Aku berkira-kira untuk buat kemaskini atau tidak pada blog ini.
Ok la, update je la, kan. Sementara senggang.
Mahu bercakap pasal ranking top universiti. (ranking dalam bahasa melayu, apa ha?)
Secara terus terang aku selalu berbangga dengan UM atas kejayaan dapat top 200. Dengan pensyarah yang berkualiti. Cuma, masalah-masalah pentadbiran yang pincang.
Namun, hakikatnya, kita tak boleh menilai sesebuah universiti hanya dengan bilangan tangga yang didudukinya. Contoh, Oxford Uni, paling bagus kat sana, kursus Undang-undang la. Kalau nak belajar area Sains ni, baiklah ke King's College atau Imperial College yang tawarkan pengajian lebih baik dalam bidang berkaitan dengan perubatan, seperti yang maklum, dengan pencapaian universiti ni.
Konklusinya adalah, pilihlah universiti berdasarkan silibus kursus yang ditawarkan oleh universiti. Tak dinafikan, di UM, "fundamental" itu adalah faktor utama.
Aku terkesan, bila perjumpaan dengan pensyarah USM tempoh hari. Dia bagitau, ada satu Universiti di US, yang terus 'banned' pelajar Bioinformatik UM atas terlalu asasnya (too basic kata omputeh) bidang yang dipelajari masa degree dulu. Aku terkesima juga. Tak terkata apa. Cuma, bagi dokter tu, masih juga ambil pelajar UM atas, sikap (attitude) yang dipamer. Ye la. Faham la, pengetahuan dah cetek, kena la usaha lebih. Masa tu, aku rasa syukur lah pada senior-senior sebab jaga nama baik Uni. I can imagine how my life would be after this. Huh, apa-apa je la.
Aku nak bercerita lagi ni. Ada tak yang nak baca? [mekngot punya ayat]
Err.. Tak payah la. Dah azan Isya'. Tambah lagi, dah lupa apa isi ke-2 nak tulis. Apa tah..
Beg guna nak pergi kuliah. Banyak jasa. Agak2 yang mana comfoter aku?
OK. Sekian. Wassalam
-Adliah,
-Taman Pinggiran Golf, Seremban-
p/s: Suara tengah tak ada. Jangan la ada orang suka nak talipon aku di kala ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan