Ahad, 9 Mei 2010

Masa itu berlalu pergi...

Salam.

Cepatnya masa berlalu. Dah hari Ahad. Berdebar rasa bila memikior masa yang berjalan pantas ni. pecut 100m dah. Bukan lari-lari setempat dah lagi.

Sedar-sedar dah umur 23. Sedar sikit lagi, dah nak puasa. Sikit lagi, umur bertambah setahun lagi. Haih...berdebor le teman...

Semalam aku perabis masa tonton cerita Adamaya. Sejak cerita Wadi Unung, ini adalah cerita Melayu ke 2 yang aku agak obses la.

Komen: sweet la si Adam itu. Hati kena ikhlas. Pakej lengkap dah. Rasional. Watak yang sedang-sedang sahaja sempurna. Ok lah.

Dari tengah hari sampai ke petang, sampai ke malam. Petang tu berenti kejap merewang tapi, tak berani masuk Queensbay mengenangkan duit dalam poket ada kurang RM20. Kalau aku ambik je duit dari bank, sah la macam air je duit tu terbelanja.

Cumanya, aku teringin nak main layang-layang kat luar Queensbay tu. Tepi laut. Eh, laut ke Selat Melaka, ha? Entah. Tapi, mana ada orang nak temankan. Ditambah lagi, kengkawan ku yang lain kata menda itu terlalu sweet untuk dimainkan dengan sesama jantina. Oh, kamon... Nak ajak kakak serumah, orang dah kawen la katakan, mana la nak layan hal-hal budak-budak ni. Macam ni la nasib aku kat sini. Sensorang....Alahai, sedih lak bunyi nya.

Sempena aku dah berfoya-foya semalam, maka hari ni, hari Ahad aku dah kembali ke makmal. Kononnya nak serius study la. Tapi, gatal nak menaip dalam blog dulu. Haih la, anda ni Adliah. Bukan apa, aku serius tak ada kawan ni.

Dulu kat KL, tak ada hosmet, aku merewang ke rumah Syud, dan kengkawan area PJ. Tak pun, Seremban dokek je. Sini, kalau dah dekat 7 tu, bergegas balik rumah. Seram la pulak nak balik lewat-lewat ni.

Punya la banyak tempat kat Penang ni, ada la beberapa tempat yang dah jejak. tapi, yang paling selalu tu, tesco extra dekat pintu USM sungai dua. Apa barang setakat tesco extra? Alahai.... Tu tak terkira la berapa lama masa rancang nak pergi, sebab selalu tersilap jalan. Padahal, dekat je.

Haih la, macam ni la aku. Tajuk master pun dah tukar. Tak buat pasal bakteria dah..Lega lah sikit. Buat pasal dementia la pulak. Kena mula balik dari sifar. Bagus la jugak. pasal aku ni kuat pelupa. Seronot juga belajar pasal kelupaan sendiri. Kot-kot terkena simptom.

Ok la. Macam panjang je repekan dan melalut kali ni. Dah datang makmal, jangan la buang masa kan? Jom la study. Siapa-siapa yang dah bercuti semester, selamat la bercuti. Bagi yang dah bekerja, selamat la bekerja untuk esok hari.

Sekian,

Wassalam.

4 ulasan:

ladygirl berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
awanis berkata...

wah men layang2..wa pn kdg2 layan gk men layang2 ngn anak2 sepupu..huhu..trOs feel young~ eheh..moh pulang ke KL cari spot men layang2.. ;D

SaMihaH berkata...

slamat belajar dan bekrja! =)

menarik tajuk master tuh.. nnti boleh la kongsi2 kan ilmu tu ye!

... berkata...

awanis: mana port best itu..kalau ada pun, mana nak cari layang-layang.lgpun hang reti ke buat, mcm describe dalam karangan zaman sekolah..haha..

Miha: ucapan selamat kerja dan belajar tu, cukup lengkap untuk saya. nanti dah habis review saya buat satu entri....kot. haha