Khamis, 8 Oktober 2009

aku tak ada idea

Aku dah tak ada idea nak update. Sebab kehidupan aku sudah mula statik.

Tapi, suatu pencapaian yang aku paling bangga adalah aku pergi kerja jam 7.15. Dulu kalau kelas jam 8 pun aku dah mengeliat dan mengeluh. [ngaji tak berkat]

Aku sedar usaha nak buat master ni kena tiga kali ganda dari dulu. [fuh, semangat habis].

Nak tahu apa puncanya? hehe. Aku dah jumpa tajuk yang best untuk grant itu. tapi, aku malas nak bebel apa aku buat dlm blogspot ni. Bukan ada yang nak faham, kan?[Aku pun sakit pala nak faham, benornya]

Masih dalam mode terluka. Tapi, takkan la biarkan konflik pengaruhi hidup ko kan? Sedangkan ada banyak lagi hak menanti untuk ditunaikan.

Aku nak bercerita. Pasal facebook. Bahasa melayu dia, buku muka itu. Ada kawan-kawan siqoh aku tak siqoh kat aku pasal layan facebook ni. Tapi, pada aku facebook ni besar maknanya.

Peristiwa 1: Kawan sekolah rendah tak jumpa 10 tahun, boleh tegur sapa bila terserempak sebab aku ada add dia.

Peristiwa 2: Sepupu yang tak pernah sembang dengan aku, bertanya kabar. Komen status aku pasal rumah goyang. Huh, terus boleh sembang panjang.

Peristiwa 3: Geng sarawak yang belajar di semenanjung jemput aku makan buka puasa. Melalui facebook. Kalau tak ada medium ni, sampai sudah aku tak tahu siapa kawan sekolah rendah kat UM ni.

Jadi, dari sudut hubungkan balik kenalan yang dah lama tak jumpa, Sedara yang kurang bertegur sapa [aku pemalu benornya, ahaks], buku muka ini medium yang baik la. Secara tak langsung aku sentiasa tahu perkembangan sedara-mara aku ni.

Aku tak kata terbaik, mungkin ada cara manual yang lebih baik. Tapi, ini agak mudah dan berkesan bagi aku. Tapi itu, tolak segala kuiz yang merimaskan. [aku 'hide' segala 'notification' kuiz].

sekejap. Lupa. Pasal tempat kerja yang baru. Orang-orang bangsa cina sini boleh tahan baik. Sembang depan kita mesti cakap BI. Sekurang-kurang nya tak la rasa dia orang tengah kutuk kita. Best kan?[sedang memikirkan segala-galanya positif di tempat baru ini]

Nak tulis apa lagi ye? Eh, dah2. Sambung baca jurnal. [hobi baru.=P. erk, tak mandi lagi].

p/s: Syawal dah habis. Orang tingkat bawah ni pakat nak habiskan stok mercun ke? Join boleh? [owh, bahasa rojak tidak dapat dielakkan]


Tiada ulasan: