Isnin, 5 Oktober 2009

:4:

Hari ini aku agak kebosanan.

Alasan utama nya aku kena taip data masuk dalam sistem offline itu.

[Makluman: kerja ini tidak memelukan ijazah untuk menyudahkannya,ok]. Maka, aku telah rasa mengantuk lalu melarikan diri ke bilik staff ini.

Semalam adalah hari yang ok. Best la juga.

Mula dengan aku kena balik KL jam 11 pagi (part ni aku tak suka).
Sebab aku kena g memenuhi undangannya adik beradik ku (geng usrah) tgk anak buah baru beliau.Tnkiu ya 'cegu'.

Nanti budak itu sudah besar mahu ziarah lagi.

Lalu, menaiki kerata Yana ke Serdang menemani beliau bermiting-mitingan.

Sekali aku menjadi ahli lajnah tersebut secara tidak rasminya.Selain memberi idea aku juga selalu kena menyumbang tenaga untuk lajnah itu.

Patut tak eh? Sebab secara tak langsung aku tak buat keje lajnah aku. Huh!

Seterusnya, part paling best yang melengkapkan hari. OPEN HOUSE!!!

Kenapa rumah ni paling special antara rumah-rumah yang aku dah pernah pergi? Hah. Tuan nya adalah seorang pensyarah. Secara tepatnya, Yana mengajar di rumah itu.

Terdapat pelbagai jenis makanan yang menarik hati. Paling mabeles adalah samosa nya. fuh! aku makan almost rasanya sepaket kot.[Hiperbola melampau].

Kemuncak kegembiraan aku adalah apabila menerima suatu sampul yang aku rasa mahu melompat katak tatkala mengetahui isinya.

Jeng..jENG..


RM 50!! Alhamdulillah. Menjadikan jumlah terkumpul adalah... RM82.00. Hehe.. kire ok la kan untuk orang yang dah....

Namun, sampul itu tertinggal di kereta mek itu (mengharapkan sampul itu tidak bertukar binti..doakan).. Ow..

Ada gambar mahu diupload di sini sebenarnya. Entri ini tetap diupdate tanpa foto tanda bosan tahap melampau.[kamera tak dibawa ke ofis]..Tada..Babai..Wassalam...

Tiada ulasan: