Sabtu, 3 Julai 2010

Tak kenal maka tak suka

Tak kenal maka tak cinta.

Eh, bukan cinta, tapi suka.

Kisahnya pasal kejadian-kejadian dalam makmal, macam-macam bangsa dan agama dalamnya. Ada dari Jordan, Indonesia, Pakistan, US, Thailand dan yang akan datang dari Jepun. Dan macam-macam level. Ada baru nak buat master, ada sambung Phd, ada yang datang buat attachment je dan juga jadi Post-doc kat sini. Umur pun macam-macam. Dan dah ada karrier pun, ada tu, lecturer dari UIA, UNIMAS, depa buat phd. Anak pun dah SPM.

Jadi, disebabkan kepelbagaian ni, selalu la macam-macam isu gosip selalu timbul. Kadang-kadang rasa tegang, okeh!

Tapi, bila makmal ni organize workshop belajar pasal CADD(computer aided drug design) ni, kira peluang untuk berbaik-baik la. Asalnya, aku agak rasa annoy pada sorang ni, Ayesha, student dari Pakistan ni. Dia mai buat phd. Umur mungkin dah >40.

Annoy? Pasal dia demand. Minta orang format PC, minta gaji lebih padahal dia tak buat keje apa, bawa anak kecik dia dalam lab lari-sana-sini. Tapi, bila sepanjang bengkel ni, aku banyak sembang dengan dia. Pasal hal peribadi, pasal bengkel (aku lemah teori-teori ni..punca result aku tak bagus dulu). Masa tu baru tahu, kenapa perangai dia begitu merimaskan.

Dia terpaksa untuk fight dalam hidup. Pada aku, dia wanita yang tabah. Berkahwin umur 36. Dalam culture Pakistan yang pada aku tak mengangkat sangat wanita. Maksudnya, perempuan kat sana tak digalakkan belajar tinggi-tinggi. Kahwin pun tak boleh selain daripada tribe mereka (punca banyak syndrome down + poor health quality). -itu kata dia.

Dan dia datang ke Malaysia, dengan tak ada scholarship (malaysia tak byk MoU dengan Pakistan), bersama suami yang terpaksa nak cari pekerjaan baru kat sini. What do you expect? How she manage a life. With a child more. And, it is just for an education. She can earn more, by only the master cert. But, she said, it is not about the earning. She wants to be an expert. Bring the knowledge to the country. Memang salute lah. Naik bas pagi-pagi pergi lab. Padahal, dia dah layak dah naik kereta kat negara dia.

Tapi, hidup kena terus kan? Dia pun daftar jadi pelajar separuh masa dan kerja part time mengajar di kolej swasta. Semoga hidup dia berjalan baik.

Satu lagi cerita, Belal. Aku cukup nyampah kat dia pasal miting hari tu. Huhu. Tapi, hal-hal aku tak faham apa-apa teori, dia la yang akan beria ajar aku. Sungguh-sungguh punya ajar. Memang terharu la.. Dia ni pun problem macam Ayesha bab-bab earning ni. Ada anak lagi.. Lucky, ada supervisor yang memahami.

Jadi, pengalaman yang nak dikongsi di sini. Setiap orang ada kualiti baiknya yang tersendiri. Dont put any judgement by only one perception. Accept others weakness, as others try to accept you too!

Sekian.

Kalau rajin, lawatlah. Tak habis edit lagi. Jadi, buruk. Tapi, boleh la nak view. Server pulak down beberapa. Esok aku nak restart balik server ni.

Sekian sahaja. Enjoy

Ada peningkatan isipadu di situ...haih la...

Wassalam....

Tiada ulasan: