Jumaat, 2 Oktober 2009

FACULTY OF DENTAL, UM

Hari ke 2 di sini. Ya.

Semalam penat sungguh. Tetapi berbaloi. Mula dengan traffic jam yang teruk. (nampaknya aku akan hadap situasi ni utk setahun lagi sekurang-kurangnya). Nampaknya plan beli kereta terpaksa dilupakan buat sementara. No point to use the car when we have to face traffic jam almost every day. Kan? So, boleh simpan nak naik haji.

Dapat cubicel sendiri gak kat sini. Walaupun, kerusinya tak seempuk di tempat lama. Tapi, bersyukur la. Dan dapat sebilik dengan staff RA dari unit lain, pensyarah luar, student master yang lain. Jadi, muka melayu nak jumpa dah tak banyak sangat, ok.

Berkenalan dengan seorang RA lain. Nama Henry. Konfius die ni Kristian ke, Jew ke? Dia ni Malaysian ok. Tapi, nampak die surf website ada tulisan Hebrew. Dan atas meja die pun ada so-called-kitab tulisan Hebrew gak. Nak tanya, mungkin lain kali.

Lepas itu, kena dengar seminar presented by Dr. Basim. Hehe. Pertama kali jumpa orang nama ni. Teringat pernah chat ngan seorang kawan ni. Ingatkan die saja main2 wazan (wau-zai-nun). Sekali memang ada orang nama ni.

Malam nya pula ke IIS.Dengan talk dari Xifu Naser. Permulaan 30 minit, memang aku rasa nak lari je. Sebab pada aku bincang ayat-ayat falsafah is RUBBISH. Plus, dia tayang beberapa ayat paradox. Dan teori NO MOVEMENT. Harap-harap semua yang hadir malam tadi tak dek niat nak ‘murtad’ ya. Perbincangan itu belum berakhir di situ.

Sampai di rumah, aku mula terfikir. Jarak mungkin wujud dengan teman serumah. Bukan pergaduhan di sini. Apa taknya, balik rumah. Masuk bilik, mandi, basuh baju, solat. No more joking and chatting with them. Makan pun sendiri, sebab depa dah makan. Kemudian, masuk bilik. Tidur. Memang macam ni ke life dia? Bila dah sibuk. Kita pun penat. Dah tiada hati nak bersosial?

Aku mula perasan tulisan-tulisan di atas dah macam rojak (Ni dah edit lagi). Huh! Nak cakap Melayu, jangan nak campur-campur omputeh. Naik geli aku dengar aku cakap rojak ni. Aku nak perbaiki BI aku, tapi aku tak nak rosakkan bahasa aku.

Ok, sekian.

p/s: hari ni aku masuk pukul 8. Sebab nak balik jam 5. Hehe.

p/s 2: melintas jalan dr OCRCC ke bilik staff. byk 'pemandangan' indah..wakaka..[gedik]

Tiada ulasan: