Isnin, 31 Mei 2010

Aku yang kejam terhadap diri sendiri

Aku nak kata tension sat boleh dak?

Kenapa master aku ni tak gerak-gerak lagi? Arghh...tertekan....

Kenapa ko ni lambat sangat?

Hinsh..hinsh..

OK..ok..sambung la balik buat keje....

Sabtu, 29 Mei 2010

Shopping therapy

I always said that shopping is a therapy for a girl like me.

But, why I do feel sleepy and yawning every time I spend more than 30 minutes in each store?

Maybe next time, I got to have some service from the saloon. Like always!

Got to go! Monday is coming soon. Gosh!

Wassalam..

Jumaat, 28 Mei 2010

Pasal fesbuk

Pasal fesbuk...

Aku nak tergelak tengok orang suka letak gambar senget-senget muka sikit. Lepas tu, buat mata, besar-besar stail jeling-jeling tu.. Aduh, tolong la....

Aku nak tergelak bila sepupu aku suka update kat wall paper pasal jiran dia yang suka pinjam barang rumah n suka minta tolong. Asal nampak je kat luar rumah, ada je nak request, + pinjam blender tiap-tiap hari.

Aku suka tengok update gambar-gambar anak-anak buah dalam fesbuk...

Aku menyampah dengan invitation2 masuk group. KAMI BENCI BUKA AURAT la, KAMI BENCI SI PULAN la, KAMI itu la, KAMI ini la. Agak annoy.

Aku nak tergelak tiap-tiap hari baca update sepupu aku yang teringin sangat nak awek...Haha. Semua application pasal cintan cintun ni semua dia main. Cth: Di manakah anda akan jumpa awek anda la, macam-macam lagi.

Aku rasa pelik kenapa orang suka ambil gambar melompat. Sunguh hairan. Tambah-tambah orang lelaki. Kenapa, ha?

Aku perasan, kalau orang tua-tua letak profile pic, gambar yang sama taruk dalam resume..Haha

Aku nyampah, orang yang gaduh ngan laki pun nak tulis kat wall paper..

Aku rasa agak annoy bile orang suka tag gambar secara random, lepas tu beramai-ramai komen. Penuh inbox, ok. By the way, kenapa ko nak tag aku kat gambar yang tak ada kaitan ngan aku tu? Ada sedikit tak faham di situ.

Aku agak pelik kenapa ramai junior yang tak pernah kenal, add aku dalam fesbuk.. Mana depa kenal aku? Aku rasa aku tak ramah tamah sangat ngan junior dulu.

Benci gila ada yang suka tinggalkan pesan application apa tah. Yang stail ada tulis, "Send me back". Ya Allah, annoy gile...

Aku nak tergelak kalau baca status tuju kepada si dia, tapi status single ni. Benornya nak tuju kasi org tu baca..Kisah dalam hati ada taman, tapi tau mau ngaku.. gagagaga....

Aku rasa kalau boleh nak pangkah je kengkawan yang suka upload gambar buat mulut terjuih tu. Ala-ala kiss gitu. Aku tak tau apa pendapat tuan punya gambar itu. Apakah mereka berasa sungguh kiut bergambar sedemikian?

Banyak nyer aku komen pasal gelagat orang dalam fesbuk. Hihi..

Sekian untuk hari ini.

Wassalam..








Khamis, 27 Mei 2010

Tahu cara nak tukar IP server?

Pagi tadi aku blur-blur. Merangka-rangka nak hantar borang apply master secara official. Namun, malang sekali aku terima panggilan jam 9 pagi itu.

" Aliah, tukar IP server supaya boleh akses di KL sebelum jam 2 petang," Begitu ringkas arahan itu. Dengar macam mudah.

Bukan mudah ye kengkawan...Bukan semudah tukar IP, kasi automatic bile dari dial-up nak ke wireless itu.. Bukan...Tambah lagi bile engko guna LINUX. Tambah lagi bile, ko bukan budak networking tau segala benda, seolah-olah ilmu itu di hujung jari anda.

Hasilnya, satu lab tengok aku terlari sana-sini. Pasal server tingkat atas, jauh gile, bila mana aku silap buat beberapa configuration dari laptop sendiri. Ada la dekat 5 kali aku marathon repair di server. Hal-hal server linux ni, kita boleh remote dari laptop sendiri. Tau kan? Namun, malangnya lagi. Aku tak berjaya selesaikan arahan itu, setelah dekat 5 jam berusaha dengan segala daya.

Memburukkan masalah aku, bila mana semua staff network USM cuti hari ni. Oh, ini sebuah ujian yang berat.

Kalau aku kena mambu Isnin depan pun, aku pasrah sahaja. Pasal aku dah cuba paling terbaik. Itu aku sangat yakin dan pasti. Aku akan tadahkan sahaja telinga dengarkan leteran-leteran lagi.

Ah, tak kira. Sebagai balasan, lepas ni aku kena makan chicken chop. Tak kire....

Demikian lah sudah, kisah aku bekerja untuk hari ini.

Aku da tak berdaya lagi. Sekian...

Wassalam.

Selasa, 25 Mei 2010

Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap kata-kata

Kita akan dipertanggungjawabkan dengan kata-kata kita.

Hari ni ada la beberapa kejadian berlaku di makmal.

Antaranya, aku tergeram pasal aku kena buat keje orang. Menggerutu gak la hati nak buat keje tu, sebelum perasaan ikhlas tu tiba-tiba wujud bila kerja dah nak siap. Aku berusaha gak la mula-mula tu, pujuk hati, mungkin orang tu ada masalah peribadi, sampai kerja tak boleh siapkan. Dah nama pun kerja, macam-macam kejadian la akan jumpa.

Tapi, aku terkesan akan suatu kejadian ni. Kejadian yang menjadi sempena entri ini ditulis.
Hari tu, ada sorang ni kena marah dengan supervisor kami, sampai nangis-nangis. Lalu, seorang pemerhati memberi komen,

"Orang yang pandai mana pun, kalau EQ tak tinggi, tak guna. Emosi kena pandai kontrol,"

Tak lama selepas tu, si pemerhati tu pula berada di tempat orang tadi.

Nak dijadikan cerita, beliau terus merajuk dan tak datang kerja tanpa notis. Henpon semua katup.

Jadinya, diam itu lebih baik. Aku terinsaf banyak akan kejadian-kejadian hari ini. Satu jari kita tunjuk kat orang, 4 jari patah balik tuding pada kita.

Aku agak terinsaf pasal aku ni becok mulut sikit. Eh, bukan sikit..banyak......Semua benda nak komen. Jadinya, lepas ni nak komen tu, lebih-lebih lagi nak komen pasal orang lain, tapis-tapis la dulu yek...

Bak kata Leo Tolstoy: Tuhan tahu, tapi menunggu. [aku tiru dari buku Sang Pemimpi]

Isnin, 24 Mei 2010

Siapa rajin?

Aku rasa nak update blog la hari ni.

Aku ada terbaca dalam satu jurnal ni. Dia kata, ada compound dalam kunyit boleh membantu menyahkan kesan oxidative damage.

Oxidative damage tu mende?

Bila kita potong 2 buah epal. Satu bahagian kita rendam, tak pun lumur dengan lemon ke. Belahan epal tu tak jadi hitam pasal tak berlaku oksidasi.

Satu bahagian lagi pulak, kita biarkan terdedah... Lama-lama epal tu jadi hitam kan? Hitam tu la yang kita namakan sebagai oxidative damage.

Jadinya, masa aku sembang-sembang fakta-fakta tu dengan kakak hosmet aku, dia kata,

"Apa kata Aliah buat eksperimen tu?"

Masalahnya, aku malas nak buat. Ada siapa-siapa yang rajin tolong buatkan? Hehe...

Rabu, 19 Mei 2010

sesekali rindu 13-13,( physically ye )...

Sesekali aku kerinduan...

Time sibuk mengemas..Perempuan ni, banyak sungguh harta renet2 dia..hihi

Sesudah kemasan terakhir...menanti hari-hari akhir di sana...

Aku rindu akan bilik di 13-13 itu...rindu itu sesekali menjengah tiba...


Selasa, 18 Mei 2010

malas nak taruk tajuk, boleh?

Salam Selasa,

Bersiaran kita dari perpustakaan. Untuk 2 bulan ni, sunyi la kampus. Library pun sunyi jugak..Sob..sob... (apakah? hahaha.). Pasal student undergrad dah mula cuti semester.

Kebaikan senyum. Selain daripada sedekah termurah@termudah, ia juga membantu si pemberi senyuman itu dalam banyak cara. Terutamanya, dalam mengelakkan kena tahan guard depan pintu masuk perpustakaan (pas kebenaran akutak renew lagi). Juga untuk kena elak dimarahi oleh orang-orang dalam makmal (kebanyakan masa tak berkesan).

Faedahnya lagi senyum, kita tak perlu nak habiskan banyak masa yang lama untuk mewujudkan perasaan mesra dengan teman sekerja. Cukuplah dengan senyuman. Ye la kan, kerja banyak, macam-macam nak kena baca, takkan nak sembang berjam-jam. Begitu juga dengan jiran keliling. Tambah lagi, aku tinggal di kawasan penuh dengan mamu-mamu ni. Agak tak berapa biasa dengan cara makcik-maklong kat sini. Senang cerita, senyum je la. Bala jangan dicari. tapi, aku juga ada beberapa bala yang menemui ku akibat senyum ni. Bala yang kena tanggung hampir 2 tahun gak la. Aiseh. kalau rajin, aku tulis la dalam entri di masa akan datang.

Setelah kesunyian agak hampir 2 minggu, kakak serumah aku dah balik. Dia sakit. Sakit apa tak perlu dinyatakan di sini. hari-hari yang berlalu, terisi semula. Sekurang-kurangnya boleh la nak masak nasi 2 pot.

Ha, perasan tak sekarang ni. Kalau pergi sekolah menengah tengok budak tingkatan 5, rupa dah macam orang bekerja. Kalau jumpa kat jalan biasa, memang tak dapat nak detect budak sekolah ah. Dengan make-up. Dengan pakaian. Bagus gak. Membuatkan kami yang veteren ni nampak muda la.. Hehe..

Aku tak ada idea sangat nak menaip ni sebenarnya. Sokmo tak ada idea. Melihatkan bilangan entri bulanan makin merosot, gatalkan tangan menambah barang sedas dua di sini sementara menanti azan Zohor. Eh, dah azan dah pun. Beransur dulu.

Wassalam.

Jumaat, 14 Mei 2010

Cuti 2 hari

Assalamualaikum,

Semangat nak update ni, boleh dilabel sebagai yazid wa yangkus..ada turun dan naik. Kalau datang rajin tu, rasa nak tulis sehari 2-3 entri. Bila malas tu, malas sungguh la. Ada best juga blog ni, kira diari sorang-sorang. Ada pernah sekali tu, aku nak trace suatu aktiviti tu, aku refer balik blog sendiri untuk pastikan tarikh kejadian berlaku.

Minggu ni, aku cuti 2 hari dan dihabiskan di rumah kakak, kat Tanjung Bidara, Melaka. Malam semalam, pasal aku takut kena tinggal sorang-sorang di rumah, pasal kakak aku OT, aku pun ikut dia pergi hospital untuk shift malam. Hoah...Tak semena-mena dalam kawasan kem nak ke hospital tu, aku terbau bauan yang wangi. Ngeri, kawan...ngeri...Namun, kakak ku tetap kool meneruskan pemanduan, sedang aku melilau mencari penjelasan saintifik akan maksud wangi itu.

Oh, itu picisan sahaja.. Ada adegan yang lebih best berlaku semalam. Sedang aku tunggu keputusan air kencing, aku menunggu di ruang menunggu sambil konon-konon membaca jurnal. Namun, malangnya, aku gagal sekali melawan bisikan syaitan menggoda aku untuk membuai mimpi. Sudahnya, aku tertidur di kerusi sambil tersengguk-sengguk.

Oh, panjang pula intro nak sampai ke satu soalan oleh makcik-yang-aku-tak-kenal-siapa yang menyapa aku, sebaik aku terjaga dari lena,

"Ait, datang sini, tak pergi sekolah ke?"

"Tak ada la mak cik, saya dah lama tak sekolah. Dah habis," Jawab aku dalam mamai tak ilang.

"Oo..Kira dok kat rumah tak keje la ni? Sambung mak cik itu lagi.

Err.... Mungkin aku kira aku pakai selekeh sangat kot. Dengan kemeja kotak-kotak, seluar lusuh, tudung herot-herot macam nak pergi pasar..

"Tak, mak cik...saya sambung belajar,"

"Ooo..SPM dulu dapat berapa? tanya mak cik tu lagi.

" Err.... ada la beberapa A," [sambil cuba bilang-bilang balik subjek yang A, terfikir, aku ambik SPM 6 tahun lepas kot]

"OO..lepas SPM la? Kira nak buat medical check-up untuk diploma la?"

Nampaknya mak cik itu bersungguh-sungguh tetap nak kata aku ni muka lepasan SPM...Hahahaha.....

Oh ya, ada kawan aku ni nak exam... Musim exam kan...

Nasihat aku, kalau badan dah rasa malas tu, pergi lah berehat.. Ambil angin.. Selalu-selalu la reward pada diri untuk setiap pekerjaan. Manjakan diri kata orang..

Ok lah, rileks beb. Wassalam.

Selasa, 11 Mei 2010

saya geram

Nak share la sikit. Sambil-sambil baca bab dementia. Nak tau dementia tu apa? Itu adalah sejenis kejadian bila ada bahagian-bahagian otak yang rosak akibat penyakit-penyakit lain atau mana-mana infection. Penyakit-penyakit lain tu termasuk lah Alzheimer, Parkinson, eksiden pun boleh bawa ke dementia. Kesan-kesan dementia? Ni part yang tak best ni... Efek die, proses pembelajaran, decision-making, bahasa dan memori, lumpuh pun boleh jadi. Huh, susah sungguh nak translate dalam BM.

Tapi, bile korang ada masalah buat keputusan, stress, gelong, tak ketahuan punca, terlupa jalan nak p KLCC, terlupa kunci dalam rumah, janganlah korang terus suspek dah terkena dementia. Tu, sebab jiwa tak tenteram la tu. Haha. Tak cukup tidur ke...Tak cukup makan ke...Terlebih sedut asap rokok ke... Ops,jangan marah. Ni, ntah betul atau tak perjelasan ni. Kalau salah tolong betulkan..Saya budak baru belajar..

Ha, ada satu cerita Korea ni pasal dementia. Tapi ni, dementia punca pasal apa aku tak pasti sangat. Pasal, aku tengok cerita ni tak fokus sangat aspek sains dia. Dok sedih-sedih je tengok cerita ni. Sekali lagi tengok cerita ni nanti, aku nak check tengok apa tah punca dementia dia.

Ni je poster yang aku jumpa ada tulis tajuk dalam omputeh..

Ok la..Sempena dok dengar lagu lama... Terima lah..Ah, sebenarnya nak taruk lagu ni adalah niat utama..Tertambah sikit perkongsian lak kat atas..

Tapi, tak jumpa lak code embedded die. Haih, tak pe la. ada hal buat hati aku tersiat je nak marah ni. Pasal kerja..Saje je la...spoil mood..ok

Wassalam..

Ahad, 9 Mei 2010

Masa itu berlalu pergi...

Salam.

Cepatnya masa berlalu. Dah hari Ahad. Berdebar rasa bila memikior masa yang berjalan pantas ni. pecut 100m dah. Bukan lari-lari setempat dah lagi.

Sedar-sedar dah umur 23. Sedar sikit lagi, dah nak puasa. Sikit lagi, umur bertambah setahun lagi. Haih...berdebor le teman...

Semalam aku perabis masa tonton cerita Adamaya. Sejak cerita Wadi Unung, ini adalah cerita Melayu ke 2 yang aku agak obses la.

Komen: sweet la si Adam itu. Hati kena ikhlas. Pakej lengkap dah. Rasional. Watak yang sedang-sedang sahaja sempurna. Ok lah.

Dari tengah hari sampai ke petang, sampai ke malam. Petang tu berenti kejap merewang tapi, tak berani masuk Queensbay mengenangkan duit dalam poket ada kurang RM20. Kalau aku ambik je duit dari bank, sah la macam air je duit tu terbelanja.

Cumanya, aku teringin nak main layang-layang kat luar Queensbay tu. Tepi laut. Eh, laut ke Selat Melaka, ha? Entah. Tapi, mana ada orang nak temankan. Ditambah lagi, kengkawan ku yang lain kata menda itu terlalu sweet untuk dimainkan dengan sesama jantina. Oh, kamon... Nak ajak kakak serumah, orang dah kawen la katakan, mana la nak layan hal-hal budak-budak ni. Macam ni la nasib aku kat sini. Sensorang....Alahai, sedih lak bunyi nya.

Sempena aku dah berfoya-foya semalam, maka hari ni, hari Ahad aku dah kembali ke makmal. Kononnya nak serius study la. Tapi, gatal nak menaip dalam blog dulu. Haih la, anda ni Adliah. Bukan apa, aku serius tak ada kawan ni.

Dulu kat KL, tak ada hosmet, aku merewang ke rumah Syud, dan kengkawan area PJ. Tak pun, Seremban dokek je. Sini, kalau dah dekat 7 tu, bergegas balik rumah. Seram la pulak nak balik lewat-lewat ni.

Punya la banyak tempat kat Penang ni, ada la beberapa tempat yang dah jejak. tapi, yang paling selalu tu, tesco extra dekat pintu USM sungai dua. Apa barang setakat tesco extra? Alahai.... Tu tak terkira la berapa lama masa rancang nak pergi, sebab selalu tersilap jalan. Padahal, dekat je.

Haih la, macam ni la aku. Tajuk master pun dah tukar. Tak buat pasal bakteria dah..Lega lah sikit. Buat pasal dementia la pulak. Kena mula balik dari sifar. Bagus la jugak. pasal aku ni kuat pelupa. Seronot juga belajar pasal kelupaan sendiri. Kot-kot terkena simptom.

Ok la. Macam panjang je repekan dan melalut kali ni. Dah datang makmal, jangan la buang masa kan? Jom la study. Siapa-siapa yang dah bercuti semester, selamat la bercuti. Bagi yang dah bekerja, selamat la bekerja untuk esok hari.

Sekian,

Wassalam.

Sabtu, 8 Mei 2010

Nikmat ini

Langit tak sentiasa cerah,
Pasti ada gelapnya,
Namun, yang lebih pasti,
Langit yang gelap, lambat laun akan cerah jua

Putaran kehidupan,
Kita tak akan sentiasa di atas,
Tapi, bukan selamanya kita di bawah.

Tuhan itu Maha Adil,
Tuhan itu Maha Mendengar,
Tuhan itu Maha Penyayang,
Tanpa kasih-sayangNya siapa lah kita.

Terima kasih Allah untuk nikmat ini.

Tuhan sentiasa tak pernah putus asa beri kehidupan buat hamba yang bergelumang dosa. Tapi, hamba selalu putus asa bila hajat tak tercapai dengan sekali doa.

Jumaat, 7 Mei 2010

Kau buat ku tersenyum

Senyum

Siapa yang menabur senyum
Dialah yang akan menuai cinta

Senyumlah...

Ia bisa menutup hiba
Mengurang getar
Menawan sukma..

Hehe.. Sempena hari Jumaat yang indah....

Opss..tapi ni senyum yang tak berapa nak senyum.

seandainya

Selamat pagi Jumaat.

Assalamualaikum,

Intro dah macam ceria. Hehe. Tak ada apa-apa yang istimewa. Aku pun tak faham kenapa pagi-pagi buta ni (sekarang 5.30 pagi) aku buat aktiviti buka fesbuk dan teringin update blog. Org n9 kata, apa kejadahnya, pun aku tak tau.

Sebenarnya, pukul 7 nanti aku kena terpacak di makmal pasal nak pergi meeting di Perak, pasal takut kena marah lagi, aku sampai tidur pun tak lena. Risau terlajak.

Aku sebenarnya ada krisis identiti sikit akhir-akhir ni. Percayalah, aku jadi orang yang tak ada konfiden, ada juga jadi kelam kabut. Jadi, kawan-kawan, maaf lah jika ada yang kena tempiasnya.

Banyak pelajaran moral yang aku dapat akhir-akhir ni.

Pelajaran moral No 1- Jangan guna saluran orang tengah. Sama ada kamu itu jadi orang tengah, atau kamu adalah pihak ketiga. Pengalaman mengajar kamu selalu jadi mangsa.

Pelajaran moral no 2 - Bila ada krisis identiti, baik duduk diam-diam dari menyusahkan kawan-kawan nak faham perangai tak ketahuan hala kamu. Putuskan hubungan dengan dunia luar seketika sehingga kamu sembuh.

Senarai ni akan bertambah kot hari-hari hadapan. Nak buat macam buku feveret aku. Bezanya, dia buat senarai penyakit gila.

Pada kawan-kawan yang baca blog ini, aku nak minta maaf pada anda semua. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ni, minta maaf bukan ada sempena-sempena. Cuma aku tahu, aku ada buat banyak salah kat orang. I'm looking forward to personally ask the apology with certain people. But, to be mentioned, I'm really sorry for anything wrong that I intend to do or vice versa. Yang nampak atau tidak.

Banyak dugaan-dugaan kecil yang aku lalui akhir-akhir ni. Aku tak dapat tidak menolak setiapnya ada hikmah. Nak menilai hikmah-hikmahnya, Allah bagi kita akal, kan?


Mati bukan perkara main-main. Namun, setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati. Aku mahu pengakhiran yang baik.

Ketaq kan bila fikir pasal mati?

Selamat hari Jumaat.

Wassalam.

Selasa, 4 Mei 2010

.....

Hari ini dalam sejarah. 4.5.10

Kena marah dengan supervisor. Memang salah sendiri pun. No offense.
--------------------------------------------
Aku cuba kata yang aku tak stress. Tipu. Sampai makan pun dah tak lalu. Hulur chicken chop pun tak luak. Tak stress namanya tu?

Aku rasa useless. Aku rasa aku banyak main-main. Aku rasa aku lupa matlamat dan sebab apa aku di sini. Aku rasa aku dah tak ketahuan punca. Aku seakan tak tahu apa yang aku nak dan kejarkan.

Aku rasa sungguh berseorangan. Ah, kau lupa ke Aliah, Allah tu sentiasa ada. Di mana pun kau berada. (al-hadid: 4)

Dalam kau baru mula rasa tertekannya ni, kau jumpa kan kejap tadi ayat dalam surah ar-ra'd. Bersabar dalam mendapat redha Allah.

Aku tau apa yang ditulis ni tak ada faedah buat siapa-siapa yang baca.

Aku sekadar nak menaip sesuatu. Untuk memujuk diri sendiri.

Semua yang berlaku tu salah sendiri kan? Bukan orang lain. Tak ada apa-apa pun. Cuma, kau yang harus berubah. Kau yang harus lebih rajin. Kau yang harus lebih teratur. Kau pun banyak lalai kan? Hah, ni la masa untuk kau berubah. Kau kena lebih tekun lagi...

Ok la. Nak sambung pekerjaan yang tertangguh.

OK..betul..aku sedih hari ni. Sekian.

Wassalam.

Sabtu, 1 Mei 2010

Kegiatan hari Sabtu

Salam Sabtu,

Aku baru perasan yang hari ni cuti umum. Hari Pekerja. Cuti atau tidak sekarang tiada punya erti lagi. Cuti itu adalah jika aku isi borang cuti.

Penat. Angkat barang-barang pindah rumah. Baru perasan ada 3 beg besar + kotak. Woah! itu baru 2 bulan. Malam nanti operasi kemas rumah pulak. Sakit tulang belakang menjadi-jadi. Masanya untuk buat medical check-up.

Lokasi rumah baru: Taman Tun Sardon. Ada masjid, pasar segar, tempat makan-makan, kedai runcit, semua menghadap rumah. Memang terbaek!

Sekarang: Dalam lab. Ingat nak kemas bilik server yang aku huru-harakan tempoh hari. Namun, gagal. Sakit tulang belakang. Kena tunggu hero-hero tiba jam 11.

Ah, sakit itu. Serba tak kena. Mahu duduk sakit, baring pun sakit. Memejam mata, konon menikmati resapan kesakitan itu. Ye, baik.

Hero-hero sudah mahu tiba. MaĆ²ana'.

Wassalam.