Pagi tadi aku blur-blur. Merangka-rangka nak hantar borang apply master secara official. Namun, malang sekali aku terima panggilan jam 9 pagi itu.
" Aliah, tukar IP server supaya boleh akses di KL sebelum jam 2 petang," Begitu ringkas arahan itu. Dengar macam mudah.
Bukan mudah ye kengkawan...Bukan semudah tukar IP, kasi automatic bile dari dial-up nak ke wireless itu.. Bukan...Tambah lagi bile engko guna LINUX. Tambah lagi bile, ko bukan budak networking tau segala benda, seolah-olah ilmu itu di hujung jari anda.
Hasilnya, satu lab tengok aku terlari sana-sini. Pasal server tingkat atas, jauh gile, bila mana aku silap buat beberapa configuration dari laptop sendiri. Ada la dekat 5 kali aku marathon repair di server. Hal-hal server linux ni, kita boleh remote dari laptop sendiri. Tau kan? Namun, malangnya lagi. Aku tak berjaya selesaikan arahan itu, setelah dekat 5 jam berusaha dengan segala daya.
Memburukkan masalah aku, bila mana semua staff network USM cuti hari ni. Oh, ini sebuah ujian yang berat.
Kalau aku kena mambu Isnin depan pun, aku pasrah sahaja. Pasal aku dah cuba paling terbaik. Itu aku sangat yakin dan pasti. Aku akan tadahkan sahaja telinga dengarkan leteran-leteran lagi.
Ah, tak kira. Sebagai balasan, lepas ni aku kena makan chicken chop. Tak kire....
Demikian lah sudah, kisah aku bekerja untuk hari ini.
Aku da tak berdaya lagi. Sekian...
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan