Kecoh bangunan-bangunan tinggi sekitar Lembah Klang. Bergoyang-goyang. Aku tak berkecuali.
KEJADIAN:
Sedang sembang-sembang dengan Samihah sementara menanti bahan masakan tiba.
“Eh,jap2. Awak ada rasa goyang tak Mia?”
“Mana ada,” jawab Mia.
Dalam hati. “Aku tengah migraine ke ni?”
Tiba-tiba…
“TURUN!!” Jeritan dari luar.
Aku dah tahu apa aku akan buat dan capai ketika kecemasan:
-Selongkar almari cari jubah
-Capai tuala (tudung tak jumpa lak)
-Kunci rumah
Hehe. Kira aku ni boleh kawal panic gak juga la yek. Walaupun macam ragu-ragu gak nak turun dengan tuala tu dari tingkat 13. Huh!
Setibanya di bawah, dah ramai orang. Tiba-tiba, sorang mak cik ni datang menegur.
“Eh, Kak Atie dah bersalin?”tanya beliau.
“Dah, anak lelaki. Hujung puasa ritu. Kami sempat la melawat,”
Serius masa tu terkejut gila. Tak pernah bertegur sapa dengan mak cik tu. Tak pernah jumpa pun. Sekali dia boleh sapa dan tahu dengan tepatnya kami duduk tingkat berapa. (Nota: Kak Atie adalah tuan rumah sewa).
Tak lama lepas tu datang seorang lagi pak cik.
“Korang dok tingkat berapa?”
“Tingkat 13-13,”
“Hah, korang dok la situ baik2. Maksud pak cik baik-baik tu jangan buat perangai bawa lelaki ke rumah. Walaupun ada 3 perempuan dan 1 lelaki dalam rumah tu. Jangan buat orang sebar fitnah. Pak cik ni selalu lead kumpulan serbu khalwat area ni. Ingat tu,” kata pak cik itu.
Adeh. Pak cik. Tau la penyewa sebelum kami kena cekup. Takkan rupa kami ni pun ada gaya nak bawa lelaki a.k.a bopren masuk rumah. Tapi, apa-apa pun terima kasih atas perhatian. Syukur juga ada jiran yang macam ni. Bukan setakat kebajikan bersama itu yang dijaga. Keselamatan rumah pun ada. Rondaan malam-malam terutama musim cuti perayaan pun depa buat.
Selalunya area rumah kos rendah akan rasa semangat kejiranan ni lagi. Baik punya. Macam ni juga yang aku rasa masa rumah sewa pertama dulu. Tambah lagi, kalau rumah bujang. Anak dara. Kita dok tingkat 3 pun, orang tingkat 21 pun kenal kita lagi. Hehe. Terasa fames sat. Kalau ada kenduri, siap ada program berkampung. Aku nak join sekali lepas ni. Insya Allah. Doakan kelapangan.
Yang penting, ramah pada tempat yang sepatutnya. Itu pengajaran untuk hari ini.
Ini rumah sewa ketiga aku di KL. Yang terbaik setakat ini. Alhamdulillah. Tuan rumah baik. Harga rumah boleh tahan. Housemate pun baik. Jiran pun prihatin. Plus, aku dapat single room. Hehe. Best-best. Cuma bising sikit la sebab menghadap dengan lebuhraya Puchong-Damansara. Moga kebahagiaan ini berterusan.
p/s: tengah survey peti ais dengan harga menarik. Maklum la. Baru menyewa + baru kerja. Pelan-pelan. Guna yang kecit dulu.
-VISTA SUBANG, KELANA JAYA.-
2 ulasan:
nnt pakcik nak pasangkan flying fox dr tingkat 13 ke bawah. Cepat sikit korg turun kalau ada gempa lgi.
Ko kutuk pakcik dlm ni eh? Siap ko. mlm ni aku g serbu umah ko
pak cik..jangan la marah. cucu pak cik nama anis itu sungguh comel (ayat bodek. boleh guna tak?)
Catat Ulasan