Jumaat, 29 Januari 2010

Daftar

Tajuk entri tiada kaitan dengan isi post. Aku sekadar tak de idea.

Post kedua untuk hari ini.

Aku punya masalah ini. Sering hadir perbincangan yang berat, hasilnya sukar melelap mata pabila pulang ke rumah. Memikir hal2 berbangkit. Insomnia kah itu? Ingin sahaja, bertapa di bilik, hentikan segala kegiatan lain. Tapi, aku rasa akan kekal jumud berkeadaan begitu.

Perancangan asalnya, masuk UM menghendap banner2 kempen yg besar bergantungan utk ditembak buat kenangan. Hehe~Malang, banner tu dah diturunkan.. Terjumpa pula adik-adik ASMUM promosi diskusi tajuk Kewujudan Allah dengan bukti Sains. Kali pertama seumur hidup aku hadiri program ASMUM dengan kehadiran lelaki>perempuan, hingga tak muat bilik seminar. Tahniah untuk itu!

Tapi, sayangnya. Pengisian harus diberi oleh mereka yang dalam bidangnya. Bahkan penganjur sendiri tidak berada di dalam keseluruhan majlis untuk menilai sejauh mana objektif tercapai.

Aku punya keraguan. Masih mencari-cari jawapan yang pasti. Berkenaan teori evolusi. Sebagai Muslim, kita dimomok untuk menolak bulat-bulat teori Darwin yang mengatakan manusia tercipta dari beruk. Namun, sains berkembang pantas. Saintis yang pakar evolusi (evolutionist) punya hujah yang lebih kukuh mengukuh teori evolusi kini. Dengan apa? Phylogenetic tree. Molecular sequencing. Apa hujah kita menolak teori labah-labah berevolusi kini punya turutan DNA yang sama dengan spesis labah-labah tarantula yang kita tahu wujud ratusan tahun dahulu. Di mana kekuatan kita, jika masih mengguna teori natural selection, efek bottleneck dsb. ? Aku masih tidak tahu jawapannya.Tu la masalahnya Sains ni. Luas sangat. Dinamik.

Ada baiknya, aku kaji semula bidang spesifik di peringkat master ku. Adakah selari dengan apa yang ku mahu...Ah, banyak keje la pulak.

Suatu perkara yang aku sedari. Sejak graduasi. Aku sedar dunia ku makin luas. Setiap hari mendengar dogma-dogma baru, ideologi baru. Proses mengenal diri menjadi bertambah rumit.

Ada masanya, mahu merangkak mengutip pengalaman. Ada masanya, aku mahu berlari mengejar impian. Segalanya semakin rumit kini.

Oh, Allah. Berikan aku panduan!

p/s: Malas la pulak nk tulis bab PRK yang aku jengah td. Esok nak daftar syarikat.

Tiada ulasan: