Jumaat, 12 Februari 2010

Pagi yang ceria! (macam iklan Ribena Blackcurrent)

Aku menaip ini di kala lepas Subuh.

Aku tak tahu kenapa, cuma terasa pagi ini sungguh indah [matahari tak nampak rupa lagi ye]

Cuma, untuk selama ini aku tak nak berkongsi blog ni, dengan siapa-siapa, aku rasa aku mula tak kisah dah orang buat link atau tersesat ke mari.

Aku sudah memutus tidak mahu menunggu lagi. Cukuplah untuk memandang dan terus hidup dengan kenangan lalu. Faktanya, aku sudah penat.

In fact, aku rasa macam dah jadi stalker pun ada dalam tempoh benggong itu. Tak pe, belajar dari pengalaman dan kesilapan.

Eh, jap. Teringat nak berkongsi sketsa kami di pejabat bawah tanah. D*MN= empangan.

Kata Henri " Empangan you!"

Sudah nya, kami sudah ketawa terbahak-bahak dengan adegan itu.

Tiada ulasan: