Jumaat, 9 Julai 2010

Kata nak boikot..

Salam,

Kata nak boikot belog kan? Sekali, tak sampai seminggu update mula... Apa la...

Ni la update untuk kawan-kawan yang kata aku perasan macam ada orang rendu kalau tak update.

Mende-mende tak siap lagi:
1. Inventori semua hardware dalam lab. Nama pun makmal komputer. Jadi, bilangannya bukan beberapa ya. Belum masuk masalah dokumen pembelian harta yang hilang.

2. Repair error setup cluster - ada >16 nodes nak solve, termasuk install beberapa software. (install software dalam linux ni, nak kena study dulu guane). Juga dengan urusan memperbaiki node-node server yang rosak.

3. Urusan kemasukan pembayaran kedua geran ke bendahari. Geran pun kena jaga.

4. Gridsphere corrupt, Tomo (student Jepun) gatal p install balik menyebabkan database kena set up balik + HILANG. Aku kena study architecture gridsphere itu balik. Kena betulkan sebelum Dr perasan problem ni. Dah la virtual screening untuk drugs lead semua jalan kat situ. Mampuih! (Gridsphere adalah sejenis grid-computing application). Rujuk.

5. Progress presentation on 22 July. Ini baru hal master. Ada lebih 10 jurnal yang aku tak habis baca (tak sentuh pun) lagi. Tak termasuk masalah teknikal yang melibatkan script. Tajuk master aku adalah melibatkan multidicipline area. Jadi, selain asah balik scripting Perl, aku juga kena study, molecular mechanics sikit, algorithm sikit, biologi sikit, microbiology, assay preparation, dan beberapa lagi lah. Nama pun farmasi tu, applied science. Erm..gitu la..

6. Submit master application form. [orang apply sebelum mula belajar, aku start dah 4 bulan baru terhegeh nak hantar]..

7. Documentation on NADI database system. Ni kes buat dokumentasi + develop sistem sekali la ni. Haih...

Kerja sampingan:
-Anak no 2 Dr, si Aisyah itu ada trailer UPSR (ni budak ni yang sebut. haha) bulan depan. Dah banyak set soalan dia buat, aku tak semak lagi + nak kena diskus part mana yang dia lemah. Sori la budak oi, I sibuk 2 minggu dengan bengkel. Banyak kerja lain tertangguh.

Kekadang, aku nak meluah perasaan kat orang pun tak boleh sangat. Tak ada orang nak+boleh faham. Orang dalam makmal aku pun, paling simpati pun, setakat boleh tepuk bahu la. I need solution, pasal ni semua adalah bahagian teknikal. Ye, terus terangnya, aku tak menang tangan to fulfill others expectation. Stress banyak pun ada. Aku tak boleh cope dengan study lagi. Research beb, demanding a lot of effort and commitment.

Itu belum masuk lagi, kena jadi IT support untuk company baru makmal kami. Adus.

Dah la. Panjang pulak membebelnya. OK, nak balik Seremban malam ni. Doakan perjalanan selamat. Insya Allah.

Yang benar,
Adliah.

p/s: aku mula rasa macam rancangan nak grad Mac 2012 mula nampak samar-samar.

Tiada ulasan: