Ahad, 4 Julai 2010

Rumah sewa saya -->yang ke 5

Sejak sekolah menengah dah belajar duduk rumah sewa (tp, tak pandai masak gak.hehe).

Rumah pertama
Nama rumah :
Rumah Pak cik Karim. Berhampiran Simpang Kuala, Alor Star. Menghadap padang bola sepak Putra dan gerai makan Pak Latip (tmpt budak putra lepak)

Masa menginap:
Tingkatan 5. 8 bulan (April - Disember 2004)

Kelebihan :
Boleh intai-intai bila bila budak putra tak dak ja, kami akan melanggan nasi lemak dan rojak buah Pak Latip itu. Hua, melakukan tingkah yang terlarang ini memang seronot..

Kekurangan :
'Keras' sikit kata ahl bait yang lain. Tapi, Alhamdulillah tak pernah kena walaupun selalu bangun tengah malam.

Keahlian :
> 20 orang (termasuk set-set Maahad Dini. geng Maahad Mahmud dalam 10 orang je)
Jenis rumah : Rumah 2 tingkat.

Kenangan :
Kena kejar anjing bila nak pergi terawih di surau Hablul Matin. .Langkah seribu dengan telekungnya.Lalu, beralih ke surau putra. Cover muka tiap kali pergi bagi mengelakkan pengecaman oleh classmate. Maklum le, sekolah agama. Gosip meliar.

Sewa : Sebulan RM 60. Ikut kepala.

Rumah kedua:
Nama rumah :
QA (Quratun Ain). Tapi kdg2 gelar rumah UMNO. Tuan rumah Ketua UMNO cawangan situ dulu. Jalan Bangsar

Masa menginap: Tahun 2 sarjana muda.

Kelebihan :
10 minit jalan kaki ke Mid Valley. Berjiran dengan mak cik jual nasi lemak yang enak. Bas setiap 5 minit untuk membawa anda ke mana sahaja sekitar KL.

Kekurangan :
Kalau ada kenduri kahwin tu, depa karoke 3 hari 3 malam. Menghadap landasan LRT, Komuter dan jalan raya utama. Mampu menyebabkan tekanan jiwa.

Tempoh menetap: Setahun setengah.

Keahlian : 7 orang

Jenis rumah : Flat 21 tingkat. Dok tingkat 3. 3 bilik

Kenangan :
Ada geng lepak KLCC malam tahun baru dan menikmati suasana PRU12. Malam pertama di rumah itu, jam 4.30 pagi dengar-dengar jiran sebelah dok sapu depan rumah pasal kucing dia berak depan rumah kami. Jadi, apa perasaan anda?

Sewa : RM 950 sebulan. [melampau kan?]

Rumah ketiga
Nama rumah : RZ (Rumah Zainab)

Masa menginap: 5 bulan (Semester terakhir sebelum graduasi)

Kelebihan : Berhampiran pasar malam Kerinci. Ada streamyx. Ada tempat simpan motor.

Kekurangan : Harus merentasi kesesakan jalan raya setiap pagi untuk ke kuliah. Risiko kemalangan.

Keahlian : 12 orang

Jenis rumah : Teres 2 tingkat [4 bilik+3 bilik air]

Kenangan:
Jadual masak yang tak pernah terabai. Setiap orang harus memasak sarapan dan dinner sekali seminggu.

Sewa : RM 1200 sebulan. Full furnished.

Rumah keempat
Nama rumah : 13-13, Vista Subang, Kelana Jaya.

Masa menginap: Mula bekerja (8 bulan. Julai 2009 - Feruari 2010)

Kelebihan : Dapat single bed room. Housemate yang best!

Kekurangan : Jauh dari UM. Terpaksa harungi sesak 30 minit. Lif selalu rosak. Menghadap highway. Harus menjalani hidup dengan hati yang tabah.

Jenis rumah : Flat 17 tingkat. [3 bilik]

Keahlian : 3-4 orang dalam satu-satu masa. Hanya Sarah dan Awanis penghuni tetap.

Kenangan : Menonton Nur Kasih dan Tari Tirana kat rumah ini bersama pengkritik yang kritis mengubah cerita.

Sewa : RM 400. Rumah kosong tanpa perabot

Rumah kelima
Nama rumah : Ntah, aku pun tatau. Taman Tun Sardon, Penang

Masa menginap: Mei 2010- sekarang.

Kelebihan : Berhampiran pasar. Surga makanan. Bawah rumah pasar malam tiap Rabu. Berhampiran masjid.

Kekurangan :Tak ada TV. Kesunyian. Menyebabkan bertambah malas untuk masak.

Jenis rumah: Flat 4 tingkat. 2 bilik

Keahlian : 2 orang.

Sewa: RM 350. Fully furnished.

Ini lah rumah ke-5 saya. Ruang tamu, ana yang punya.

Dapur yang agak lama sudah tidak berasap. Lantaran paip buat hal. Haha. Alasan. Owh, plastik merah atas sofa itu mengandungi pisang goreng Laksa Janggus.. Harus dimakan segera.

Bilik air yang huru-hara setelah dikerjakan tukang paip.

Bukan nak tunjukkan kentang goreng yang dah lemau, atau beg sling jeans yang best itu, atau botol mineral Tesco itu. Cuma, nak habaq, simpan manggis dalam peti ais sebelum makan adalah HEBAT!!!

Tiada ulasan: