Aku sedih..sampai tak boleh tidur...
Aku terngiang kata-kata En. Razip (senior lab) tadi.
"Awak takkan grad dalam tempoh yang cepat Aliah, percaya lah,"
Aku telan kata-kata itu. Aku tak salahkan dia.Dia cakap pun berdasarkan pengalaman. Sebab dia tengok beban tugas aku dan tengok aku pun blur nak handle dengan semua benda.
Kadang-kadang terlintas di fikiran. Kan senang je, kerja jual kerepek ke. Tak payah dok fikir apa itu Monte Carlo, Lennard Jones hypothesis, macam mana nak kasi master itu kreatifnya kau yang punya. Tak payah fikir macam mana drug interaction dengan protein. Fikir kerepek, orang minta timbang, kita bungkuih, ambil duit, setel. Selalu, okeh, mende-mende ni terlintas di fikiran. Apa la aku dok bayang benda tak nampak ni?
Aku dah makin susah nak meluahkan banyak perkara. Sembang dengan Jannah (roomate Darul Hana) tadi pun, topik aku adalah, "Aku tension!". Setakat itu. Tak ada elaboration. Nak pecah kepala tanggung sendiri.
Maaflah kawan-kawan, akhir-akhir ini, entri blog ni, hanyalah berkenaan hidup aku yang bermasalah je. Tak ada manfaat untuk dikongsi bersama. Aku penat, jadi terasa nak membebel dalam belog...
Owh, tadi abah aku telefon nak bagitau pasal mak dapat anugerah apa tah, Magrib tadi. Line dalam makmal tak berapa clear, ditambah lagi, aku dok kalut selesaikan hal-hal grid computing yang tak setel-setel lagi. Aku mesej balik nak telefon semula lepas Isya', sekali lupa terus. Owh, lepas Subuh esok la.
Baiklah, nak paksa mata tidur. Esok masuk makmal macam biasa. Jam 8. Hrmmmmm......
p/s: asek lupa je nak bayar bil letrik rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan