Jumaat, 28 Mei 2010

Pasal fesbuk

Pasal fesbuk...

Aku nak tergelak tengok orang suka letak gambar senget-senget muka sikit. Lepas tu, buat mata, besar-besar stail jeling-jeling tu.. Aduh, tolong la....

Aku nak tergelak bila sepupu aku suka update kat wall paper pasal jiran dia yang suka pinjam barang rumah n suka minta tolong. Asal nampak je kat luar rumah, ada je nak request, + pinjam blender tiap-tiap hari.

Aku suka tengok update gambar-gambar anak-anak buah dalam fesbuk...

Aku menyampah dengan invitation2 masuk group. KAMI BENCI BUKA AURAT la, KAMI BENCI SI PULAN la, KAMI itu la, KAMI ini la. Agak annoy.

Aku nak tergelak tiap-tiap hari baca update sepupu aku yang teringin sangat nak awek...Haha. Semua application pasal cintan cintun ni semua dia main. Cth: Di manakah anda akan jumpa awek anda la, macam-macam lagi.

Aku rasa pelik kenapa orang suka ambil gambar melompat. Sunguh hairan. Tambah-tambah orang lelaki. Kenapa, ha?

Aku perasan, kalau orang tua-tua letak profile pic, gambar yang sama taruk dalam resume..Haha

Aku nyampah, orang yang gaduh ngan laki pun nak tulis kat wall paper..

Aku rasa agak annoy bile orang suka tag gambar secara random, lepas tu beramai-ramai komen. Penuh inbox, ok. By the way, kenapa ko nak tag aku kat gambar yang tak ada kaitan ngan aku tu? Ada sedikit tak faham di situ.

Aku agak pelik kenapa ramai junior yang tak pernah kenal, add aku dalam fesbuk.. Mana depa kenal aku? Aku rasa aku tak ramah tamah sangat ngan junior dulu.

Benci gila ada yang suka tinggalkan pesan application apa tah. Yang stail ada tulis, "Send me back". Ya Allah, annoy gile...

Aku nak tergelak kalau baca status tuju kepada si dia, tapi status single ni. Benornya nak tuju kasi org tu baca..Kisah dalam hati ada taman, tapi tau mau ngaku.. gagagaga....

Aku rasa kalau boleh nak pangkah je kengkawan yang suka upload gambar buat mulut terjuih tu. Ala-ala kiss gitu. Aku tak tau apa pendapat tuan punya gambar itu. Apakah mereka berasa sungguh kiut bergambar sedemikian?

Banyak nyer aku komen pasal gelagat orang dalam fesbuk. Hihi..

Sekian untuk hari ini.

Wassalam..








Tiada ulasan: