Rabu, 27 Januari 2010

kejadian pahit-->manis

Aku solat Zohor tadi, aku perasan banyak poster Pro-M sempena menjelang proses buang undi pilihanraya kampus esok.

Terus, membawa aku ke nostalgia setahun yang lalu. Kenangan yang penuh kepahitan yang rasa manis diingat sekarang nih.

Masa tu, adalah semester terakhir aku. Dengan sibuk projek tahun akhir, 22 jam kredit. Aku kena jadi wakil calon untuk calon umum. Berperang dengan perasaan juga la masa tu. Tapi, tekad juga la. Redah je.

Macam-macam kenangan masa tu. Walaupun, aku adalah jentera Pro-M, aku marah juga la ke side aku yang tak jaga kebajikan kami. Wakil calon kami yang lelaki, tak boleh nak harap. Pelbagai kekangan. Aku ingat lagi, saat aku dan Fitrah (calon), dua-dua down, pasal kami kena berkempen seluruh universiti cuma berdua. Semua orang tak nak bantu kami. Bukan tak nak bantu, tapi, terlepas pandang. Semua sibuk nak kempen untuk calon fames je.

Sampai kami berhenti di kolej 6, di mana ramai budak medik kat situ. Lepas solat Magrib, kami memang putus asa nak teruskan kempen. Walaupun tahu, masa berkempen makin singkat. Dengan kami 2 masing-masing ada mid term exam. Proposal thesis yang nak kena hantar. Tutorial nak kena hadir. Rasa penat sangat. Sudah solat Magrib, ramai pulak yang raikan kami di situ dengan kata-kata semangat. Sampai depa pulak suruh Fitrah cakap apa-apa sahaja untuk kempen depa. Di saat itu, kami sangat terharu sampai tak terkata apa.

Nak berkempen tu, ingat mudah ke? Huh, seksa tuhan je tau. Kalau diberi pilihan, tobat aku nak jadi wakil calon seumur hidup. Tapi, itulah kehidupan. Tak semestinya kita boleh memilih untuk menolak perkara yang kita tak suka buat. Dan, aku yakin, calon-calon yang bertanding pun, mereka kalau boleh tak nak bertanding. Tapi, mengenangkan dasar-dasar yang diperjuangkan, gagahkan diri la jugak.

Dan, bersyukur, sepanjang aku terpaksa on-off hadir kuliah, selalu ada orang back-up. Bukan tolong 'sign'kan attandance ye. Aku tak suka stail itu. Maksud pertolongan di sini adalah, memaklumkan apa-apa perkara yang aku tertinggal dalam kelas, contoh, silibus sampai mana, test bila pula ada, assignment kena hantar tak.. Dan ada ketika, tutor aku kasi sign-free sepanjang aku tak ada. Huh!

Hasilnya, Alhamdulillah, calon aku menang dengan undi ke-4 tertinggi. Tapi, selain itu memang Allah nak tolong, kempen luar besar-besaran juga membantu, di samping calon aku ni memang ramai geng. Difikir semula, tahap usaha kami masa tempoh kempen, memang tak layak untuk dapat undi sebanyak tu.

Masa umum kemenangan tu, jam berapa pagi tah. Aku sememangnya pancit tak terdaya. Orang sorak-sorak kat luar dewan, memang tak amik kisah la. Lantak korang la, nak terkeluar urat leher melawan sorak dari pihak lawan. Aku sedap je lena dalam dewan berhawa dingin yang boleh kasi gigil tu..Haha..

Dan, lebih syukur lagi, untuk semester terakhir itu, adalah semester terakhir dengan pointer tertinggi sepanjang 6 semester yang aku lalui. Selalu gitu. Semester yang paling banyak dugaan, selalu berakhir dengan pointer yang tak disangka. Hadiah dari Allah, tak bagi aku putus asa. Dari situ, aku faham yang aku punya keputusan teruk semua pasal diri sendiri. Unsur luar bukan penyebab kegagalan. Diri sendiri. Kita yang menentukan diri sendiri. Ditambah lagi, keputusan aku lebih kurang orang lain yang tak sibuk jugak. So, confirm. Result rendah adalah kerana kurangnya usaha.

Jadi, siapa yang ada terbaca entri ini, aku nasihatkan, kegiatan ko-kurikulum bukan alasan untuk tak mencapai kejayaan. Jangan salahkan kerana hadir usrah, tak dapat A dalam subjek. Itu sungguh salah. Salahkan diri sendiri.



Ni die calon. Baru terjumpa video nih.Hehe. Aku gambar pun tak simpan.
p/s: tak setuju sangat demo kat jalan TAR tu. Walau apa-pun, All the best buat anda semua!

Tiada ulasan: