Khamis, 29 Oktober 2009

PALM GARDEN |DAY 4|

Bismillah..Ehem2..

Tajuk entri macam nak tulis banyak...Ok, we'll see...

Malam terakhir di sini. Program pun dah habis.

Banyak benda yang baru dapat di sini. Sekali lagi aku rasa bersyukur kerana memilih untuk berhenti di Nepiege. Bukan kerja sana tak bagus, cume kita perlu cari sesuatu yang sesuai dengan jiwa.

Setinggi kesyukuran hanya layak pada Nya atas segala nikmat ini. Ada kawan kata flow hidup aku nampak 'smooth'. Aku selalu dapat apa yang aku nak. Sebenarnya, tak sesempurna mana. Hakikatnya, sekarang ni pun masih terumbang-ambing. [aku failed test kete 2 kali dulu, shhhh..diam2 je]


Photobucket

Photobucket

Ni gathering batch graduate Bioinformatik dari gen 3 hingga terkini. Dari kiri tu paling tua sampai ke kanan yang paling muda. Minah arab itu sila abaikan. Beliau menyibuk juge..Hihi

Tapi, aku yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya [pointer aku pun sejemput. cukup2 makan je]. Tapi, betul la. Sentiasa yakin akan rezeki Allah. Ada kt mana-mana.

Ada orang sibuk nak sambung belajar.Tapi, tangguhkan pasal nak berumahtangga. Part tu aku tak nak kata apa. Pasal, rezeki setiap orang berbeza-beza. Walau macam mana pun rezeki yang kita dapat, bersyukur lah. Dan juga, usaha itu penting. Lebih kita berusaha ke arahnya, kita akan menghargai dengan lebih lagi

Aku tulis ini untuk mengingatkan diri aku . Kerana, aku jarang bersyukur. Sering aku mengeluh dengan keadaan diri.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tadi, pergi CRYSTAL bincang pasal masa depan. Cewah... [nak apply master kt UK boleh?sapa nk sponsor aku,angkat tangan!]

Makanan untuk makan malam dah sampai. Chow!

Isnin, 26 Oktober 2009

BAHAGIA

Di Palm Garden Resort kini. Menjadi AJK. Ni kes nak masuk free punya pasal, sanggup jd AJK.

Mahal woo nak masuk. Lagipun, aku belum ada geran penyelidikan nak tanggung kos dia.

Penting untuk aku rembat semua peluang yang ada dalam tempoh terdekat ni. Supaya aku lebih terdedah dengan 'the real Bioinformatics'.

Kalau orang buat status relationship dalam facebook atau friendster, aku pun nak guna status tu utk ini..

Level of education: It's complicated..Hehe

Argh..itu bukan fokus utama entri kali ini. .

Sekali lagi, fokus itu....

Adalah...

MAKAN...

Hehe...

Aku teruja...

Makanan yang bersinar-sinar...di bawah sinaran lampu malap...

Sungguh menyelerakan...

sepinggan nasi dipenuhi lauk pauk enak
sepinggan sate penuh rempah
2 mangkuk salad [kenapa masa makan kenny roger punya salad ritu aku tak lalu sangat ha?]
2 mangkuk aiskrim
1 pinggan buah-buahan
beberapa potong tiramisu, kek cheese, brownies...

Ok, itu hanya yang mampu ku rembat tengah hari ini

Alhamdulillah. Thanx for the treat...[Kehkeh]

Rabu, 21 Oktober 2009

:6:

Solat Zohor lewat hari ni..

Lalu, g solat, surau pun dah nak kosong...

Tiba-tiba, ada seorang bayi dalam surau. Dengan kakak dia.Terkejut gila la kan. Pasal jarang gila ada pemandangan gitu. Rupa-rupanya emak dorang g treatment kat klinik gigi.

Kemudian datang beberapa kanak-kanak ni. Iran. Dalam 4-5 tahun umur. Mungkin anak student postgraduate.

Aku tanya kat budak Iran tu soalan bodoh.

"Is this your sister?,"

"Yes. We're brothers and sister in Islam,"

Aku terkedu.

Selasa, 20 Oktober 2009

:5:


'Update' blog sambil menonton berita jam 8.

Memaparkan pembukaan gelanggang skuash yang diberi nama Arena Nicol David. Sempena Nicol jadi juara dunia sejak 2005.
----------------------------------------------------------------------------------------------
'Upload' gambar-gambar lama dalam 'bukumuka'. Mendapat begitu banyak respon. Pergi 'open house' rumah sepupu pun kena tegur.. haha..
Kata Abg. Khairil,

" Aliah letak gambar lama eh, dlm facebook? Hensem la pak cik masa muda dulu,"

Hikhik..xleh bla...[sigh]
along kata mak cute
----------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam ganti kawan mengajar tusyen.
Timbul satu soalan..

Kenapa sifir hafal sampai 12 je ye? Kalau sifir 2, hafal takat 12X2=24 je. Kenapa ye?

Lega anak murid tak tanya soalan tu kt cekgu die semalam. kalau tak haru aku.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Terlibat dengan seminar Bioinfo di Putrajaya. Seluruh hari bekerja minggu depan tak pergi
pejabat. Yeay!
----------------------------------------------------------------------------------------------
Dengar-dengar semua mahasiswa masuk fasa periksa final. Selamat la ye. Semoga maju jaya. Bagi yang periksa bukan final pun, selamat la juga.
Dengan linda di lab Bioinfo
ni la tempat study zaman degree..buku tak banyak..ngadap laptop sude~
Apakah fokus dalam gambar ini sebenarnya?

p/s: Sibuk sampai bulan depan.Doakan semuanya lancar

Jumaat, 16 Oktober 2009

LUPA

Aku ada perangai pelik..

Beli barang..P bayar...Ambil duit baki..Lalu, tertinggal barang kat cashier..

Tapi, tak sangka la pulak hari ni. Its getting worse..

Minyak motor nak kering.. Nampak stesen Esso (biasa aku isi kat SHELL). P la singgah sat.. Dah bayar, aku simpan la handbag segala,kan.. Lalu, terus memecut..

Agak-agak apa yang aku lupa?

ARGHHH....AKU LUPA NAK ISI MINYAK!!!!! (Dah tiba masanya aku minum ENFRAGROW kot?)


p/s: Malam ni dok sorang lagi.. Mari merayap Mid Beli

Khamis, 15 Oktober 2009

Kanser oral

Entri kedua untuk hari ini

Mode serius (sebab tengah kerja)..

Membelek-belek (audit sebenarnya) pangkalan data pusat kajian kanser oral (OCRCC).~dah namanya aku bdk Bioinformatik. Dok sini sah-sah la uruskan hal berkenaan data.

Mendapati begitu banyak kes kematian akibat kanser mulut ini apabila pesakit tidak datang untuk rawatan lanjut.

Jangan buat main-main dengan kanser ni. Aku mendapati bahawa kesedaran betapa pentingnya kesihatan gigi ini di Malaysia sangatlah rendah.

Ada kes ni. Datang buat kali pertama, dan tidak hadir pula untuk 3 sesi temu janji selama 6 bulan. Lalu datang pada bulan ke 7. Dilaporkan meninggal dunia pada bulan ke 8.

~Tetiba rasa nak buat master bawah pergigian masyarakat..hehe..

Boleh layari laman web ini [sila klik]~untuk mengetahui simptom segala..

Aku tak letak gambar dr lab sebab tak dek copyright. Tak blh selamba bergaya je bawa keluar..

Ptn ni pakai lipstick..euww
Aku tak pernah tampal gigi~mcm mana rasa nye eh..eh, mintak simpang la

Sekian...

Nota: taruk entri ni pasal nak remind mana-mana reader belog ni, jangan lupa periksa gigi setiap 6 bulan. (Aku pesan ni sebab aku pun check gigi gak. insaf start thn 2.xsangka lak rezeki ada kt sini~)

POLIS


Mengharungi rutin-rutin hidup..

Suatu perkara yang memusykilkan aku.. Kenapa mesti ada polis trafik?

Kenapa?

Tak cukup ke lampu isyarat guna menjaga trafik awam?

Hari-hariku lalui jalan menghadapi kesesakan.

Tapi, sampai sekarang aku tak nampak rasional dan logiknya mereka di situ tatkala setiap arah kena tunggu hampir 20 minit untuk teruskan perjalanan setiap kali kena tahan.

Kenapa?

Geram tahu tak...

Rasa nak suruh je kete2 besar tu rempuh je diorang..

Gambar sekadar hiasan

p/s: Sedih lagi..laptop ku tak cukup power nak godek mende Allah secondlife itu...

Rabu, 14 Oktober 2009

pissed-off

I'm calming myself.

Have a 'short' miting just now with Prof Rosnah, Prof Raja , Dr Jennifer and 3 other RAs.

What can I say after three hours miting, we are wasting time discussing, when 'he' suddenly come with some ridiculous conclusion. Because of his laziness retrieve the data manually, y must keep blame people in the past who kick in the data?

Complaining as he is just the one who have overload work waiting to be done. Haiyak... Me also, maa..I am the OCRCC staff, and the same time to help on some task in CRYSTAL. Yet, have my own project grant to fight on. Multitask also, leh. Then, in the same time have to help on your project. Aiyoyo..Please lah. Don't get people around get mess because of you.

Work as a researcher gain a lot of sacrifice, patient, and work hard. Have to tell that also, huh?

-------------------------------------------------------------------

dah2. biru mata aku satg.

Aku tak marah benornya...Kalau ada peluang aku nak bebel pada orang yang berkenaan depan-depan...

Aku ada banyak kerja nak buat. Tapi, aku tengah malas. Ada ke patut..

Oh, insaf lah. Siapkan segera proposal mu itu.. Argh, di mana mood itu telah hilang.

Ku mencari2..

Selasa, 13 Oktober 2009

MAKAN

Aku menyedari,

Bahawa di tempat baru ini...

Aku mengunyah tidak henti-henti

Dah selesai makan tengah hari

Tiba-tiba..KRING..KRING..Ia berbunyi-bunyi..

"Pejabat dekan buat jamuan hari ini,"

"Department OM buat jamuan,"

"OCRCC ada jamuan minggu depan,"

Selepas itu..

JEHAN: "I went to JAYA ONE, I found this marvellous biscuit,"

HELEN: "Alia, do you want to try some?"

En.Rosni: " Alia, nak rasa ni? Bawa dari rumah,"

Maka, itulah kerja harian. Di samping membuat kerja-kerja rutin sebagai penyelidik. (Eh, I'm considered as scientist la kan?)

Baru aku faham proses bagaimana menggembangkan badan di ofis-ofis berlaku.Hehe...

Isnin, 12 Oktober 2009

-tak tahu nak kasi tajuk apa-

Hari ini merupakan hari yang memenatkan. Tapi, ada sesuatu yang aku dapat di samping beberapa event dalam sehari:

-Bertolak dari UIA. Jam 7.40 (aku tak pasti sangat benonya jalan nak ke UM dari UIA. Jammed teruk. Tapi, sampai UM tepat jam 8.30. Aku memang pekerja berdisiplin)~aku pakai jubah semalam pergi kerja.first time aku buat weh..selalunya, aku rancang perjalanan.

-Jamuan raya pejabat dekan

-Kena ganti kawan ngajar tusyen

-Weh, RA ada 25 hari cuti tahunan la!!! Asal aku baru tahu ha?

-----------------------------------------------------------------------------------
Ok, terus ke isi utama. Aku dah tanya pada Henry itu.

alia: "Henry, do you practise Christianism?"[practise ke practice ha?]

henry: "Nope,"

alia: "Buddisim?"

henry: "Nope. Yet, I believe only ONE GOD,"

alia: "Err..Then, now, you are in what religion?" (ayat BI dah mula terabur).

henry: " Don't be suprise that I'm Hanif,"

alia: "Owh, no wonder I saw that Hebrew book on your desk,"

jehan: "Hanif, what is that?" (Jehan, she is another RA here, Malay girl)

and, bla..bla..bla...

Panjang la perbualan tu. Aku pun malas nak taip. Tapi,serius best. Maksud aku, sangat bermanfaat. Suatu poin yang menarik minat aku.

alia: "Henry, you're believing in one god, then, since Islam also believe only Allah as a god too, why don't you choose Islam?"

henry: "I'm not believe with Muhammad. Which means here I don't have any evidence for the exist of Muhammad. But, i believe La Ilaha Illa Allah. I can read Hebrew. And now, I'm planning to learn Arab. Because for me, there is no way to find the religion, except language,"

alia: "So, now, you're still learning la?. Hmmm, good efford."

alia: "You're reading Taurah, how do you know the Taurah that you're reading now is the only Taurah?"

henry: "There was a research held in Spain.bla..bla," [part ni aku tak setuju ngan pendapat dia.perlu dapatkan penjelasan dengan yang lebih pakar]
----------------------------
Ok, aku sangat ingin berkongsi. Tapi, aku tak leh la nak recall semua benda..Till now entri ini. Mungkin aku update isi perbualan lagi esok.

----------------------------------------------
Aku ada teman sekerja ni. Nak dijadikan cerita dia x-coursemate aku. Dan dijadikan cerita, aku selalu buli dia. Hehe.. Tapi, nak buat macam mana, asal yang ko baik sangat. [kalau die baca ni, mati aku]. Oh, Allah. Datang kan lah seorang gadis sebagai temanku. Aku tak larat nak berkepit ngan dia ni. Dah macam bodygourd aku lak jadinya. Oh, tolonglah. [aku merintih dengan serius]

Sabtu, 10 Oktober 2009

Motivasi

Lagu motivasi untuk aku...

The Climb lyrics
Songwriters: Alexander, J; Mabe, J;

I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going

And I, I got to be strong
Just keep pushing on

'Cause there's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith, whoa


© HOPELESS ROSE MUSIC; VISTAVILLE MUSIC;[kena taruk copyright]




p/s: Rajin gile update 2 entri sehari. Ok, mahu lena barang 3 jam, then sambung baca jurnal [kerajinan yang menggila]

------------------------------------------------------------------------------------------

Ok, tak boleh lena. Pasal apa?sedang sedap landing teringat sesuatu..

Apa ya?
.....
.....
.....
....
Masya Allah!!

Ni yang tak suka. Perangai tak-suka-periksa-baju-sebelum-rendam bawa padah.

Mangsa lemas yang tidak dapat diselamatkan..

Sedih..sob2. MP3 beli masa tahun 2. Sepasang ngan noni (roomate). Owh, sungguh sengkek membeli gadget ini masa itu. Teringat tika saat suka duka ku dengan mu.

Agak-agak ada orang nak hadiahkan MP4 pulak ke? Huhu..

Adakah biasiswa PA&MA masih 'available'?..

Merancang untuk menapak ke lowyat pula bulan depan dengan longlainya..Tetap dengan jenama ZEN CREATIVE. MP4 die dah turun harga ke?


p/s: MP3 terendam pn tulis dalam belog...[ikut suke la]

RINDU

Rindu..ish2..Lempang karang..
...
...
...
PANG!!
...
...
...
DUSH!!
...
...
...
Ok. Insaf dah. Setelkan masalah.

Khamis, 8 Oktober 2009

aku tak ada idea

Aku dah tak ada idea nak update. Sebab kehidupan aku sudah mula statik.

Tapi, suatu pencapaian yang aku paling bangga adalah aku pergi kerja jam 7.15. Dulu kalau kelas jam 8 pun aku dah mengeliat dan mengeluh. [ngaji tak berkat]

Aku sedar usaha nak buat master ni kena tiga kali ganda dari dulu. [fuh, semangat habis].

Nak tahu apa puncanya? hehe. Aku dah jumpa tajuk yang best untuk grant itu. tapi, aku malas nak bebel apa aku buat dlm blogspot ni. Bukan ada yang nak faham, kan?[Aku pun sakit pala nak faham, benornya]

Masih dalam mode terluka. Tapi, takkan la biarkan konflik pengaruhi hidup ko kan? Sedangkan ada banyak lagi hak menanti untuk ditunaikan.

Aku nak bercerita. Pasal facebook. Bahasa melayu dia, buku muka itu. Ada kawan-kawan siqoh aku tak siqoh kat aku pasal layan facebook ni. Tapi, pada aku facebook ni besar maknanya.

Peristiwa 1: Kawan sekolah rendah tak jumpa 10 tahun, boleh tegur sapa bila terserempak sebab aku ada add dia.

Peristiwa 2: Sepupu yang tak pernah sembang dengan aku, bertanya kabar. Komen status aku pasal rumah goyang. Huh, terus boleh sembang panjang.

Peristiwa 3: Geng sarawak yang belajar di semenanjung jemput aku makan buka puasa. Melalui facebook. Kalau tak ada medium ni, sampai sudah aku tak tahu siapa kawan sekolah rendah kat UM ni.

Jadi, dari sudut hubungkan balik kenalan yang dah lama tak jumpa, Sedara yang kurang bertegur sapa [aku pemalu benornya, ahaks], buku muka ini medium yang baik la. Secara tak langsung aku sentiasa tahu perkembangan sedara-mara aku ni.

Aku tak kata terbaik, mungkin ada cara manual yang lebih baik. Tapi, ini agak mudah dan berkesan bagi aku. Tapi itu, tolak segala kuiz yang merimaskan. [aku 'hide' segala 'notification' kuiz].

sekejap. Lupa. Pasal tempat kerja yang baru. Orang-orang bangsa cina sini boleh tahan baik. Sembang depan kita mesti cakap BI. Sekurang-kurang nya tak la rasa dia orang tengah kutuk kita. Best kan?[sedang memikirkan segala-galanya positif di tempat baru ini]

Nak tulis apa lagi ye? Eh, dah2. Sambung baca jurnal. [hobi baru.=P. erk, tak mandi lagi].

p/s: Syawal dah habis. Orang tingkat bawah ni pakat nak habiskan stok mercun ke? Join boleh? [owh, bahasa rojak tidak dapat dielakkan]


Rabu, 7 Oktober 2009

WARAS

Hari ini adalah hari untuk slot recall kata-kata org pada aku..

Kata mak..aku suka buat ikut kepala aku

kata abah pula..Kalau aku nak sesuatu ..aku akan desak sehingga aku dapat apa yang aku nak..So annoying and badly, it is so irritating, sometimes..

kata along..aku mmg degil.

Kata bos..aku ni memang kering hati gile.ego.keras hati.

Suka beberapa nasihat hari ini..

1: moga2 perasaanmu yg sedang membakar menjadi pemangkin membakarnya semangat perjuangan Islam..
alia : ya..terima kasih atas doa itu
1: ap nk dimarah2...
1: sabar...
alia : ye..sabar
alia : terima kasih utk perkataan itu
1: Allah mengganjari org yg sabar tanpa hitungan ganjaran..
1: smua ibadah blh dikira pahalanya..
1: kecuali puasa..
1: krn di dalamnya ad sabar..

nasihat 2:
2: nabi pon maafkan ummat
alia: tp, aku bukan nabi
2: so means that ko tak perlu maafkan org lain?
alia: bukan tak perlu
alia: perlu masa
2: dan kalu begitu kau juga tak perlu mintak maaf dr org lain
2: sbb ko perfect
-----------------------
2: sampai bila nak terasa hati?
2: sampai bila nak marah kat org lain?
---------------------
2: jgn sebab satu salah die
2: kite hukum die
2: bnyk lg benda baik lain yg kita boleh tgk

Oh, Allah. Terima kasih.Terima kasih, kawan-kawan, atas ayat-ayat yang betul pada masa yang betul.

Ok..back to the normal mode~menggagahkan menghadapi hari yang sukar esok..Hiyyak!!!

Selasa, 6 Oktober 2009

Jauhkan mereka daripada aku

Aku menulis entri ini bukan bertujuan menghukum. Jauh sekali menuduh yang bukan-bukan.

Sebentar, teringat suatu nasihat. Aku dapat masa dalam kereta dalam perjalanan menziarah saudara-mara sekitar KL sabtu lepas.

"Jangan sekali-kali letakkan kepercayaan seratus peratus pada kawan. Walaupun kawan baik sekalipun,"

Masa tu aku rasa nasihat tu memang tak perlu untuk orang macam aku.

Dan saat dan ketika ini. Aku rasa seperti diperbodohkan. Di gelak-gelakkan. Benar. Ini perasaan yang pernah sahabat aku kata. Berkawan atas kepentingan. Perasaan yang membuatkan aku mula rasa ingin menjauh.

Biar apa pun sejuta alasan yang diberi. Walau apa pun ayat yang disusun. Memang aku tak boleh menerima. Ketidak percayaan itu sesungguhnya begitu menghukum jiwa.

Buat apa aku dipanggil di antara mereka sedangkan tiada keperluan aku di situ? Lebih baik mereka merancang kemudian baru mengajak ku untuk turut serta. Merancang sesama mereka, untuk kepentingan mereka. Lalu berurusan dengan aku, seolah-olah tiada ada apa-apa antara mereka. Juz, cakap je la apa-apa pun. Macam aku tak leh nak terima. Serius. Aku malas nak doakan kebahagiaan mereka seperti yang aku lakukan untuk sahabat-sahabat lain.

Maafkan aku.

Isnin, 5 Oktober 2009

|PAYAH|

Payah
Tiba-tiba berasa payah
Kepayahan ini
Aku yakini
Terselit sesuatu untuk kunikmati

Arghh..PAYAH
Kepayahan itu menggoyahkan jiwa
Meleburkan rasa
Mampu jua melemahkan minda

Lalu, di mananya TAWAKAL
Di mananya KESABARAN
Di mananya ku letakkan PENYERAHAN

Oh, Tuhan
Terima kasih atas kepayahan ini
Dengannya ku mula mengenal diri

:4:

Hari ini aku agak kebosanan.

Alasan utama nya aku kena taip data masuk dalam sistem offline itu.

[Makluman: kerja ini tidak memelukan ijazah untuk menyudahkannya,ok]. Maka, aku telah rasa mengantuk lalu melarikan diri ke bilik staff ini.

Semalam adalah hari yang ok. Best la juga.

Mula dengan aku kena balik KL jam 11 pagi (part ni aku tak suka).
Sebab aku kena g memenuhi undangannya adik beradik ku (geng usrah) tgk anak buah baru beliau.Tnkiu ya 'cegu'.

Nanti budak itu sudah besar mahu ziarah lagi.

Lalu, menaiki kerata Yana ke Serdang menemani beliau bermiting-mitingan.

Sekali aku menjadi ahli lajnah tersebut secara tidak rasminya.Selain memberi idea aku juga selalu kena menyumbang tenaga untuk lajnah itu.

Patut tak eh? Sebab secara tak langsung aku tak buat keje lajnah aku. Huh!

Seterusnya, part paling best yang melengkapkan hari. OPEN HOUSE!!!

Kenapa rumah ni paling special antara rumah-rumah yang aku dah pernah pergi? Hah. Tuan nya adalah seorang pensyarah. Secara tepatnya, Yana mengajar di rumah itu.

Terdapat pelbagai jenis makanan yang menarik hati. Paling mabeles adalah samosa nya. fuh! aku makan almost rasanya sepaket kot.[Hiperbola melampau].

Kemuncak kegembiraan aku adalah apabila menerima suatu sampul yang aku rasa mahu melompat katak tatkala mengetahui isinya.

Jeng..jENG..


RM 50!! Alhamdulillah. Menjadikan jumlah terkumpul adalah... RM82.00. Hehe.. kire ok la kan untuk orang yang dah....

Namun, sampul itu tertinggal di kereta mek itu (mengharapkan sampul itu tidak bertukar binti..doakan).. Ow..

Ada gambar mahu diupload di sini sebenarnya. Entri ini tetap diupdate tanpa foto tanda bosan tahap melampau.[kamera tak dibawa ke ofis]..Tada..Babai..Wassalam...

Jumaat, 2 Oktober 2009

FACULTY OF DENTAL, UM

Hari ke 2 di sini. Ya.

Semalam penat sungguh. Tetapi berbaloi. Mula dengan traffic jam yang teruk. (nampaknya aku akan hadap situasi ni utk setahun lagi sekurang-kurangnya). Nampaknya plan beli kereta terpaksa dilupakan buat sementara. No point to use the car when we have to face traffic jam almost every day. Kan? So, boleh simpan nak naik haji.

Dapat cubicel sendiri gak kat sini. Walaupun, kerusinya tak seempuk di tempat lama. Tapi, bersyukur la. Dan dapat sebilik dengan staff RA dari unit lain, pensyarah luar, student master yang lain. Jadi, muka melayu nak jumpa dah tak banyak sangat, ok.

Berkenalan dengan seorang RA lain. Nama Henry. Konfius die ni Kristian ke, Jew ke? Dia ni Malaysian ok. Tapi, nampak die surf website ada tulisan Hebrew. Dan atas meja die pun ada so-called-kitab tulisan Hebrew gak. Nak tanya, mungkin lain kali.

Lepas itu, kena dengar seminar presented by Dr. Basim. Hehe. Pertama kali jumpa orang nama ni. Teringat pernah chat ngan seorang kawan ni. Ingatkan die saja main2 wazan (wau-zai-nun). Sekali memang ada orang nama ni.

Malam nya pula ke IIS.Dengan talk dari Xifu Naser. Permulaan 30 minit, memang aku rasa nak lari je. Sebab pada aku bincang ayat-ayat falsafah is RUBBISH. Plus, dia tayang beberapa ayat paradox. Dan teori NO MOVEMENT. Harap-harap semua yang hadir malam tadi tak dek niat nak ‘murtad’ ya. Perbincangan itu belum berakhir di situ.

Sampai di rumah, aku mula terfikir. Jarak mungkin wujud dengan teman serumah. Bukan pergaduhan di sini. Apa taknya, balik rumah. Masuk bilik, mandi, basuh baju, solat. No more joking and chatting with them. Makan pun sendiri, sebab depa dah makan. Kemudian, masuk bilik. Tidur. Memang macam ni ke life dia? Bila dah sibuk. Kita pun penat. Dah tiada hati nak bersosial?

Aku mula perasan tulisan-tulisan di atas dah macam rojak (Ni dah edit lagi). Huh! Nak cakap Melayu, jangan nak campur-campur omputeh. Naik geli aku dengar aku cakap rojak ni. Aku nak perbaiki BI aku, tapi aku tak nak rosakkan bahasa aku.

Ok, sekian.

p/s: hari ni aku masuk pukul 8. Sebab nak balik jam 5. Hehe.

p/s 2: melintas jalan dr OCRCC ke bilik staff. byk 'pemandangan' indah..wakaka..[gedik]