Seronok rasanya untuk pulang ke Linggi setelah sekian lama.
Kebetulan, Rahmat (dua pupu) kahwin. Semoga bahagia ke akhir cucu.
Seronok juga rasanya tengok anak buah yang dah besar, ambil alih tugas cuci pinggan mangkuk. [aku konon2 jadi supervisor]
Kekok bile asyik tersasul bahasakan diri dengan ‘akak’ walhal pangkat ‘mak ngah’. Ye, aku punya ramai anak sedara yang umur-umur lepas SPM. Adeh!
Kemudian, mengajar sepupu Bahasa Arab level PMR. Sangat kasihan mereka tak ditekankan dengan kena hafal tasrif. Berbuih mulut aku tengok hafal vocab. Juga, membakar semangat Akmal yang nak ambik SPM.
Minggu depan aku nak rancang pergi I-Setan (KLCC) usha sepupu aku yang tengah tunggu result SPM keje. Mahu ajak jalan-jalan.
Seronok bila kenduri masak sendiri.
Dapat teguran-teguran dari yang lebih dewasa.
“ Aliah, nampak bahagia bonar ko sekarang ek, dah naik tembam pipi ko,” kata Kak Ayu sambil aku meneruskan suapan ayam golek itu.
“Ko ni sibuk nak buat master, Mister dah ada ke belum?Dan bla..bla..bla,” kata Mak Ndak. Haha. Yang ni aku sengihkan sahaja. No komen. [bla3x tu sebab adalah part nasihat yang aku malas nak taip di sini].
Baru aku tahu, kalau lebuh raya Plus KL-Seremban sesak teruk, gunakan alternative Lebuhraya LEKAS.
Sekian, cerita-ceriti untuk hari ini.
p/s: aku kena tune balik guna loghat Utara lepas nih kalau jadi ke Penang..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan