Semangat nak update ni, boleh dilabel sebagai yazid wa yangkus..ada turun dan naik. Kalau datang rajin tu, rasa nak tulis sehari 2-3 entri. Bila malas tu, malas sungguh la. Ada best juga blog ni, kira diari sorang-sorang. Ada pernah sekali tu, aku nak trace suatu aktiviti tu, aku refer balik blog sendiri untuk pastikan tarikh kejadian berlaku.
Minggu ni, aku cuti 2 hari dan dihabiskan di rumah kakak, kat Tanjung Bidara, Melaka. Malam semalam, pasal aku takut kena tinggal sorang-sorang di rumah, pasal kakak aku OT, aku pun ikut dia pergi hospital untuk shift malam. Hoah...Tak semena-mena dalam kawasan kem nak ke hospital tu, aku terbau bauan yang wangi. Ngeri, kawan...ngeri...Namun, kakak ku tetap kool meneruskan pemanduan, sedang aku melilau mencari penjelasan saintifik akan maksud wangi itu.
Oh, itu picisan sahaja.. Ada adegan yang lebih best berlaku semalam. Sedang aku tunggu keputusan air kencing, aku menunggu di ruang menunggu sambil konon-konon membaca jurnal. Namun, malangnya, aku gagal sekali melawan bisikan syaitan menggoda aku untuk membuai mimpi. Sudahnya, aku tertidur di kerusi sambil tersengguk-sengguk.
Oh, panjang pula intro nak sampai ke satu soalan oleh makcik-yang-aku-tak-kenal-siapa yang menyapa aku, sebaik aku terjaga dari lena,
"Ait, datang sini, tak pergi sekolah ke?"
"Tak ada la mak cik, saya dah lama tak sekolah. Dah habis," Jawab aku dalam mamai tak ilang.
"Oo..Kira dok kat rumah tak keje la ni? Sambung mak cik itu lagi.
Err.... Mungkin aku kira aku pakai selekeh sangat kot. Dengan kemeja kotak-kotak, seluar lusuh, tudung herot-herot macam nak pergi pasar..
"Tak, mak cik...saya sambung belajar,"
"Ooo..SPM dulu dapat berapa? tanya mak cik tu lagi.
" Err.... ada la beberapa A," [sambil cuba bilang-bilang balik subjek yang A, terfikir, aku ambik SPM 6 tahun lepas kot]
"OO..lepas SPM la? Kira nak buat medical check-up untuk diploma la?"
Nampaknya mak cik itu bersungguh-sungguh tetap nak kata aku ni muka lepasan SPM...Hahahaha.....
Oh ya, ada kawan aku ni nak exam... Musim exam kan...
Nasihat aku, kalau badan dah rasa malas tu, pergi lah berehat.. Ambil angin.. Selalu-selalu la reward pada diri untuk setiap pekerjaan. Manjakan diri kata orang..
Ok lah, rileks beb. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan