Khamis, 18 Februari 2010

Kegemaran zaman kanak-kanak

Masa dulu-dulu, RTM 1 ada siar cerita kartun jam 6-6.30 petang setiap Isnin-Jumaat. Maka, aku dan Along akan hafal susunan cerita ikut hari. Namun, malangnya, pukul 6 adalah waktu untuk kami mandi. Jadi, kami akan gilir-gilir mandi dan seorang kena cerita jalan cerita kepada yang terlepas kisah akibat mandi. Oleh kerana aku muda daripada Along cuma 3 tahun, masa aku darjah 1, masih dimandikan oleh Abah aku, lantaran itu menyuruh beliau mandikan aku secepat yang boleh. Hehe. Untuk makluman, kami sangat berdisiplin di kala dahulu. Setiap aktiviti ada waktunya.

Yang paling aku minat adalah Mickey Mouse- setiap Selasa dan Batman-setiap Rabu. Maka, berebutlah kami, sapa yang nak mandi dulu. Oh ya, Power Rangers-setiap Jumaat. Ni aku tak bape minat sangat.

Selain itu, aku amatlah pasif. Ye la kan, 2 beradik je. Aktiviti paling selalu buat pun, adalah buat kerja sekolah la. Oh, itu adalah hobiku di zaman itu. Sampai dapat komen dari cikgu kelas yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Cikgu Aida namanya.

" Seorang pelajar yang rajin membuat kerja sekolah". Fuh!

Aku juga spesis tak keluar rumah, main-main kat taman permainan. Bukan tak nak weh, perumahan aku ketika itu adalah dipenuhi orang cina. Depan, belakang, kiri, kanan, semua cina. Maka, haruslah terdapat di situ anjing berkeliaran di sana sini. Dapat bayangkan tak? Aku hanya akan keluar kalau abah atau mak aku ikut sekali. Korang pasti fikir aku ni skema kan?

Hakikatnya, tidak. Aku juga tidak ketinggalan meninggalkan lukisan bermakna di dinding bilik tidur. Sama seperti kanak-kanak normal lain. Zaman tu, mana ada cat boleh cuci tu. Saat tu, aku rasa aku sungguh pandai melukis. Oh, apa la kan seorang budak memuji diri sendiri.

Tiba di darjah 4. Umur pun baru 10 tahun. Aku menjadi anak tunggal kerana Along masuk asrama. Hidup diteruskan dengan jayanya walaupun aku sedih(takut benornya) kena tidur sorang-sorang.

Oh ya, terlupa. Aku masa kecil tiada mainan. mak dan abah aku tak biasakan kami dengan mainan. jadi, pantang aku nampak kertas dan gunting, pasti ada 'hasil' yang dihasilkan. Oleh itu, aku tidak termasuk golongan tipikal anak-bongsu-manja kerana amalan ini.

Juga, aku masa kecik tak makan KFC dan yang sewaktu dengannya. Dan juga, tak bernafsu akan benda-benda itu. Pada waktu itu, masakan mak adalah segala-galanya. Minta la apa sahaja, mak pasti akan usahakan masak sendiri. Huh, mak adalah idola aku dulu, kini, dan selamanya.

Kartun-kartun masa Tahap 1 dah tak de efek dalam diri masa nih. Maklum la, takde geng nak tengok. Lalu, aku beralih kepada drama Cina. "the good old days", apatah lagi, yang Femau tu? Tapi, malangnya, waktu siaran adalah 6.30. kat Sarawak dah Magrib. Tv kena katup. Seperti yang aku katakan td, kami sangat berdisiplin. Tidur jam 10. Sharp. Sebab tu, kalau sekarang ni aku tengok budak-budak tengok TV sampai lebih jam 11, rasa geram pun ada. Patut budak tu dah kena tidur.

Di kala itu juga, Raihan baru muncul. Ramai orang minat sat. Tak lama pastu, BSB, Spice Girl. Jangan main-main. Dulu aku peminat dorg gak. Habis sume biodata dorg aku maklum. Paling jadi kegilaan, Nick Carter la kan. Cute+rambut blonde-belah-tengah. Aku? Aku minat Brian la. Suara beliau sedap +mata kaler biru. Lagu feveret? hihi. As Long As You Love Me.

Selain itu, cerita Titanic baru meletup. Tapi, mak aku tak kasi tengok. Sampaikan kelas kami, 5 Kenanga buat persembahan guna rekorder lagu "My Heart Will Go On" arahan Cikgu Julia. Namun, aku baru tengok cerita tu beberapa tahun yang lalu. Tu, pun skip-skip. Ye la kan, cerita blue 3 bintang kot. [ni yang aku dengar la]. In fact, sampai sekarang tak pernah jejak panggung wayang.

Masa tu, BI aku bagus pasal keje dok hafal lirik omputeh+kengkawan semua fasih bahasa omputeh. Jadi, sangat membantu di saat sekolah menengah untuk acara-acara buat esei dan betulkan esei kawan.
Masa kecik mst pkai baju kurung g mana2


Oh, panjang rupanya membebel dan bercerita. O, aku perempuan dengan perangai tipikal ini. Rajin bercakap rupanya. Itu sahaja setakat ini. Kalau rajin, aku tambah lg.

Wassalam.

Tiada ulasan: