Isnin, 8 Februari 2010

Aku ni memang mudah berubah

Hati manusia mudah berubah. Biasa dengar kan kata-kata ni?

Aku fikir-fikir. Adakah berubah ini kerana tidak tetap pendirian atau sememangnya manusia di'design'kan begitu?

Aku juga dikategori sebagai manusia yang mudah berubah. Berubah hati, perasaan. Cuma, penampilan dan rupa je yang tak berubah. Hehe.

Dan perubahan itu, tak makan masa yang lama. Sekejap sangat. Tanpa alasan yang kukuh. It just happened.

Contoh, daripada aku bersemangat untuk sambung belajar di tempat yang aku idamkan, tiba-tiba aku boleh rasa tawar hati. Mahu fikir kerja je. Cari duit. Fokus itu. Sehingga bangun pagi tadi, perasaan itu sungguh membelenggu. Tapi, ada satu detik masa dalam perjalanan ke tempat kerja, aku boleh ubah keputusan untuk bersemangat semula. Hanya dengan fikir silibus subjek yang bagus, aku terus berubah hati. Kejap gila, beb. Aku pun naik runsing dengan hati ni. Oh cik hati, jangan la asyik berubah-ubah cepat sangat, penat la nak layan.

Macam tu jugak la. Masa atas motor, aku tiba-tiba teringat zaman sekolah. Di Maahad Puteri dulu, setiap pagi akan dipasang rakaman bacaan al-Quran guna speaker kuat-kuat. Jadi, yang naik basikal, jalan kaki, semua boleh dengar dari jarak yang jauh dalam perjalanan menuntut ilmu setiap pagi. Syahdu je. Tambah dulu, masa guna bangunan lama. Sunyi dari jalan-jalan besar.

Tapi, sampai je tempat kerja. Apa aku buat? Cari siaran era.fm online. Memang tak guna betul. Oh, aku tulis entri ni terus rasa insaf. Ye, baik. Tukar channel.

Dalam pada aku tulis pasal berubah-ubah ni. Aku terkenangkan seorang sahabat lama. Aku mengharapkan die ubah hati untuk menjalinkan ukhwah semula seperti dahulu kala. Tu la orang cakap. Tangis di hati siapa tahu. Aku cuba tidak menjadikan isu ini mempengaruhi emosi aku dalam kebanyakan masa. Tapi, siapa tahu hati sering walang mengenangkan. Mana mungkin bergembira meraikan retaknya hubungan sedang kita tahu hukum memutuskan silaturrahim itu sendiri.

Terbaca status Fb sorang junior ni. Insaf bertambah-tambah.

"tiKa waJaH peNaT mmiKirKn DUNIA.. MaKA beRwUduKlh..tiKa tngan Ini leTih meNggaPai citA2.. maKa bErDoaLh..tIka baHu tIdaK kUaSa meMikul amAnah ,maKa bersUjudlH"

Ok, sudahlah. Ada miting@perbincangan lepas ni.

Wassalam.

Tiada ulasan: