Kita akan dipertanggungjawabkan dengan kata-kata kita.
Hari ni ada la beberapa kejadian berlaku di makmal.
Antaranya, aku tergeram pasal aku kena buat keje orang. Menggerutu gak la hati nak buat keje tu, sebelum perasaan ikhlas tu tiba-tiba wujud bila kerja dah nak siap. Aku berusaha gak la mula-mula tu, pujuk hati, mungkin orang tu ada masalah peribadi, sampai kerja tak boleh siapkan. Dah nama pun kerja, macam-macam kejadian la akan jumpa.
Tapi, aku terkesan akan suatu kejadian ni. Kejadian yang menjadi sempena entri ini ditulis.
Hari tu, ada sorang ni kena marah dengan supervisor kami, sampai nangis-nangis. Lalu, seorang pemerhati memberi komen,
"Orang yang pandai mana pun, kalau EQ tak tinggi, tak guna. Emosi kena pandai kontrol,"
Tak lama selepas tu, si pemerhati tu pula berada di tempat orang tadi.
Nak dijadikan cerita, beliau terus merajuk dan tak datang kerja tanpa notis. Henpon semua katup.
Jadinya, diam itu lebih baik. Aku terinsaf banyak akan kejadian-kejadian hari ini. Satu jari kita tunjuk kat orang, 4 jari patah balik tuding pada kita.
Aku agak terinsaf pasal aku ni becok mulut sikit. Eh, bukan sikit..banyak......Semua benda nak komen. Jadinya, lepas ni nak komen tu, lebih-lebih lagi nak komen pasal orang lain, tapis-tapis la dulu yek...
Bak kata Leo Tolstoy: Tuhan tahu, tapi menunggu. [aku tiru dari buku Sang Pemimpi]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan