana nak kasi master itu kreatifnya kau yang punya. Tak payah fikir macam mana drug interaction dengan protein. Fikir kerepek, orang minta timbang, kita bungkuih, ambil duit, setel. Selalu, okeh, mende-mende ni terlintas di fikiran. Apa la aku dok bayang benda tak nampak ni?

Aku dah makin susah nak meluahkan banyak perkara. Sembang dengan Jannah (roomate Darul Hana) tadi pun, topik aku adalah, "Aku tension!". Setakat itu. Tak ada elaboration. Nak pecah kepala tanggung sendiri.

Maaflah kawan-kawan, akhir-akhir ini, entri blog ni, hanyalah berkenaan hidup aku yang bermasalah je. Tak ada manfaat untuk dikongsi bersama. Aku penat, jadi terasa nak membebel dalam belog...

Owh, tadi abah aku telefon nak bagitau pasal mak dapat anugerah apa tah, Magrib tadi. Line dalam makmal tak berapa clear, ditambah lagi, aku dok kalut selesaikan hal-hal grid computing yang tak setel-setel lagi. Aku mesej balik nak telefon semula lepas Isya', sekali lupa terus. Owh, lepas Subuh esok la.

Baiklah, nak paksa mata tidur. Esok masuk makmal macam biasa. Jam 8. Hrmmmmm......

p/s: asek lupa je nak bayar bil letrik rumah.

Isnin, 12 Julai 2010

Tak sabar!!

Dialog Jumaat lalu,

"Yusuf, awak tunggu isteri awak datang Malaysia kan? Bila dia nak sampai?"

"Err...Tak pasti. Ada beberapa hal yang perlu diselesain," Jawabnya dengan slang Indon. Dia ni baru sebulan kahwin, dah tinggalkan isteri di seberang. Sian lak ku nengok.

"Hang pasaipa tanya pasal bini orang, Aliah," Teha bertanya suspen.

"Hang ni sibuk la. Tak, Yusuf, kalau dia dah nak datang, nak pesan barang. Kawan saya yang buat medic kat sana dah balik Malaysia,"

"Mahu titipkan apa?" tanya Yusuf.

"Belikan saya CD cerita Sang Pemimpi. Saya cari di sini, tak jumpa la," haha. Gile punya berlakon.

"Owh, jika begitu. Saya pun ada. Isnin depan tolong ya. SMS saya, ingatin saya,"

Yabedabeduuu..... Lakonan berkesan. Boleh dah nonton! Seronot!

Hari ni, aku slip disc lak. Macam orang tua betul..Esok2..Boleh dah nak dapat cirita ituwwww...


Kecewa..Uuuuuu

Aku tak sihat hari ni. Slip disc. Silap teknik angkat barang. Macam orang tua je kan? Macam-macam la.

Hari ni, nak tulis entri kontrobesi sikit.

Sebelum naik bas semalam, aku kol Ami.

" Ami, mat **** dah nak kawen. Uuuu...,"
" Gedik aih,"

Al-kisah aku ni perangai ngok ngek sikit masa zaman sekolah. Haha. Ni kengkawan sekolah aku tau ni. Bukan zaman sekolah je, perangai tu lekat sampai sekarang kot.

Zaman sekolah dulu, masa form 3, aku terberkenan sorang mamat ni. Tak kenal pun sapa. Terserempak kat satu shopping complex ni. Apa tah nama, yang menghadap City Plaza tu. Kedah apa tah. Tup-tup tak sangka, satu sekolah, dan juga sama tingkatan. Itu pun terserempak masa program apa-tah tingkatan 3 nak ambil PMR.

Punya la ngok ngek, aku siap doa, bagi la mamat tu dapat 9A, supaya dia masuk kelas Sains. Haha.. Ingat-ingat balik, memang kelakar gila. Perangai budak-budak. Ikutkan, tak ada la suka@jatuh cinta apa pun. Saje, suka-suka. Sekali, hamba Allah tu tak masuk kelas Sains. Desas desus aku dengar, result dia elok jugak, tapi tak nak masuk kelas Sains. Ermmm....

Dijadikan cerita lagi, aku tahu nama dia masa tingkatan 5. Itu pun, sejak-sejak dia jadi pujaan dak-dak puteri. Zaman tu, sapa AJK Badan Budaya, selalu di 'admire'. Motif, aku pun tak faham. Bior la korang. Aku dok dengar je, sorang-sorang dok bercerita pasal mamat ni. Ami, bila tumpang mendengar orang-orang bercerita tu, gelak kuat-kuat pasal cerita aku yang ngok-ngek tu, kami-kami je yang tau.

Ada sekali tu, aku hangin ngan set-set putera Badan Sains (persatuan ni tak hot macam Badan Budaya ye). Pasal apa ye, aku hot tu? Erm, rasanya pasal lawatan la kot. Sekali, lepas keluar dari pejabat Am, aku terserempak ngan mamat ituww...Waww! Muka cemberut terus berubah jadi girang!. Haha...Ami, yang mengekor aku kat belakang, dah senyum tahan-tahan. Haha. Muka tak leh blah.

Lepas sekolah, dengar-dengar je cerita pasal mamat itu, Ami yang bawa cerita pasal dia tak pernah missed join reunion batch. Sekali tu, dia add frenster, wallah, riang bukan kepalang. Itu zaman frenster.

Bila zaman fesbuk lak, dia add. Girang berganda. Hakhak. Cuma aku kecewa. Bila nampak status : Engaged. Hoho. Motivasi merudum.

Sekarang ni, dia nak kawen lak. Huh. Ni la pes time, orang yang aku admire..erkk, admire ke? Suka tengok kot dah nak kawen. Jadi, kena la telefon Ami, buat gaya-gaya sedih kan?Kan?

Itu la pengakhiran cerita hari ini. Sok-sok aku dah tua, baca balik entri ni sah-sah la geleng kepala.

Ok, Ami. Aku dah tulis satu post pasal hal semalam. Ok kan?

Aku memang kanak-kanak girang. Terima lah aku seadanya, kawan-kawan. Haha.

Wassalam.


Jumaat, 9 Julai 2010

Kata nak boikot..

Salam,

Kata nak boikot belog kan? Sekali, tak sampai seminggu update mula... Apa la...

Ni la update untuk kawan-kawan yang kata aku perasan macam ada orang rendu kalau tak update.

Mende-mende tak siap lagi:
1. Inventori semua hardware dalam lab. Nama pun makmal komputer. Jadi, bilangannya bukan beberapa ya. Belum masuk masalah dokumen pembelian harta yang hilang.

2. Repair error setup cluster - ada >16 nodes nak solve, termasuk install beberapa software. (install software dalam linux ni, nak kena study dulu guane). Juga dengan urusan memperbaiki node-node server yang rosak.

3. Urusan kemasukan pembayaran kedua geran ke bendahari. Geran pun kena jaga.

4. Gridsphere corrupt, Tomo (student Jepun) gatal p install balik menyebabkan database kena set up balik + HILANG. Aku kena study architecture gridsphere itu balik. Kena betulkan sebelum Dr perasan problem ni. Dah la virtual screening untuk drugs lead semua jalan kat situ. Mampuih! (Gridsphere adalah sejenis grid-computing application). Rujuk.

5. Progress presentation on 22 July. Ini baru hal master. Ada lebih 10 jurnal yang aku tak habis baca (tak sentuh pun) lagi. Tak termasuk masalah teknikal yang melibatkan script. Tajuk master aku adalah melibatkan multidicipline area. Jadi, selain asah balik scripting Perl, aku juga kena study, molecular mechanics sikit, algorithm sikit, biologi sikit, microbiology, assay preparation, dan beberapa lagi lah. Nama pun farmasi tu, applied science. Erm..gitu la..

6. Submit master application form. [orang apply sebelum mula belajar, aku start dah 4 bulan baru terhegeh nak hantar]..

7. Documentation on NADI database system. Ni kes buat dokumentasi + develop sistem sekali la ni. Haih...

Kerja sampingan:
-Anak no 2 Dr, si Aisyah itu ada trailer UPSR (ni budak ni yang sebut. haha) bulan depan. Dah banyak set soalan dia buat, aku tak semak lagi + nak kena diskus part mana yang dia lemah. Sori la budak oi, I sibuk 2 minggu dengan bengkel. Banyak kerja lain tertangguh.

Kekadang, aku nak meluah perasaan kat orang pun tak boleh sangat. Tak ada orang nak+boleh faham. Orang dalam makmal aku pun, paling simpati pun, setakat boleh tepuk bahu la. I need solution, pasal ni semua adalah bahagian teknikal. Ye, terus terangnya, aku tak menang tangan to fulfill others expectation. Stress banyak pun ada. Aku tak boleh cope dengan study lagi. Research beb, demanding a lot of effort and commitment.

Itu belum masuk lagi, kena jadi IT support untuk company baru makmal kami. Adus.

Dah la. Panjang pulak membebelnya. OK, nak balik Seremban malam ni. Doakan perjalanan selamat. Insya Allah.

Yang benar,
Adliah.

p/s: aku mula rasa macam rancangan nak grad Mac 2012 mula nampak samar-samar.

Selasa, 6 Julai 2010

Makluman

Makluman buat kawan-kawan [gaya mcm ramai je baca belog ni].. Tak pe..

Tuan punya belog ni ada masalah sikit. Agak malas untuk dikongsi di sini. Nak taip panjang-panjang. Jadinya, akan tutup belog atau juga takkan update dah.

Selain itu juga, untuk memberi masa kepada tuan belog itu untuk menyendiri dan selesaikan masalah beliau. Bukan apa, kalau dia update belog entah apa yang dia merepek. Sekian.

Insya Allah.

Ahad, 4 Julai 2010

Rumah sewa saya -->yang ke 5

Sejak sekolah menengah dah belajar duduk rumah sewa (tp, tak pandai masak gak.hehe).

Rumah pertama
Nama rumah :
Rumah Pak cik Karim. Berhampiran Simpang Kuala, Alor Star. Menghadap padang bola sepak Putra dan gerai makan Pak Latip (tmpt budak putra lepak)

Masa menginap:
Tingkatan 5. 8 bulan (April - Disember 2004)

Kelebihan :
Boleh intai-intai bila bila budak putra tak dak ja, kami akan melanggan nasi lemak dan rojak buah Pak Latip itu. Hua, melakukan tingkah yang terlarang ini memang seronot..

Kekurangan :
'Keras' sikit kata ahl bait yang lain. Tapi, Alhamdulillah tak pernah kena walaupun selalu bangun tengah malam.

Keahlian :
> 20 orang (termasuk set-set Maahad Dini. geng Maahad Mahmud dalam 10 orang je)
Jenis rumah : Rumah 2 tingkat.

Kenangan :
Kena kejar anjing bila nak pergi terawih di surau Hablul Matin. .Langkah seribu dengan telekungnya.Lalu, beralih ke surau putra. Cover muka tiap kali pergi bagi mengelakkan pengecaman oleh classmate. Maklum le, sekolah agama. Gosip meliar.

Sewa : Sebulan RM 60. Ikut kepala.

Rumah kedua:
Nama rumah :
QA (Quratun Ain). Tapi kdg2 gelar rumah UMNO. Tuan rumah Ketua UMNO cawangan situ dulu. Jalan Bangsar

Masa menginap: Tahun 2 sarjana muda.

Kelebihan :
10 minit jalan kaki ke Mid Valley. Berjiran dengan mak cik jual nasi lemak yang enak. Bas setiap 5 minit untuk membawa anda ke mana sahaja sekitar KL.

Kekurangan :
Kalau ada kenduri kahwin tu, depa karoke 3 hari 3 malam. Menghadap landasan LRT, Komuter dan jalan raya utama. Mampu menyebabkan tekanan jiwa.

Tempoh menetap: Setahun setengah.

Keahlian : 7 orang

Jenis rumah : Flat 21 tingkat. Dok tingkat 3. 3 bilik

Kenangan :
Ada geng lepak KLCC malam tahun baru dan menikmati suasana PRU12. Malam pertama di rumah itu, jam 4.30 pagi dengar-dengar jiran sebelah dok sapu depan rumah pasal kucing dia berak depan rumah kami. Jadi, apa perasaan anda?

Sewa : RM 950 sebulan. [melampau kan?]

Rumah ketiga
Nama rumah : RZ (Rumah Zainab)

Masa menginap: 5 bulan (Semester terakhir sebelum graduasi)

Kelebihan : Berhampiran pasar malam Kerinci. Ada streamyx. Ada tempat simpan motor.

Kekurangan : Harus merentasi kesesakan jalan raya setiap pagi untuk ke kuliah. Risiko kemalangan.

Keahlian : 12 orang

Jenis rumah : Teres 2 tingkat [4 bilik+3 bilik air]

Kenangan:
Jadual masak yang tak pernah terabai. Setiap orang harus memasak sarapan dan dinner sekali seminggu.

Sewa : RM 1200 sebulan. Full furnished.

Rumah keempat
Nama rumah : 13-13, Vista Subang, Kelana Jaya.

Masa menginap: Mula bekerja (8 bulan. Julai 2009 - Feruari 2010)

Kelebihan : Dapat single bed room. Housemate yang best!

Kekurangan : Jauh dari UM. Terpaksa harungi sesak 30 minit. Lif selalu rosak. Menghadap highway. Harus menjalani hidup dengan hati yang tabah.

Jenis rumah : Flat 17 tingkat. [3 bilik]

Keahlian : 3-4 orang dalam satu-satu masa. Hanya Sarah dan Awanis penghuni tetap.

Kenangan : Menonton Nur Kasih dan Tari Tirana kat rumah ini bersama pengkritik yang kritis mengubah cerita.

Sewa : RM 400. Rumah kosong tanpa perabot

Rumah kelima
Nama rumah : Ntah, aku pun tatau. Taman Tun Sardon, Penang

Masa menginap: Mei 2010- sekarang.

Kelebihan : Berhampiran pasar. Surga makanan. Bawah rumah pasar malam tiap Rabu. Berhampiran masjid.

Kekurangan :Tak ada TV. Kesunyian. Menyebabkan bertambah malas untuk masak.

Jenis rumah: Flat 4 tingkat. 2 bilik

Keahlian : 2 orang.

Sewa: RM 350. Fully furnished.

Ini lah rumah ke-5 saya. Ruang tamu, ana yang punya.

Dapur yang agak lama sudah tidak berasap. Lantaran paip buat hal. Haha. Alasan. Owh, plastik merah atas sofa itu mengandungi pisang goreng Laksa Janggus.. Harus dimakan segera.

Bilik air yang huru-hara setelah dikerjakan tukang paip.

Bukan nak tunjukkan kentang goreng yang dah lemau, atau beg sling jeans yang best itu, atau botol mineral Tesco itu. Cuma, nak habaq, simpan manggis dalam peti ais sebelum makan adalah HEBAT!!!

Sabtu, 3 Julai 2010

Tak kenal maka tak suka

Tak kenal maka tak cinta.

Eh, bukan cinta, tapi suka.

Kisahnya pasal kejadian-kejadian dalam makmal, macam-macam bangsa dan agama dalamnya. Ada dari Jordan, Indonesia, Pakistan, US, Thailand dan yang akan datang dari Jepun. Dan macam-macam level. Ada baru nak buat master, ada sambung Phd, ada yang datang buat attachment je dan juga jadi Post-doc kat sini. Umur pun macam-macam. Dan dah ada karrier pun, ada tu, lecturer dari UIA, UNIMAS, depa buat phd. Anak pun dah SPM.

Jadi, disebabkan kepelbagaian ni, selalu la macam-macam isu gosip selalu timbul. Kadang-kadang rasa tegang, okeh!

Tapi, bila makmal ni organize workshop belajar pasal CADD(computer aided drug design) ni, kira peluang untuk berbaik-baik la. Asalnya, aku agak rasa annoy pada sorang ni, Ayesha, student dari Pakistan ni. Dia mai buat phd. Umur mungkin dah >40.

Annoy? Pasal dia demand. Minta orang format PC, minta gaji lebih padahal dia tak buat keje apa, bawa anak kecik dia dalam lab lari-sana-sini. Tapi, bila sepanjang bengkel ni, aku banyak sembang dengan dia. Pasal hal peribadi, pasal bengkel (aku lemah teori-teori ni..punca result aku tak bagus dulu). Masa tu baru tahu, kenapa perangai dia begitu merimaskan.

Dia terpaksa untuk fight dalam hidup. Pada aku, dia wanita yang tabah. Berkahwin umur 36. Dalam culture Pakistan yang pada aku tak mengangkat sangat wanita. Maksudnya, perempuan kat sana tak digalakkan belajar tinggi-tinggi. Kahwin pun tak boleh selain daripada tribe mereka (punca banyak syndrome down + poor health quality). -itu kata dia.

Dan dia datang ke Malaysia, dengan tak ada scholarship (malaysia tak byk MoU dengan Pakistan), bersama suami yang terpaksa nak cari pekerjaan baru kat sini. What do you expect? How she manage a life. With a child more. And, it is just for an education. She can earn more, by only the master cert. But, she said, it is not about the earning. She wants to be an expert. Bring the knowledge to the country. Memang salute lah. Naik bas pagi-pagi pergi lab. Padahal, dia dah layak dah naik kereta kat negara dia.

Tapi, hidup kena terus kan? Dia pun daftar jadi pelajar separuh masa dan kerja part time mengajar di kolej swasta. Semoga hidup dia berjalan baik.

Satu lagi cerita, Belal. Aku cukup nyampah kat dia pasal miting hari tu. Huhu. Tapi, hal-hal aku tak faham apa-apa teori, dia la yang akan beria ajar aku. Sungguh-sungguh punya ajar. Memang terharu la.. Dia ni pun problem macam Ayesha bab-bab earning ni. Ada anak lagi.. Lucky, ada supervisor yang memahami.

Jadi, pengalaman yang nak dikongsi di sini. Setiap orang ada kualiti baiknya yang tersendiri. Dont put any judgement by only one perception. Accept others weakness, as others try to accept you too!

Sekian.

Kalau rajin, lawatlah. Tak habis edit lagi. Jadi, buruk. Tapi, boleh la nak view. Server pulak down beberapa. Esok aku nak restart balik server ni.

Sekian sahaja. Enjoy

Ada peningkatan isipadu di situ...haih la...

Wassalam....